Jalan Terbaik di Perak: Taatlah Kepada Ulil Amri di Kalangan Kamu!

an article i read... sgt berguna utk kita semua...
taken from: http://an-nawawi.blogspot.com/2007/12/sikap-rakyat-terhadap-pemerintah-yang.html

also on http://al-fikrah.net/News/article/sid=394.html

Allah Swt memerintahkan kepada kaum muslimin supaya mentaatiNya, Rasulnya dan Pemerintah di kalangan kaum muslimin seperti yang diperintahkan dalam Surah An-Nisa : 59,

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa [4]: 59)

Nabi saw telah menggariskan supaya segala arahan pemerintah wajib ditaati selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Ini disebutkan dalam hadis baginda yang bermaksud,

Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintahkan melakukan kemaksiatan maka tidak perlu didengari dan ditaati (kemaksiatan itu). (Hadis Riwayat Bukhari 13/121, Muslim 3/1469)

Umat Islam juga diperintahkan sentiasa taat kepada pemerintah dan dilarang memeranginya walaupun mereka melakukan perkara yang zalim. Ini disebutkan di dalam hadis yang bermaksud;

Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama'ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)

Imam Ibnu Abil Izzi rahimahullah berkata:

"Adapun taat kepada penguasa tetap wajib sekalipun mereka zalim, kerana keluar dari ketaatan terhadap mereka akan menimbulkan keburukkan yang banyak melebihi kezaliman mereka. Bahkan sabar di atas kezaliman penguasa adalah penghapus dosa, melipat gandakan pahala, kerana tidaklah Allah menimpakan hal itu kecuali kerana keburukkan perbuatan kita sendiri. Balasan itu setimpal dengan perbuatan. Wajib bagi kita untuk bersunguh-sungguh meminta ampun kepada Allah, taubat dan memperbaiki diri. Maka apabila rakyat ingin membebaskan diri dari kezaliman penguasa hendaklah mereka mengawali dengan meninggalkan perbuatan zalim pada diri mereka sendiri." (Syarah al-Aqidah at-Thohawiyyah, 2/542)

Alangkah bagusnya ucapan Abdul Malik bin Marwan ketika berkata: "Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kalian menghendaki dari kami seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi kalian tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi di zaman Abu Bakar dan Umar". (Sirojul Muluk, hal.100))


Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Bersabar

Walaupun seseorang itu terasa dizalimi oleh pemerintah, maka ketika itu, adalah lebih baik dia bersabar dan tidak melakukan sebarang pemberontakan atau menunjukkan sikap tidak puas hati, kerana pemberontakan terhadap pemerintah akan mengundang kemudharatan yang lebih besar.

Telah disebutkan dalam kisah-kisah para ulama muktabar sepanjang sejarah Islam, mereka dipenjara dan disebat seperti Imam Ahmad, dibuang negeri seperti Imam Nawawi, tetapi mereka tetap bersabar tanpa membawa pengikut-pengikut mereka keluar memerangi pemerintah.

Demikianlah, contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ulama-ulama silam supaya ianya menjadi pedoman dan ikutan kepada kaum muslimin seluruhnya. Inilah tanda-tanda kekuatan iman yang dibuktikan oleh tokoh-tokoh ulama Islam dalam berhadapan dengan pemerintah yang zalim.

Allah swt berfirman, maksudnya,
"Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar"

Di antara dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang kecil

Demikianlah, disebutkan dalam usul fiqh, jika bertembung dua kemudharatan, maka pilihlah kemudharatan yang lebih kecil.

Islam telah mengajar umatnya supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Umat Islam disuruh supaya menilai sesuatu tindakan dan mengkaji kesan yang bakal diperoleh dari tindakan tersebut, lalu Islam menuntut umatnya memilih tindakan yang paling tepat dan tidak merugikan kepentingan kaum muslimin sekalian.

Isu Di Perak

Oleh itu, dalam menilai situasi di Perak, pada pendapat saya, Ir Nizar dan exco-exconya wajib taat kepada ulil amri iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya mereka meletakkan jawatan mereka selaku exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dengan baik tanpa mengadakan sebarang bantahan di jalanan yang akhirnya bakal membawa kesan buruk kepada masyarakat seperti kacau bilau, tindakan keras pihak berkuasa dan mcm2 lagi perkara yang mungkin kita tidak fikirkan untuk terjadi.

Tindakan meletakkan jawatan sebenarnya akan lebih mententeramkan keadaan yang sedang panas dan pihak Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu cepat melatah jika mereka yakin mereka di pihak yang benar.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, merundur sedikit ke belakang itu bukan bermakna anda kalah! Tetapi berundurnya anda seketika tanda anda mengumpul kekuatan. Tidak kiralah kekuatan dari segi strategi mahupun kekuatan iman!

Tuntut Keadilan Dengan Bermaruah!

Saya selaku orang awam yang tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam isu di perak hanya dapat membaca akhbar-akhbar seperti Utusan, Harakah dan lain-lain sumber media yang ada. Boleh jadi, setiap media tersebut benar dalam penyampaiannya, boleh jadi tidak. Maka disebabkan itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat tindakan, supaya saya tidak tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan sebagai orang yang menyesal di atas tindakan salahnya, (Rujuk Surah Al-Hujurat).

Disebabkan banyaknya kecelaruan di kalangan rakyat, maka banyaklah rakyat bertindak mengikut batas pengetahuan yang mereka ada, dan yang paling malangnya, mereka bertindak atas dasar emosi yang akhirnya mencemarkan imej "keislaman" mereka. Dan lebih malang lagi, terjadinya permusuhan dan pergaduhan antara pihak yang terlibat.

Maka kerana itu, bila Ir Nizar dan exconya meletak jawatan, dan keadaan kembali tenang, maka ketika itu, tuntutlah keadilan di Mahkamah.

Jika anda yakin anda dipihak yang benar, maka ketahuilah, Jika anda menang, anda menang dengan bermaruah! Tetapi jika anda kalah sekali pun, anda kalah dengan bermaruah jua! Kerana anda tahu, keadilan yang mutlak akan disempurnakan oleh Allah swt di akhirat nanti. Maka bersabarlah dan tenanglah wahai saudaraku, kerana Allah bersama orang-orang yang sabar!

Kesimpulan

Kita telah menyaksikan betapa, sebenarnya demokrasi ini tidak banyak membantu masyarakat kita untuk bersatu melainkan kita kembali kepada agama Allah iaitu agama Islam. Kerana, terbukti orang-orang yang bersatu atas dasar iman, lebih kuat ukhwahnya berbanding orang-orang yang bersatu kerana keduniaannya.

Oleh kerana itu, tidak perlulah kita berslogan dan berkempen untuk mempertahankan prinsip demokrasi kerana ia sebenarnya punca perpecahan manusia. Kita selaku orang-orang yang percaya bahawa demokrasi hanyalah wadah dan alat semata-mata dan disebabkan jalan dan alat ini banyak kekurangan dan banyak pula bahayanya kepada umat, maka eloklah kita fikirkan kembali betapa perlunya kita berhati-hati dalam melangkah dan menggunakannya supaya parang tak makan tuannya dan duri di jalanan tak tertusuk di kaki.

Sebagai kesimpulan, taatlah kepada ulil amri, wala'lah kepada mereka walaupun tidak memihak kepada anda. Inilah sebenarnya yang dikehendaki dari tarbiyyah kalian! Maka zahirkanlah kesan dari tarbiyyah kalian! Disebabkan itu bersabarlah walaupun ianya sangat pahit untuk ditelan. Ingatlah! Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

Wallahua'lam.

10 Responses so far.

  1. 3rdmarch says:

    Salam~

    ya..

    " ati'ullah waati'urrasul waati'ulamri minkum. "

    tp kita kena pk amri(pemimpin) yang manakah yang patut ditaati???
    Pemimpin y menggunakan The Prince sebagai rujukan..atau y mgunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan???

    Dan sebagai generasi penentu y bakal turut memilih nanti kita kene pk pemimpin y bagaimanakah y sepatutnya kita pilih nt.

    So,mulalah berpk drp skrg..

    Btw,anda blom bg lg pendapat anda tentang institusi kesultanan melayu kat msia ni..wajarkah ia dteruskan atau dbubarkan?

  2. fArHaNa says:

    hmm sori2 lupa nk bg pndapat.sbnrnya sy xtau nk kata ape..ngeh2..bknnye sy tau sume bnde pn..huu..tapi..

    rasanya perlu kot bubarkan sistem beraja jz sebab: mengambil tindakan terburu2 jz sbb peristiwa ni xkan slesaikan ape2..

    n plus: igt blh snang2 ke bubar sistem beraja mcm tu je..org melayu yg taat pd raja xkan stuju.. n kita still kne jaga n ambil kira hablumminannas, if org Islam Melayu mberontak mcm mana?

    n aku x rasa pn tindakan sultan azlan tu terlalu zalim, as a sultan, sultan msti tau tanggungjawab dia..n pngalaman dia terlalu byk..n he's a very intelligent man..so is raja nizar..so mesti they've weighed the options and made a choice..based on this:
    "Di antara dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang kecil"

    sultan pn tersepit sebenarnya.. tersepit antara mainan kotor politik DUA-DUA pihak.(unsigned resignation letter on one side n lompat melompat on the other)

    wallahua'lam..aku dh xnak cakap lebih2, bknnya aku tau sgt pn..
    tp aku stuju sgt dgn pndgn pnulis artikel ni..

    tp kne pkir psl ni gak jijol:
    sultan kn ketua, bahkan di atas MB or any other politician. So pd sultan yg kita kena taat, whatever his decision, cz last2 at the end sultan yg decide..

    n parti mana yg benar2 berpandukan Al-Quran n as-sunnah sepenuhnya? aku tgk mana2 parti pn, akhlak yg diorang tunjuk x memaparkan mereka sbg org yg berpandukan al-Quran.

    pendapat aku is sifat kepartian itu kita kena buang...kita x boleh hanya memilih satu parti n meninggalkan yg lagi satu. sebab kita sama-sama Islam. so penyelesaiannya ialah kita kena MENYATUKAN, bukan MEMISAHKAN n MEMERANGI. n usaha tu kita yg perlu mulakan. cuba cari jalan tengah. ini bukan mustahil.. skrg pn umno n pas pernah berjumpa n berbincang... sapa2 yg menentang n x stuju dua2 parti ni berjumpa n musyawarah mmg aku x gemar..nk pecahbelahkn umat Islam...

    walaupun dirasakan pahit, lebih baik bersabar, n if ada ketidakpuasan hati, biarlah mahkamah yg menentukannya..
    sabar..xperlu demonstrasi, n pmimpin yg terlibat x perlu menambahkan lagi bara di hati rakyat dgn mengapi2kn mereka..
    x perlu buat statement panas..sbb statement mereka amat2 mudah mempengaruhi rakyat.

    tula pandangan aku...sekian..
    so pasni jgn tnya apa2 dh pd saya..
    sy x mahu dikenali sbg org politik ya..sekadar mahu mnjadi rakyat malaysia yg mengambil tahu ttg apa yg berlaku.

  3. 3rdmarch says:

    Salam~

    Pasal memilih 2,aku tidak maksudkan sultan..
    Aku tahu sultan tersepit..
    sultan sebenarnya tidak mempunyai apa2 kuasa melainkan sekadar lambang orang melayu..
    Yang aku maksudkan adalah mana2 pemimpin drp mana2 parti.

    Di sini aku hanya mahu menegaskan..

    1.Perubahan sistem pemerintahan tidak akan berlaku secara aman melainkan kita mengubah mind set kita semua,terutamanya org Melayu y menjadi majoriti d negara ini.(Di zaman Nabi SAW pun pertumpahan darah tidak boleh dielakkan.JIHAD tetap ada)

    2.Perubahan mind set ini xakan berlaku jika tidak dimulakan.Jd kitalah y perlu memulakan.Jgn tunggu orang lain.

    3.Perubahan memang ditakuti kebanyakan org terutama sekali y mempunyai kepentingan.Seperti sultan,parti pemerintah skrg dan org melayu sendiri.Mereka takut kehilangan keselesaan y mereka ada skrg tanpa memikirkan keadilan dan kebenaran.

    Cadangan saya..
    Ikut contoh Nabi SAW..
    1.Tegakkan akidah dan mind set kita dahulu.
    2.Berdakwah untuk menyampaikan ajaran y benar dan mengubah mind set org2 lain.
    3.Apabila mendapat pengikut atau sokongan,insyaALLAH mudah untuk mengubah sistem pemerintahan y ada..





    Mengenai sistem kesultanan melayu di msia..

    Mengikut kajian sejarah..
    senario zaman kesultanan melayu sama dgn senario y berlaku ketika d zaman gelap d eropah sebelum renaisance berlaku.

    Rakyat->Pembesar->Raja

    Di mkana rakyat mbyr cukai kpd pembesar untuk mendapatkan perlindungan diikuti pembesar kpd raja..

    Kita ketahui zaman gelap eropah merupakan zaman ketika ilmuan barat belum lagi menceduk dan mengambil ilmu2 drp dunia Islam..

    Apa y cuba dikaitkan di sni adalah zmn kegemilangan melayu dahulu sebenarnya sgt2 lah mundur hanya sama dgn zman gelap.

    Kebanyakan sultan hanya berperang demi kedudukan mereka shja.Adk beradik berebut takhta.Pengkhianatan,tamak,angkuh dan gila kuasa.Mereka didaulatkan tidak kurang hebatnye dgn firaun mendulatkan diri sebagai Tuhan.Tidak boleh dtegur.Kalau tegur dikatakan derhaka.
    Penentangan penjajah pun bukannya demi rakyat tetapi demi mahkota kedudukan.Tidak dnafikan ada seorang dua y bagus.Tetapi institusi seperti ini tidak stabil dan tidak tepat dgn Islam.

    Ada sebuah kisah di mana Nabi SAW membeli sesuatu d kdai.Tuan kedai itu cuba mencium tangan Baginda SAW ketika Baginda mahu mebayar barangan y hendak d beli.Baginda lalu menarik tangan Baginda sambil mengatakan bahawa Baginda bukanlah raja dan tidak suke dperlakukan sedemikian.

    Seperti y diketahui kedudkan sultan dantaranya ketua org melayu dan ketua agama Islam..

    Pertikaian pertama:
    Dsh ketua org melayu.kenapa pg skolah kat luar negara?
    Mostly anak branak skolah kat England.Dah org malayu..pg sekolah melayu la kan..sekolah kebangsaan.. xpon sekolah agama..bagus skit..
    At least McKK ada..
    Pergi sekolah jauh2 tapi b;lk msia kejenya just sign 2..sign ni je..
    Bukan ada kuasa pon..
    Membazir duit rakyat je..

    Pertikaian kedua..
    Sebagai ketua agama Islam..
    Apakah y mereka semua tahu tentang Islam?
    Adakah mereka mendalami dan amalkan?
    Sebagai ketua dia sepatutnya tunjukkan contoh y bagus..
    Role model kpd rakyat..
    Patut la rmai x pkai tudung..
    ikot bini sultan rupanya(mintak maaf kpd kaum hawa).
    Mostly sultan2 kaki perempuan.
    sultan johor tampar mufti..
    pakaian istiadat pon byk pengaruh hindu buddha lagi..
    Memalukan Islam je..

    Sedangkan kita tahu institusi kesultanan ini hanyalah sebagai lambang.Lambang negara.

    Lambang sahaja.Tidak berkuasa apa2.
    Bukankah pembaziran yang teramat apabila kaedah ini digunakan?
    Kereta mewah,mknn enak2,nak 2 ada nak ini ada.Mereka duduk dgn senag lenang d singgah sana sedangkan Kerjanya hanya meluluskan itu ini shaja.Logikkah?
    Sedangkan Nabi SAW sbagai Ketua umat dan para sahabat khulafa' arrasyidin y dijanjikan syurga pon tak cam 2.
    Pembaziran 2 jika di salurkan dgn betul insyaALLAH dapat membangunkan ummah..

    Kita tahu sistem ini telah dguna pakai oleh org dlu2..

    Pada pendapat saya..
    Kita semua tidak sempurna dan tidak terelak utk melakukan kesilapan..tak kira lah org dlu2 ke org skrg..
    So,menjadi tanggung jwb kita y masih ada ini lah utk membetulkannya..

    Biar derhaka sultan..
    Jgn derhaka Tuhan..
    Tiada y layak dsembah melainkan ALLAH..

    Pilih lah yang terbaik...

    p/s:Kalau ada salah apa2 tegur ye..
    maaf jika terkasar bahasa terlanjur bicara..maaf juga sbab tulis byk2..

    Wasalam..

  4. fArHaNa says:

    hmmm.. i see your point. tapi xtau la nak reply apa...serious kurang ilmu ni..huah huah.

    tapi bercakap tu memang senang...tapi sapa yang nak laksanakan? xkan hang nak pi lawan sultan sorg2 kot...gurau2.

    tp kalo ye pn..cmne nk mnjalankan cdgn ko tu?

    tapi kalau kita x derhaka sultan n biar je kita derhaka tuhan ke?

    lagi satu...dlm zmn Islam difitnah ni..xke rasa Islam akan makin ditohmah kalau buat mcm tu?

  5. fArHaNa says:

    Sabda Rasulullah s.a.w:


    Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu.
    Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?”
    Jawab Baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan.” - Hadis riwayat Imam Muslim no. 1855.

  6. Dr Amad says:

    Ulul amri?selagi mereka taat pada Islam...Btw isteri dan anak tidak menutup aurat.Itu ke yang kita boleh dikatakan pelindung bagi Islam? Kita enak mengulas itu dan ini...tetapi fikirkah kita pejuang-pejuang agama sanggup bersengkang mata berusaha untuk menang dan mengalir airmata melihat kerajaan Perak tumbang? Sedangkan kita enak dikatil empuk,lena tidurnya.Mengeluarkan dalil2 bersandarkan al-quran diluar konteks...

    Memilih kemudaratan yang lebih sedikit dari mudarat besar...Yup itu salah satu prinsip fiqh dalam Islam.Tetapi menganti satu kerajaan yang tiada lagi laporan rasuah dengan kerajaan yang penuh dengan rasuah dan membelakangkan agama itu diketegorikan sebagai kemudaratan yang kecil?

    Sblm berbicara,

    kita patut malu melihat anak luar nikah semakin banyak

    kita patut malu,aktiviti maksiat dianjur dengan subur tanpa sekatan

    kita patut malu,index rasuah kita semakin memburuk

    kita patut malu,jatuhnya moral para pemimpin.

    Ingat,tidak sucinya Islam dengan buruknya muslim.Saya amat malu mengaku bahawa itu adalah sebahagian dari Islam.Menaikkan kerajaan dengan jalan yang jijik...

    p/s: baca dengan nada santai =)

  7. fArHaNa says:

    terima kasih syeikh atas pandangan... terimakasih2.
    tapi macam mana nak baca dengan nada santai ? macam berat je tu..hehehe
    setiap kejahatan, memang kita wajib membencinya. cuma yang dipersoalkan adalah tindakan kita...supaya tidak lari dari landas2 Islam.

    p/s: selepas ni harus lebih berhati-hati sebelum mempost apa-apa. nanti kena bom. hehehe.

  8. Dr Amad says:

    Kejahatan itu dibenci dengan cara mendiamkan diri dengan kejahatan... Satu pendekatan yang baru.Cuma cmni la sekadar perkongsian la dgn farhana,kita nak faham,nak tahu, dan berbincang soal ini bukan boleh selesai dalam satu hari.Jika kurang,mula sekarang belajar dan selamanya.

    Salah satu sebab Palestine disembelih adalah kerana mandulnya pemimpin-pemimpinya.Kita ada altenatif sekarang,tidak salah kita guna saluran tu.Ketahuailah,pihak sini tidak pernah sekali-kali memilih jalan perjuangan dengan angkat senjata.Jika mahu diseru jihad qital,ribuan boleh bangkit.Tetapi itu bukan cara kita,selagi kita mampu bersabar.

    Sebagai cadangan,ok je article ini sebenarnya utk percambahan idea.Cuma utk lain kali,jika takut utk lontarkan idea sendiri,Farhana amik dua tiga article yg membawa pendekatan yang berbeza.Biar pembaca timbang dan pilih.Insyallah itu lebih membantu...

    p/s: xberat pun sebenarya...yg perlu,belajar dan belajar=)

  9. fArHaNa says:

    Baik...terima kasih DrAmad =)

  10. 3rdmarch says:

    Salam..
    Sorry la..hri 2 bukan xnak jwb..
    Masa dan keadaan x mengizinkan..
    Dan asanya xperlu dijawab lagi..
    Sebab Dr.Amad sudah menjawab utk saya..

    (n_n)v

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang