Salam..
Sedar tak sedar, dah berbulan-bulan meninggalkan blog terbengkalai... Hasrat hati nak update, namun kesibukan melandaaa.. Dan bila tak sibuk, badan pula menuntut hak untuk berehat..
Hmm, sejak jadi ummi ni, memang banyak adjustment kena buat.
Dan kondisi diri pula dah tak berapa kuat berbanding dulu.
Allah bagi satu nikmat, dan tarik pula satu lagi...
Sungguh. jiwa kita benar-benar dalam genggamanNya.
Moga Allah selalu melindungi kita, dari azab kubur dan azab api Jahannam, dan dari fitnah al-Masih Dajjal, fitnah kehidupan dan fitnah kematian.
Mungkin mahu berkongsi sedikit tentang kehidupan sejak setahun yang lalu, pasca nikah..
Surah al-Ahqaaf 46: 15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)
|
Alhamdulillah... sebulan setelah nikah, aku disahkan hamil. Walaupun sebenarnya diri sendiri yang sahkan ;) Kebetulan waktu ke klinik untuk konfirmkan, dr O&G takde, cuma ada bidan je. Dan pemeriksaan sama yang dilakukan bidan- urine test.
Kemudian sewaktu kandungan 6 minggu, kami ke doktor O&G, doktor lakukan TVS dan baru kelihatan kantung dengan degup jantung baby :) Subhanallah, tak tergambar perasaan. Cuma agak spoil sebab doktor agak 'cold' dan terlalu methodical. Be happy with me please.. It's my first child..huhuhu. Cakap dalam hati aje.
Sewaktu kandungan masuk 7 bulan, aku pulang ke Malaysia.. dan disitu bermula sedikit dramanya. Sewaktu perform MGTT, fasting glucose tinggi, disuruh perform BSP, dan disahkan ada GDM. Sewaktu repeated scanning, baby continuously 2 weeks behind EDD. :(
Dari klinik Ajwa, aku direfer ke UMRA.
*Please stop asking why I chose UMRA not government hospital... My husband wasn't around and I didn't want to make things harder for my mother to bring me to perform antenatal checkup at PPUM every week (since I had GDM) plus UMRA had a good record and was still affordable, I wanted a place where my husband could accompany me plus is it bad if I wanted some privacy? >.< )
Sometimes people just don't know how to respect other people's choices, who don't have the same reasoning as you... It was stressful enough dealing with the complications of my pregnancy, I didn't need any more negative vibes :(
Ok maaf atas curhat.
Di UMRA aku disuruh datang dua kali seminggu sebab baby kecil, doktor risau whether IUGR atau cuma SGA (small for gestational age) ditambah lagi dengan GDM ku... Kata doktor GDM boleh buat baby terlalu besar atau terlalu kecil.
Cumanya.. Bila buat doppler, normal je blood flow to fetus. Jadi doktor kata maybe SGA, dengan pilihan induce bila ketuban turun/ bila dah masuk 38 weeks, iaitu lepas raya Haji. Aku dah mula risau, sebab suami belum pasti dapat balik waktu tu. Jadi doktor pertimbangkan 39 weeks, tapi tak boleh tunggu term.
*Sejujurnya waktu ni kerja nangis je... and yes I think that may have had some effect to the baby, asyik risau bila tak rasa movement baby... Nangis bila rasa alone dengan pregnancy ni.. *tearful again*
Bila kenang balik, lemah sungguh waktu ni. Sungguh bodoh, kerana Allah sentiasa bersama... Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah...
Bila kenang balik, lemah sungguh waktu ni. Sungguh bodoh, kerana Allah sentiasa bersama... Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah...
Dengan kondisi lemah waktu tu, dengan ketiadaan suami, memang susah untuk counter doktor waktu tu, even though I know the baby's just small, I'm small and shorter than most, what's the problem kan.. and I did consult with a friend who did say it's normal... No need to induce if liquor is normal.
Yea.. mungkin dah terbiasa dengan 'doctors know best'
InsyaAllah I'll do better kalau diizinkan hamil lagi...
Just to let my baby grow and gain a few more weight reaching the end of pregnancy...
Alhamdulillah at 39 weeks, pagi tu 'serah diri' ke doktor, already experienced bloody show, and bila check opening dan dilated 1cm with soft cervix.
Dr suggest induce malam nanti with one dose and see how it goes, if needed bagi second dose.
Aku mahu menunggu normal labor, lagipun beberapa hari lepastu ulangtahun suami...
Kalau sama kan best:)
tapi zauj kata tak payah tunggu.
Induce je...
dan aku pasrah
To be continued..
Permata hati kami... 3.5 bulan. Semoga jadi anak solehah ya sayang. |
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Post a Comment