Lilypie First Birthday tickers

Husnuzhon


Assalamualaikum.

Ya, mak buyung masih belum lupa yang dia ada blog. Maafkanlah saya -_-'

Harini terdetik untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Betapa Islam itu benar-benar merupakan suatu cara hidup, bukan sekadar ritual. Dan betapa benda yang kita sangka kecil, yang kita sangka tak penting, itulah perkara yang dapat menentukan kita ke syurga atau neraka pada akhirnya. Kerana kesannya kepada diri kita, agama kita, dan hubungan kita dengan Allah.

Ya, itulah dia. Husnuzhon. Berbaik sangka dengan orang lain. Berbaik sangka dengan Allah.
Bila kita belajar, kita pun oh, okay. Sangka baik. Tetapi saat kita berhubungan dengan manusia lainlah kita akan diuji dengan kefahaman kita tentang suruhan Allah dan Rasul ini.

Cuba bayangkan jika dalam kepala kita sentiasa memikirkan yang buruk tentang orang lain.
Bila orang lain mengadu kepada kita tentang seseorang, jauh daripada menenangkan orang itu, kita api-apikan lagi. 'Memanglah, tengok jelah bla bla bla'.

Dan kita lupa, mungkin saja apabila kita tiada, orang itu mengadu pula kepada orang lain tentang kita.
Sukakah kita jika orang tersebut berbuat seperti kita?

"Memanglah, perangai macam tu bla bla bla"

Kadang-kadang, orang bercerita kepada kita bukan untuk mengumpat. Sekadar meluahkan, untuk menghilangkan rasa yang mengganjal dalam hati. Meminta nasihat, meminta ditenangkan.
Tapi kita ingat orang tu saja nak complain kat kita. Itu tanda orang tu tak puas hati.

Dah tu pulak, kita pergi kat orang yang menjadi subjek 'pengaduan' tadi, dan kita pergi kata, "Jangan ingat X tu diam maknanya dia suka apa kau buat. X lah yang bercerita semua pasal kau. Blablabla"

Akhirnya kita jadi batu api. Takde api pun sebenarnya, everything was just fine, tapi mungkin dalam diri kita ada 'api' yang tidak padam, kita nak sebarkan kat orang lain. Walhal everybody was okay before.

Kadang-kadang tak salah nak meluahkan. Tapi jadilah dewasa, cakap macam dewasa. Layan orang macam dewasa. Bukan budak-budak. Bukan untuk memperkecilkan. Bukan untuk jadi besar dan tunjuk 'oh aku lebih tahu dari kau.' Itu semua hanya menyakitkan dan menimbulkan kemarahan. Dan akhirnya semua menyesal.Tahukah kita, manusia ni macam boleh sense tau niat kita. Hati kita akan terpancar pada perbuatan kita. Kalau kita ikhlas, orang boleh rasa. Dan macam tulah sebaliknya.

Dah itu je nak cakap.

Kadang-kadang, benda kecil ni yang kita kena betul-betul amalkan.
Jadi qudwah (ikutan, contoh) yang baik. Dakwah bil hal itu jauh lebih berkesan dari dakwah dengan kata-kata.

Jangan suatu hari nanti kita menyesal bila semua orang dah meninggalkan kita.

Bersangka baiklah dengan orang lain.
Dan ajaklah orang lain untuk turut melakukan yang sama.

p/s: Doakan saya. Sudah hamil hampir 33 minggu...

p/s2: Jom hadam kisah Hasan Al-Basri di bawah:

Hassan al-Basri pada suatu hari melihat seorang pemuda sedang berasmara dengan seorang wanita, di tepi Sungai Dajlah. Bersama pasangan yang sedang asyi maksyuk itu, terdapat sebotol arak. Hati kecil Hasan al-Basri lalu berbisik: “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!”

Pada masa sama, Hassan melihat sebuah perahu yang berada tidak jauh dari lokasi pasangan itu memadu asmara. Perahu itu dipenuhi air dan hampir tenggelam. Lelaki yang berasmara itu terjun ke sungai untuk menyelamatkan penumpang dalam perahu yang hampir tenggelam. Jumlah kesemua penumpang yang ada berjumlah tujuh orang.

Setelah bertungkus lumus, lelaki itu berjaya menyelamatkan enam orang, manakala seorang lagi masih belum dapat diselamatkan. Lelaki tersebut berada dalam situasi yang lemah dan hampir tidak lagi dapat berenang untuk selamatkan seorang lagi penumpang. Dalam nafas yang tercungap-cungap, lelaki itu menghampiri Hasan al-Basri.

Melihatkan wajah Hasan al-Basri, lelaki itu berkata: “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang.”

Hasan al-Basri berusaha membantu, tapi beliau gagal menyelamatkan yang seorang mangsa perahu karam itu. Dengan rasa yang kecewa, lelaki berkenaan menjelaskan: “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan.” Mendengarkan penjelasan itu, Hassan al-Basri berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan.”

 Hasan al-Basri sedar bahawa beliau sebenarnya dilanda buruk sangka terhadap lelaki yang berdua-duan di tebing sungai tersebut. Tanpa mencari fakta sebenar, beliau telah membuat prasangka yang keterlaluan. Bagaimanapun, setelah menyedari prasangka buruk itu, Hasan al-Basri segera berusaha memperbetulkan kesilapan. Lelaki yang disangka buruk itu kemudiannya menjawab: “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan.”

Sejak dari peristiwa buruk sangka itu, Hasan al-Basri berubah. Tidak membuat praduga keterlaluan dan sentiasa merendah diri. Dia sedar, dirinya adalah makhluk biasa yang tidak sempurna dan sentiasa berbuat salah.



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang