Lilypie First Birthday tickers

Conteng Semangat


Bismillah...

"Barangsiapa memelihara ketaatan kepada Allah di waktu mudah dan masa kuat, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan lemah. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan dan kemampuan berfikir serta kekuatan akal."

Ibnu Rejab 


Sebaik-baik tempat bergantung adalah Dia.



Refleksi kembali tujuan hidup : Sebagai 'abid. Hamba yang hidupnya dihabiskan untuk beribadah.
Dalam 24 jam, berapa minit, atau jam, kita habiskan untuk betul-betul fokus dalam ibadah kita.
Seberapa sering kita mengingatiNya, dan asma' Nya basah di lidah dan hati kita...
Niat yang sentiasa ditajdidkan. 
Hanya untukNya.

tertarik dengan quote yang seorang ukhti kongsikan:

Jangan menjadi hamba FATWA, tetapi jadilah hamba TAQWA.



Tiada lagi justifikasi untuk waktu-waktu yang dibazirkan begitu saja...

~~~~~~~~~~~~

"Ustaz ni kata takpe tengok cerita kalau tak sampai lambat solat"
sedangkan...
Hati kita sedang syok tengok hero hensem, hafal lagu-lagu terkini, khusyuk tengok perkembangan drama terbaru... hingga solat pun terburu-buru... ya ampun.

"Kalau ngantuk kan tak elok solat nanti tak khusyuk.." 
atau
"Nak tengok fb dulu, penat baru balik ni..."
sedangkan...
Hati kita sedang dihasut syaitan supaya malas untuk bangun solat!
Tidak cukup kita sekadar menghadiri usrah. Mendengar materi-materi yang disampaikan. Menyalin dengan lengkap setiap kata murabbi...


Bukan...
Tetapi kita mencermati, setiap apa yang kita dengar, meskipun sering didengari sebelumnya.
dan kita amalkan SETELAH usrah selesai...
Kerana kehidupanlah medan tarbiyyah kita yang sebenar...

Masih ingat rukun bai'ah no.8?

Tajarrud.

Kerepek jenis apakah tajarrud ini wahai penulisss? 

At Tajarrud: membersihkan diri dari pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran Islam dan dari setiap orang atau teman yang memisahkan antara seorang Muslim dengan loyalitas kepada agamanya.


Aduhai, untuk sampai ke no.8 ni bukanlah macam masak tomyam di dapur.
(no 1 pun masih .. merangkak-rangkak lagi)
Sedangkan semuanya harus bertahap...
Bermula dengan faham, ikhlas, amal, jihad, tadhliyah, taat, tsabat... dan seterusnya tidak dapat tidak mestii ikut turutannya...pengsan. peluh-peluh. 
Di manalah aku sekarang ni...?
hu!
~_~"


Dan saya kira, sekarang bukanlah masanya untuk bertatih-tatih lagi.
Harus kuat, kuat, kuat!
Untuk berdepan dengan cabaran yang sangaaaaaaat hebat nanti.

Bersungguh-sungguhlah.
Sungguh-sungguh beribadah.
Sungguh-sungguh melawan nafsu.
Sungguh-sungguh taat kepada Allah dan Rasul.
Sungguh-sungguh mengejar tempat paliiiiing atas di syurga nanti.
Syurga yang bila semuaaaa yang kita mahukan di dunia ni, yang kita tak dapat dulu, yang kita mungkin tak dapat bayangkan sekarang ni, kita dapat.
Dengan sangat mudahnya.
Akhiratlah kehidupan sebenar kita......
dan seharusnya, semestinya,
Syurga dambaan kita... dan motivasi kita sehari-hari.

kerana, jika tidak...
natijahnya... tidak mungkin kita sanggup hadapi.
meninggal dunia dalam kemunafikan...
Allahu... sanggupkah?
yang mana akan menempati neraka paling bawah sekali?
*terketar-ketar kepala lutut*

Untuk menuliskan ini pun...
Sangat takut... mengatakan sesuatu yang tidak dilakukan.
Moga Allah sentiasa memimpin kita....
Menjaga kita...

jom bina Islam dalam diri kita

Sedikit motivasi buat kita, agar kita sedikit sebanyak terbayang ahli-ahli persatuan syurga dan ahli-ahli persatuan satu lagi:

Hadis Harithah bin Wahab r.a: 
Aku mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga? Para sahabat menjawab: Ya! Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya. Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka? Mereka menjawab: Ya! Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.
(Sahih Muslim)

Sombong itu, sering menjadi musuh terbesar kita...
sebabnya...
Ianya menyelinap secara halussss dalam diri sehinggakan, boleh jadi kita tidak sedar.
tetapi kesannya kita nampak, apabila kita merendahkan orang lain dan meremehkan kebenaran di hadapan kita.
Nauzubillah...

Moga Allah merahmati, orang-orang yang menghadiahkan kepada kita kesalahan-kesalahan dan kekurangan-kekurangan kita...
Agar kita tidak lupa, tidak leka,
bahawa kita sebenarnya, tidak bernilai apapun...
tak bernilai habuk pun 
Kecuali jika iman dan Islam ada di hati kita.

“Kami adalah yang terbaik di antara manusia, kami mengarahkan mereka untuk menapaki jalan mendaki menuju kepada Islam...”

Abu Hurairah radhiyallahu anh (lihat Al-Qurtubi)

Begitulah Islam... menjadi rahmat bagi seluruh umat manusia :')
Jom kita daki sama-sama... dan menjadi batu-bata yang membantu menegakkan Islam agar menjadi 'guru' bagi seluruh alam semestaaa.
Rumah yang kukuh, tapaknya mesti kukuh terlebih dahulu.
BAHANnya, si batu-bata itu, mestilah dari yang terbaik.
Kukuh. Teguh.
Bukan macam biskut yang rapuh... bila makan ada habuk-habuk jatuh.
Err.. Taknak jadi antara antara habuk-habuk yang jatuh tu-_-'

Makanya...
buangggg semua yang macam tak bernilai dan tak berharga untuk bawa ke akhirat nanti
dan pilihlah yang betul-betuuuul kita perlukan
kerana kita musafir dunia, 
tidak boleh bawa bekal terlalu banyak.
nanti penat je nak bawak...kan?

Because less is always more.
In this case at least.

"Dunia adalah perjalanan... dari Allah dan menuju Allah"



Akhirul kalam.....


“Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu’min itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.” (QS al-Anfâl, 8: 65).



Pegang tangan.
Merangkak, berjalan, dan berlari sama-sama.
Ke tujuan yang sama.

Senyum.
:)


Contengan kali ini, 
Seperti tiada tajuk utama kan?
Ditulis terutama buat diri sendiri
Agar sentiasa bersemangat dan YAKIN
Cukuplah Allah sebagai Wakeel...
Biarlah kita rasa seperti bersendirian,
Biarlah kita rasa macam tiada yang faham kita,
Biarlah kita bersusah-susah mengajak orang lain
Biarlah manusia mahu berpandangan apa pun terhadap kita...
Semuanya tidak penting
Tidak penting langsung

Kerana yang lebih penting itu urusan kamu dan Tuhan

Semoga menjadi titik perubahan buat diri.



Wassalamualaikum...

Farhana.
Bandung.



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

One Response so far.

  1. NY says:

    *nangis*
    [insert tears here]

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang