Lilypie First Birthday tickers

Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Baru-baru ni ada banyak kejadian yang berlaku terhadap diri sendiri dan sahabat-sahabat yang menyebabkan saya terfikir, betapa sangatlah pentingnya untuk sentiasa menjaga muamalat antara lelaki dan perempuan. Kalau ikutkan fikiran, rasa macam dah bosan asyik tulis tentang ni tetapi manusia memang kena sentiasa diperingatkan berulang-ulang kali.


Biasalah, bila berbincang dengan perempuan, pastilah kita sering cenderung untuk menyalahkan lelaki atas segala permasalahan yang sedari awal tidak patut timbul. Namun apabila difikirkan kembali, pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin~


Salah satu perkara yang sering buat kami (perempuan) tertanya-tanya adalah kenapa lelaki 'senang' untuk diajak bersembang dengan perempuan yang kononnya dikatakan sebagai 'biasa-biasa', boleh bersenda gurau, tetapi apabila dengan perempuan 'bertudung labuh' atau 'akhwat' sangat menjaga pergaulan. Nampak seperti tidak ada pendirian disini. Ada beberapa jawapan yang pernah diberikan, seperti kita bercakap dengan mereka ikut rentak mereka, dia A kita ikutlah cara A, dan contoh lain jawapan seorang ustaz yang popular : "Sebab dengan mereka ('akhwat') kita tidak cenderung untuk tertarik kepada mereka jadi taklah menjaga sangat."


Ada timbul rasa tidak setuju di fikiran... kenapa harus berbeza?


Sering kita mendengar kata-kata 'bercampur tetapi tidak berbaur' namun aplikasinya terlihat sangat lemah. Berbaur lebih. Diri sendiri pun bukanlah sempurna, tidak langsung namun ada beberapa prinsip yang tetap berusaha untuk dipertahankan. Pembaikan dari semasa ke semasa tetap harus berjalan dan muhasabahlah kembali apa salah silap yang telah dilakukan. Kita bukan maksum namun itu bukan alasan untuk tetap melakukan dosa, bukan?


Dan salah satu soalan yang sering terngiang-ngiang di kepala: Bolehkah lelaki dan perempuan bersahabat?
Bersahabat dalam erti kata berkongsi cerita, bercurhat, dan sebagainya. Platonic relationship bak kata orang. Platonic atau tidak, bagi saya mereka tetap halal untuk dikahwini jadi haruslah tetap menjaga aturan, jangan sampai dah terlajak baru nak tengadah. Tapi kalau memang dah rasa macam terlajak tu, cepat-cepatlah tarik balik, istighfar banyak-banyak dan bertaubat untuk tidak mengulangi lagi...
Biar ada jawapan yang konkrit dan jelas atas alasan apa. Kerana apabila sebab untuk bercampur itu tidak ada, maka hilanglah alasan untuk melakukannya, bukan?



Janganlah disangka apabila lelaki sekadar bersahabat dengan perempuan, perempuan itu turut sama begitu. Equationnya tidaklah sama. Men are built differently than woman. Perempuan jiwanya sangat halus, sangat. Dan apabila abang-abang menunjukkan bahawa mereka 'care', fikir-fikirkanlah sendiri apa episod seterusnya. Kita katakan kita berpegang kepada Al-Quran dan sunnah, jadi ikutlah secara keseluruhan bukannya bab ibadah sahaja. Akhlak bagaimana? Itu semua orang lihat. Sunnah itu seluruh kehidupan baginda, bukan sekadar retorik sahaja... (Entah-entah orang bila nampak saya cakap begini ya? Hurm... Kena muhasabah banyak-banyak...)


Dan untuk perempuan pula, jagalah secebis malu kita. Bukankah itu mahkota seorang perempuan? Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah lelaki yang paling pemalu, kita contohilah baginda. Tak sebegitu mudah untuk bergurau senda dengan kaum Adam walau di mana pun. Biasanya terutama di alam maya ni rasa malu itu terhakis sikit demi sikit. Bermujahadahlah! Rapat-rapatlah dengan kaum Hawa. Jangan terlalu ikutkan emosi dan nafsu... Matanglah dalam mengurusnya :) Teringat tulisan Imam Muda Asyraf bertajuk "Jatuh Cinta dengan 'Ustaz'nya Dia" kalau tak salah. Sempoi tapi tepat. Katanya, perempuan sekarang dah pandai memilih lelaki... Kalau dulu nak yang hensem kaya etc, tapi sekarang paradigm dah berubah, nak lelaki ala-ala ustaz. Sebab agama itu bekal. Lagi-lagi yang ada rupa kan.. huhu lagilah. Lucu pulak bila baca, tapi memang betul pun rasanya. Tengok jela Asyraf Muslim berapa ramai peminat dia walaupun dia bukanlah seorang ustaz. -_-'

Pokoknya, wanita itu fitnah yang besar buat lelaki. Berjaga-jagalah dengan fitnah wanita!
Dan begitu juga sebaliknya. Lagi-lagi di akhir zaman ni. Wanita pun kena sedar yang mereka itu fitnah(ujian) bagi kaum Adam. Ikutilah aturanNya, insyaAllah selamat... Islam is the best way of life kan? Jaga iman, jaga ibadah, jaga akhlak... Katakanlah : "Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah~" 



Sebab itu, bagi saya... 


I'd rather set up a mental barrier that I can control, just to protect myself. You may not be seeing the real me~ That barrier may be weak, as I am, but it is there for reasons only I understand. For my deen. For myself. You may not get it, but if you try to understand, you will...


Sekian curhat daripada saya~


p/s: Tidak terlalu melampau dan tidak terlalu longgar. La ifrat wala tafrit. Pertengahan. Wasatiyah~


p/s2: Esok exam. 


p/s3: Jangan hilang fokus. Ada target jangka masa pendek dan panjang yang mahu dicapai!


p/s4: Ujian tanda Allah sayang. Kuatkan hati ya Farhana~ Semoga sabar dan syukur tetap jadi pegangan...


p/s5: Ada beberapa perkara yang sangat ditakuti. tapi akhirnya... Takut dan Harap itu hanya layak bagi Allah~




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

5 Responses so far.

  1. duha says:

    assalamualaikum, saya stuju :)

    banyak teori yang kita tahu, tapi bukan senang untuk mengaplikasikannya..

    bergaul tapi jangan berbaur!

    sama2 kita kawal diri..bukankah lebih baik kita berjaga-jaga dan menjauhi yang syubhah itu berbanding kita merasa aman di pinggir batasan neraka..wallahualam~

  2. as-syahir says:

    lpe plak. gud luck exam.:)

  3. Assalamualaikum.

    Saya bersetuju dengan pendapat anda. Jurang itu perlu ada. Bukan untuk menyisihkan pergaulan tetapi untuk menjaga pergaulan.

    Wanita perlu lebih waspada menjaga diri. Lebih manis kelihatannya, lebih banyak yang perlu dijaga untuk mengelak fitnah dari lelaki.

    Selamat menghadapi peperiksaan. Ujian itu tanda Allah sayang.


    Benar. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

  4. Assalamualaikum.

    Saya bersetuju dengan pendapat anda. Jurang itu perlu ada. Bukan untuk menyisihkan pergaulan tetapi untuk menjaga pergaulan.

    Wanita perlu lebih waspada menjaga diri. Lebih manis kelihatannya, lebih banyak yang perlu dijaga untuk mengelak fitnah dari lelaki.

    Selamat menghadapi peperiksaan. Ujian itu tanda Allah sayang.


    Benar. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang