Seorang manusia pasti takkan mampu hidup berseorangan. Seorang anak, suatu saat dalam hidupnya pasti memerlukan ibunya, bapanya, adik-beradiknya dan begitulah seterusnya.
Suatu perkara yang perlu kita dapatkan daripada manusia, bukan binatang ataupun tumbuhan adalah... nasihat.
Nasihat itu mutiara yang berharga, dan tidak semua orang mampu memberi nasihat, atau memberikannya dengan baik.
Seseorang pernah menulis surat kepada Daud Ath-Tha’i. Beliau menjawab, “Amma ba’du, hendaklah anda rela dengan urusan duniamu yang sedikit tetapi agamamu selamat. Sebagaimana orang lain rela dengan dunianya yang melimpah, namun agamanya hilang. Wassalam,”
Subhanallah. Sungguh hebat nasihat itu. Memang suatu musibah andainya kita hidup senang lenang dengan kehidupan kita di dunia namun melupakan akhirat. Itu suatu musibah yang besar.
Bagaikan dia sedang membunuh dirinya secara tidak sedar. Katakanlah seseorang yang melintas jalan, dia tahu kalau nak lintas kena tengok dulu kiri kanan, ada ke tidak kereta. Tapi dia main lintas je ikut suka hati dia, akhirnya kena langgar dengan bas. Meninggal kat situ juga. Salah siapakah itu? Salah pemandu bas atau dirinya sendirinya yang tidak mematuhi peraturan jalanraya.
Betullah, dah ajal nak buat macam mana kan. Cuma setiap perkara itu ada sebab dan akibatnya. Kita tak bolehlah nak tengok yang zahir je semata-mata. Kita makan, kita akan rasa kenyang. Kita tanam pokok, suatu hari nanti pokok itu akan memayungi kita daripada hari yang panas. Begitulah juga kita hidup di dunia, pasti akan ada hari pembalasan.
Jadi, macammana caranya kita nak berjaya masa hari pembalasan? Tanyalah kepada Sang Pencipta. Kenali Dia, cintai Dia. Supaya nanti Dia pun turut mencintai kita dan mengasihani kita yang memang banyak dosa ni. Apa? Tak rasa ada banyak dosa? Alhamdulillah^.^”
Panjang sungguh mukadimah ye. Sebenarnya nak kongsi tentang cara-cara melawan nafsu. Kita pun tahu yang nafsu sering mengajak kepada kejahatan, kecuali nafsu yang telah dituntun kepada perkara yang halal.
Kadang kala, nafsu kita menginginkan perkara yang mubah(harus). Tak salah, asalkan ianya tak menyibukkan kita daripada kewajiban dan ketaatan. Tapi kita tengok pula apa yang Ibnul Qayyim rahimullah kata, “Umumnya orang yang mengikuti hawa nafsu, syahwat dan amarahnya, tidak berhenti pada batas memanfaatkan sahaja. Kerana celaan terhadap hawa nafsu, syahwat dan amarah bersifat mutlak kerana bahayanya yang menyeluruh. Oleh itu, jarang sekali orang yang mampu menyeimbangkan dan menganggap cukup hal itu. Begitu juga amat jarang orang yang dapat mencipta perwatakan yang seimbang daripada berbagai sisi.”
Ataupun dalam bahasa mudahnya "Rasa macam boleh kawal nafsu selagi tak haram? Haa, cubalah, kita tengok siapa kawal siapa."
Ataupun dalam bahasa mudahnya "Rasa macam boleh kawal nafsu selagi tak haram? Haa, cubalah, kita tengok siapa kawal siapa."
Jadi macammana nak mengawal nafsu ?
Nak lawan hawa nafsu ni, memerlukan jihad. Ya, jihad. (Bukan holy war ye-_-')
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut: 69)
Ibnul Qayyim ada mengatakan dalam tafsirnya “Allah menghubungkan jihad dengan ‘al-hidayah’ kerana yang paling sempurna hidayahnya adalah orang yang paling banyak berjuang. Jihad yang paling diwajibkan adalah jihad melawan jiwa, hawa nafsu, syaitan dan fitnah dunia. Barangsiapa yang mampu melawan empat hal tersebut (ikhlas) kerana Allah, maka Allah swt akan memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNya yang nanti akan membawanya ke syurga. Barangsiapa yang meninggalkan jihad, ia akan kehilangan hidayah sesuai dengan kadar jihad yang ditinggalkannya.”
Subhanallah. Sungguh Allah itu Maha Halus.
Bunyi macam senang je kan. Nak lawan hawa nafsu, jihadlah! Hohoho. Bak kata seseorang tu. Mencari redha Allah tak semudah masak megi. Kelakar, tapi tepat sekali.
Nak berjihad, memerlukan cinta. Kalau tak cinta jangan haraplah kita nak berkorban untuk seseorang kan. Seorang mak yang sayangkan anak dia, walaupun anak dia perangai tak serupa manusia pun, sebab sayang, mak akan sanggup beri apa yang anak tu mahukan. Begitu besar sekali cinta seorang emak. Itulah cinta tanpa syarat. Namun lebih besar lagi cinta Allah kepada hamba-hambanya yang mukhlis!
Kenapa manusia meninggalkan jihad? Kerana tidak cinta. Orang yang meninggalkan jihad tak akan mendahulukan cinta Allah atas cinta kepada dirinya dan tak akan berusaha mendapatkan cintaNya, lebih-lebih lagi jika sulit dan susah untuk mendapatkannya. Kita tak cinta kat Allah, RasulNya. Sebab tu kita malas, lambat, tak fokus. Toksah menipu... Tanda-tandanya kelihatan dan Allah Maha Mengetahui.
Sebab tu jangan terlalu mudah nak percaya kat orang bila mereka mengatakan cinta kepada kita. Kerana belum tentu cinta kita sendiri yang kita laung-laungkan kepada Allah dan rasul itu benar.
Setiap kata-kata cinta itu memerlukan pembuktian. Dan apabila mencintai Allah, pasti kita akan melakukan apa yang dicintaiNya. Jika tidak, itu bermakna dia telah berbohong.
Samalah jika mengatakan kita mencintai seseorang kerana Allah. Tindak-tanduknya tak akan lari dari keredhaan Allah dan itu dapat dilihat dan dinilai oleh orang-orang yang berakal dan menggunakannya.
Kesimpulannya, bila kita cinta Allah, kita pasti akan berjihad untuk meninggikan Islam bermula dengan diri kita sendiri, dan jihad itu berkadar terus dengan hidayahnya. Jihad tinggi, hidayahNya pun tinggi insyaAllah. Natijahnya syurga buat insan-insan yang ikhlas. Subhanallah! Best kan? Cinta. Jihad. Hidayah~
nice post
thanks for sharing