Lilypie First Birthday tickers

Kenen.

Kenen. Usik-mengusik. Di mana-mana universiti yang mempunyai anak muda yang sudah layak untuk berkahwin, fenomena ini pasti berlaku. 
Kenen-mengkenen. Maaf ya jika perkataan ini tiada dalam kamus DBP, ianya adalah sekadar bahasa pasar sahaja. -_-”

‘Eh, kau sesuai la dengan dia’
‘Macam lain je dia layan kau’
‘Ececeh, baiknya dia. Dengan aku dia tak macam tu pun’

 Jujur, saya kurang senang sekali dengan fenomena ini. Namun ianya memang berlaku tak kiralah kepada siapa pun, dari mana pun dia. Budak surau ke, budak biro agama ke, budak band ke, sama je.

Apapun, saya tetap kurang senang. Kenapa? Kerana ianya sangat mengganggu. Mengganggu ketenangan dan mengganggu keamanan hidup. Dan mungkin sahaja, ia telah mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud pun sebelum itu.

Katakanlah orang yang diusik itu benar-benar jatuh hati kerana perkara itu. Adakah kita terfikir. Jangan fikir ianya ringan, kerana tipu daya syaitan sangatlaah licik. huhu.

‘Normallah bro, suka sama suka. Kan fitrah tu...’
 
Tiada siapa menolak bahawa ianya fitrah. Namun fitrah itu seharusnya dituntun kepada perkara yang halal. Iaitu perkahwinan. Andai seseorang jatuh cinta di saat dia belum bersedia untuk menikah, dan mungkin belum mampu untuk menikah, dan cuma mampu berangan-angan sahaja, maka terbayangkah kita kemungkinan yang akan terjadi?

Tidakkah kita terfikir natijah atas apa yang telah kita lakukan?

Andai iman setebal kulit durian, tidak mengapalah. Bekal iman kepada Allah itu akan menjaganya, insyaAllah.
Namun jika iman kita cuma senipis kulit bawang? Maka apakah yang akan berlaku selepas itu?
Syaitan akan mengganggunya, nafsu akan menggugatnya.
Andai sebelum itu dia sangat malu dalam pergaulannya, boleh jadi malu itu akan semakin terhakis di saat dia menyangka ada insan yang mula menyedarinya.

Tidak sedarkah kita? Mungkin sahaja kita telah membuka pintu dosa buat seseorang. Astaghfirullah.
Jika masih kita merasakan ianya bukanlah sesuatu perkara yang besar, cuma fikirkan adakah sahabat akan terfikir untuk melakukan sesuatu seperti itu?

“Wahai Umar, aku rasa wanita tu solehah la, sesuai dengan kau, hehehehhhh”
 ?????
Tidak terbayang rasanya para sahabat RA nak lakukan sesuatu seperti itu....
Yang pernah dilakukan, taaruf, pinang dan terus menikah. Habis~

Memanglah ianya mainan anak muda, tapi jika lebih bawa mudharat kepada kita dan orang lain, lebih baik ditinggalkan sahaja...



“Ya Allah, lindungilah aku daripada mengheret kekuranganku kepada muslim yang lain” -ada dalam buku doa hisnul muslim, mungkin lafaz agak berbeza, akan dirujuk apabila mampu, insyaAllah..

Jika benar kita berniat baik terhadap sahabat kita, ada jalan lain yang lebih baik dan lebih selamat..
Sayangilah mereka seperti kita menyayangi diri sendiri...
Fikirlah dahulu sebelum bertindak.. Kita bukan lagi anak belasan tahun yang baru habis sekolah. 
Umur meningkat, tanggungjawab pun meningkat!

Fikir-fikirkan. Hentikanlah kenen yang tidak bermakna.
Berhati-hatilah, kerana hati-hati itu taqwa...
Dan orang yang bertaqwa ini yang dicintai oleh Allah:)))

*1* Entri ini sudah lama ditulis secara spontan. Baru publish. Maaf tidak sempat merujuk kepada AQ ataupun hadith.

*2* Beberapa kata-kata sahabat di facebook bagaikan beri kejutan elektrik kepada diri sendiri.
“Aku tidak tahu kecelakaan jenis apa, orang yang berilmu namun tidak mengamalkannya..” Nauzubillah..
“Jangan menggunakan nama tawakkal sebagai alasan untuk bermalas-malasan dan menidakkan usaha.”
Jangan malas. Ianya sangat dibenci oleh Allah. Paksa diri untuk rajin, paksa!!

*3* Sehari sebelum SOOCA, sampai giliran bagi tazkirah lepas maghrib di rumah, tajuk al-Quran.
Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk memilih awal surah al-Anfal. Sekarang tak ada masa nak menulis, siapa yang mampu rujuklah Tafsir Ibnu Kathir dan ambillah iktibar daripadanya. InsyaAllah ada masa nanti saya tulis:) Tapi surah tu umumnya tentang perang Badar, cirri-ciri orang beriman, tawakkal, pengorbanan sahabat yang berjuang kerana mencintai Allah dan Rasul.

*4* Bagi penuntut ilmu, peperiksaan inilah ‘perang’ bagi kita. Jadi berangkatlah kita dengan keberkatan Allah. Hidup mulia, atau mati syahid. ‘Ish azizan, au mut syahidan’
Penuntut ilmu juga termasuk fisabilillah, mereka yang berjuang di jalan Allah.:)))

*5* Terasa menulis dengan sangat skema. Huhuhuh

*6* Tak sabar mahu pulang ke Malaysia (Walaupun cuma 4 hari sahaja:(  )

*7* Mari perbanyakkan istighfar dan biarkan lidah &hati sentiasa basah dengan zikir. Zikir jangan tinggal, fikir jangan tinggal~ :)))


*8* Sila abaikan kalau blog tiba2 buka myjodoh.net. Aaa stres menengoknya!


*9* Saya minta maaf jika ada kata-kata saya di sini atau di mana-mana yang menyebabkan ada hati yang terguris dan tergores.. Sesungguhnya kita hanyalah manusia. Dan mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Andai kedengaran kasar, sesungguhnya ingatlah ia ditulis dengan penuh kasih sayang ececeh. Kadang-kadang diri perlu diketuk, supaya kita berfikir apa yang betul apa yang kurang betul:)

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

3 Responses so far.

  1. duha says:

    nak tekan "like" tak boleh, kna ada akaun FB kan..hahah..

    but, i like!

    banyak kebiasaan2 yang dah jd sebati dlm kehidupan kita n rakan2 yg patut diubah..sama2 lah membantu ye, agar biah kita menjadi biah yg solehah!

    wallahua'alam~

  2. Dr Hana says:

    duha-

    haha~~~ takpe2, satu masa nanti adalah tu.. ekeke

    setuju 200%~

  3. nice!!! saya sgt2 setuju..mmg tk aman klu rmai yg dh stat kenen2...

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang