Lilypie First Birthday tickers

Pangandaran.

Salam alayk.

Alhamdulillah, semasa cuti sementara menunggu judicium, saya bersama 8 orang ahli rumah CasPel telah mengambil kesempatan untuk bercuti dan berehat di Pangandaran. Sudah lama berkeinginan ke sana, alhamdulillah berkesempatan.

Salah satu tempat yang kami lawati semasa di sana adalah Taman Wisata Alam. Di sana, kami memasuki semua gua yang ada di situ. Yang menariknya, banyak stalagmit dan stalagtit yang membentuk rupa yang pelbagai.

Namun satu perkara yang agak mengecewakan adalah kerana ramai manusia masih mempercayai mitos-mitos yang wujud hasil si sebalik kewujudan stalagmit dan stalagtit dalam gua-gua tersebut.

Jika stalagtitnya berupa organ peranakan lelaki dan perempuan, legendanya ialah siapa yang menyentuh stalagtit itu, jika tidak bertemu jodoh lagi, akan bertemu jodoh... Jika sudah, maka jodoh akan berpanjangan...

Jika di dalam gua ada kubur seorang alim yang pernah mengembangkan agama Islam di situ, maka siapa yang berdoa di situ maka doanya akan dimakbulkan...

Jika stalagmitnya berbentuk begitu dan begini, yang memegangnya akan menjadi murah rezeki....... insyaAllah.

Astaghfirullah... Sudahlah kita memberikan sifat Tuhan kepada mereka yang tidak layak, kita 'indah'kan pula perkara itu dengan akhirnya menyebut insyaAllah...

Betapa indahnya Islam, ia menolak segala bentuk pengabdian SELAIN kepada Allah, kerana hanya Dia yang layak diibadahi oleh kita semua...

Walaupun kita mengatakan Islam sudah sampai kepada kita, namun sebenarnya kita masih jahil akan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik dan yang menyekutukan Allah.

Maka beribadahlah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih(daripada syirik-pent) (Surah Az-Zumar, ayat 2-3)
Sesuatu yang menarik ialah, masyarakat mengatakan ianya adalah budaya yang tiada kaitan dengan agama... Hanya sebagian daripada keunikan budaya di Indonesia. Namun, agak jelas berlaku pertembungan antara budaya dan agama di situ. 

Tour guide kami mengatakan, "Ya, ianya cuma budaya, legenda aja, jika benar-benar berlaku, alhamdulillah, kita cuma ikhtiar aja, Allah jua yang menentukan..."

Hmm...Aneh. Wallahua'lam, saya kurang pasti jika mereka menganggap apa yang dilakukan itu sebagai salah satu usaha semata-mata... namun jika kita ingin meminta, mintalah kepada Allah... Untuk apa diminta pada makhlukNya yang tidak mampu melakukan apa-apapun?

Kadang-kadang terfikir... adakah perkara ini wujud dalam masyarakat kita di Malaysia? Betapa rapuhnya aqidah di kalangan masyarakat pada masa ini, terlalu mudah untuk mempercayai andai ada makhlukNya yang konon boleh meramal itu dan ini, malah boleh menjadikannya suatu permainan. "Oh hari ni apa agaknya ramalan Paul ya??"

"Katakanlah: 'Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai satu peranan pun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya.' Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, melainkan bagi orang yang telah diizinkanNya memperoleh syafaat..." Surah Saba' ayat 22-23.

Persoalannya, adakah masyarakat kita memang tidak mengetahui tentang ayat-ayat al-Quran yang melarang sebarang bentuk syirik? Atau adakah kita sengaja ingkar dengan ayat-ayat Allah?

Adakah kita semakin hari semakin jauh daripada al-Quran? Anak-anak hanya dimestikan khatam al-Quran, tanpa mendidik mereka untuk cuba memahami ayat-ayatNya yang indah?

Moga Allah mengasihani kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan hidayah dan kekuatan kepada kita untuk kembali kepadaNya, mengecap syurgaNya kelak. Syurga yang hanya diberikan kepada hamba yang sentiasa memurnikan ketaatan kepadaNya.... insyaAllah. Allahumma amiiin.

Islam akan bangkit apabila muslim kembali kepada ajaran Islam. Mulakanlah dengan aqidah, tegakkanlah 'la ilaha illaLlah' dalam diri kita.

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

3 Responses so far.

  1. dr.illy says:

    Salam...
    kakak Ana yang comey.hiks!=p
    Nak request ni..hmmm,cuba cerita sikit cara-cara nak tegakkan Lailahaillallah tu(faham tak request ni?huhu).lebih kurang apa yang kita perlu buat dan tak boleh buat.contoh2 atau cerita mungkin.timekaseh..

  2. Dr Hana says:

    Waalaikumussalam wbt Illy comey jugak hehe:p

    Oh,okie.. insyaAllah kak ana usahakan..

    tapi rasanya dulu ada post Syahadah, cuba illy tengok yang tu dulu.:))

  3. Salam, illy, sori lambat sket baru balas.. em, sebenarnya ada tajuk yg agak dalam pasal ni, al-wala' wal bara', penah dengar x?

    lebih kurang maksud dia kita cintakan apa yang Allah suka, dan benci apa yang Allah benci..

    Kalau contoh ringkas, macam sambutan deepa-raya ke kongsi-raya ke.. nampak macam ok, tp sebenarnya seolah2 kita mengiktiraf agama dan upacara keagamaan diorang.. so kalau mcm tu, kita dilarang ikut..
    berat jugak topik ni. rasanya nanti dalam usrah ada materi dia.. insyaAllah kalo lapang n mampu k ana try bg contoh lain :)

    slamat hari raya, ampun dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki =)

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang