Lilypie First Birthday tickers

Peluang

Salam alayk~
Sebagai manusia, kita ada banyak kemahuan dan cita-cita. Sebagai manusia juga, kita disuruh untuk berdoa kepada Tuhan atas apa sahaja kemahuan kita. Namun, kadang-kadang sedar atau tidak kita sering menyalahkan Tuhan apabila doa kita tidak atau belum dimakbulkan...

Contohnya bagi seorang perempuan, tidak mungkin tidak, pasti dia mengharapkan nanti akan ada lelaki yang akan dapat membimbingnya, lalu dia berdoa setiap hari agar dikurniakan seorang suami yang soleh, ataupun seorang lelaki berdoa supaya dikurniakan seorang isteri yang solehah. Tanyalah mana-mana perempuan,hatta artis sekalipun, pasti ada jawapan ini diberikan (contoh ni yang diberikan sebab contoh ini yang diberikan pada saya, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati ya).

Namun, nanti setelah berkahwin, mungkin dia akan kecewa sebab tidak mendapat isteri/suami yang diharapkan, dan akan mempersoalkan mengapa doa aku tidak dimakbulkan?

Padahal kita sering salah faham, bahawa apabila Allah mengkabulkan doa kita, bukanlah bermakna doa kita dimakbulkan sebiji-sebiji seperti yang kita mahukan. Contohnya apabila kita berdoa supaya mendapat kebahagiaan, adakah apabila suatu hari kita bangun kita akan merasa bahagia tanpa sebab?
Adakah apabila kita berdoa supaya berjaya dalam pelajaran, adakah dengan tiba-tiba kita akan menjadi pandai?

Yang sebenarnya, apabila Allah mengkabulkan doa kita, apa yang diberikan adalah peluang-peluang, yang dapat kita lihat di sekeliling kita... Apabila kita berdoa mendapat kebahagiaan, Allah akan memberikan kita sahabat-sahabat yang sentiasa membahagiakan kita, atau kita diletakkan dalam suasana yang tenteram dan bisa menenangkan hati.

Apabila kita berdoa supaya berjaya dalam pelajaran, Dia akan mengurniakan siuasi yang akan membolehkan kita berjaya dalam pelajaran... dan semua yang diberikan itu adalah peluang yang harus diambil oleh kita sendiri... Yang memberikan peluang untuk mencipta bahagia adalah Rabb, namun yang membuat keputusan untuk mengambil peluang-peluang untuk bahagia itu terletak di tangan kita sendiri...

Lalu mengapa kita menyalahkan Tuhan apabila kita tidak mendapat apa yang kita mahukan? Sedangkan Allah sudah membentang bermacam-macam jalan yang kita boleh ambil untuk mencapai apa yang kita mahukan...

Misalnya contoh di atas, adakah seandainya dia tidak soleh maka dia akan mendapat isteri yang solehah? Wallahua'lam, itu semua dibawah kekuasaanNya...(tapi Dia sudah menjanjikan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Seandainya bukan itu yang kita dapatkan, mungkin sahaja itu adalah ujian baginya sebelum kita mendapat yang lebih baik daripada sebelumnya...)

Apa yang akan diberikan adalah peluang, iaitu peluang untuk dirinya menjadi soleh, diletakkan dalam persekitaran yang baik, dikurniakan kawan-kawan yang soleh yang dapat membimbingnya, namun sering kita tidak dapat sedar akan peluang-peluang yang diberikan kepada kita. Mengapa? Itu yang harus kita fikirkan...sedangkan kita sudah diberikan akal untuk berfikir dan menimbang.

Begitu juga apabila kita berdoa, adakah kita akan mendapat 100% apa yang kita inginkan? Atau kita akan mendapat apa yang Allah mahukan untuk kita? Yang terbaik untuk kita?

Kita sering lupa, kita sering leka. Nikmat-nikmat dan peluang-peluang sudah banyak di depan mata. Dan sebagai seorang muslim, Islamlah nikmat dan peluang paling besar yang ada pada diri kita. Peluang untuk menggapai cintaNya dan keredhaanNya... Tidakkah kita sedar bahawa kita terlalu banyak mensia-siakan peluang yang ada? Kita dikurniakan keluarga yang mencintai agama, dilahirkan di negara yang majoritinya Islam, mengapa kita tidak menghargainya? Sudah dipermudahkan urusan kita untuk mentaatiNya, tidak ada pun larangan kepada kita untuk solat, tiada pun larangan kepada wanita Islam untuk menutup aurat, jadi mengapa kita tidak melaksanakannya? Tidakkah pernah kita mempersoal diri kita sendiri? Atau adakah kita tetap merasakan diri kita benar walaupun terbukti sebaliknya?

Mengapa kita mahu lari daripada fitrah kita dan meletakkan definisi Islam atas hawa nafsu kita tanpa mahu mengembalikanNya pada Rabb? Mengapa kita tidak menjadi seperti generasi yang terdahulu yang apabila suatu perintah diturunkan kepada mereka, mereka mengatakan "sami'na wa ato'na" (kami dengar dan kami taat) tanpa dipersoalkan perintah tersebut?

Adakah nanti kita boleh mempersalahkn orang lain atas keegoan kita atau keengganan dan ketidakupayaan kita untuk menghargai peluang-peluang yang ada sementara nafas masih ada? Adakah kita masih boleh mengatakan bahawa hidayah tidak sampai kepada kita?
Fikir-fikirkanlah...

Semoga Ramadhan yang hampir sirna membawa keberkatan kepada kita supaya lebih hampir kepadaNya....kepada cintaNya, kepada redhaNya, dan kepada syurgaNya.....amiiin...


"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada Tuhan melainkanMu dan Engkaulah yang Maha Pengampun"


*post yang pertama setelah lama 'berehat'
*harap maaf jika ada kekurangan dari segi penyampaian...
*jom cari lailatul qadr~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang