Betapa mudahnya aku melupakan ‘tujuan’ku
Betapa diriku terlalu alpa dengan dunia
Terlupa kuakan ke alam yang tiada penghujung
Terlupa hidup ini bukan untuk bersenang-senang
Sudah aku tahu, tapi aku lupa!
Betapa mudahnya aku membiarkan diriku terkesan oleh perkara enteng
Yang hanya merosakkan sekeping hati ini
Betapa mudahnya aku leka!
Betapa mudahnya aku alpa...
Betapa mudahnya aku melupakan kata-kataku sendiri
Aku ingin berubah
Aku tak mahu menjadi diriku yang semalam
Aku ingin menjadi seseorang
Hidup ini memerlukan matlamat
Semoga aku tidak pernah lupa matlamat hidupku
Aku ingin menjadi muslim yang bermanfaat
Aku ingin menjadi mukmin yang berjaya
Aku tak ingin menjadi muslim yang zalim pada diri sendiri, pada keluarga, pada sahabat
Terutama sekali pada ALLAH!
Ampunkanlah dosa-dosaku:(
Di sini titik permulaan.
Teruskan perjuangan Farhana.
Hidup perlu diteruskan.
Farhana . 12.18am. 11 Jun 2009.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, memiliki kasih sayang. Jika Dia hendak menyeksa mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan seksa bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu tertentu (untuk mendapat seksa) yang mereka tidak akan menemukan tempat berlindung dariNya.
(Al-Kahfi 18: 57-58)
diri sendiri senang...
orang lain pon senang...
dats our 'believe'...will lead us to our 'potential',than 'action'....hasilnya,everything i s all under control. its just our mindset,chaiyyok2!=)
manusia mmg pelupa..
namun Allah bersifat MAHA pengampun dan MAHA penyayang..
saling mengingatkan..itu y penting..
manusia akan sedar akhirnya kepentingan peringatan menerima dan memberi..kalau bukan sekarang, suatu hari nanti pasti..
:)
drrazi-
baik! kena think positive...
kdg2 terpikir, nak urusan dipermudahkan tp xde usaha ke arah tu, awal2 lg dah pkir negatif..huhu.
'u are what you think u are' kan.. tq bos.
jzkk...i needed that:)
duha-
hmm...tula. sebabkan sedar Allah maha pengampun n maha penyayang tula masih ada semangat nak meneruskan langkah[ceceh..] :p
bila rasa cam xde semangat tu...ingatlah hakikat ni balik...
putus asa tu hasutan syaitan;)
sharing is caring~
jzkk...muahhh:-* ^-^