Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MasyaAllah, sudah terlalu lama rasanya blog ini ditinggalkan. Entah masih ada yang sudi membaca atau tidak. Yang pasti... semenjak dua menjak makin terasa perlunya untuk update blog yang satu ni
Hari ini. 20 Ogos 2014. Sudah genap enam tahun berkelana ke bumi Bandung. Daripada sendiri sudah bertiga sekarang. Teman-teman seperjuangan kebanyakan sudah pulang ke pangkuan keluarga di Malaysia.. Aku masih di sini, meneruskan perjuangan hingga ke titik-titik terakhir.
Dan aku terkenang kembali saat-saat setelah melahirkan. Kawan-kawan dah pergi ke hospital luar, dan ujian akhir, dah mula magang. Aku pula sebulan setelah melahirkan baru pulang, dan perlu menghabiskan sisa enam minggu koas di Radiologi dan Anestesi sebelum boleh menduduki ujian akhir dua bulan lagi.
Semangat memang merudum sangat masatu. Down down down and down. Tapi teruskan saja.
Adik-adik tanya kenapa masih kat sini? Kenapa tak habis lagi. Senyum, jawab saja. Dalam hati, menangis~
Kemudian ditambah berurusan dengan fakulti untuk menentukan bila dapat menduduki ujian... Bagai digantung tak bertali...
Koas dah selesai, peperiksaan belum ambil lagi. Bila nak magangnya macamni. Tambah stres.
Tapi cuba juga positifkan diri, anggap as percutian... sambil tu menjaga si kecil yang bermacam ragam itu.Tapi terdetik juga di fikiran... bila dah terlalu lama menunggu, memang ada perasaan nak quit! MasyaAllah. Padahal dah nak habis, cuma tinggal ujian... Betapa melayangnya semangatku waktu itu... rasa sungguh tak berdaya. Nak belajar pun tak semangat sebab tak tahu bila ujiannya.
Dan dalam penantian itu, pulang sebentar ke Malaysia untuk aqiqah anak saudara baru di Johor Bahru.
Sehari setelah pulang ke Bandung, ayahku pula jatuh sakit. Serangan jantung... Terlalu kepenatan drive dari JB ke KL, dan rupanya ayah tak makan ubat DMnya sepanjang dua hari di sana.
Aku minta izin suami untuk pulang menziarah ayah... Buat emergency ERP, beli tiket. Khamis aku pulang.
Hari aku direncanakan pulang, mendapat khabar dr teman, Jumaat mahu judicium. Allahuakbar.....
Aku cuba ke PSPD, minta izin ke koordinator. Tak dapat jumpa beliau, cuma menitipkan ke sekretarisnya.
dan jawapannya- Pokoknya besok judicium, dan semua wajib hadir.
Beliau koordinator baru, dan memang strict. Sebelum ni, tak ada masalah kalau tak datang juducium, asal sudah izin.
Maka burnlah tiketku, dan emergency ERPku.
Aku mahu saja marah ke doktor, langsung tiada hati budi... Siapalah aku. Dan sewaktu judicium juga tidak ditanyakan perihal ayahku....
Cuma 15 minit. Dan aku bisa saja berada di Malaysia waktu itu.
Syukurlah ayah tidak apa-apa.
dan alhamdulillah ujian akhir, minggu depannya dipermudahkan.
dan drama seterusnya magang pula... nanti jelah sambung, biiznillah. Banyak sangat drama tak cukup satu post.
Huhuhu
ps. tulisan macam budak sekolah je hohoho
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~