Ada masa gembira.
Ada masa sedih.
Carilah orang untuk menggembirakan dan mengembalikan senyum ke bibir kita...
Tiada rasa sedih bagi orang beriman kerana sentiasa yakin dengan Rabbnya.
:)
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan barkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (beristiqamah) akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) serta janganlah kamu sedih hati, dan bergembiralah kamu dengan Syurga yang telah dijanjikan kepadamu" [al-Quran: al-Fussilat:30]
p/s: One of my favorite ayah..
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~