*tajuk post sangatlah tak original
Salam alayk..
Saya kini berada di rotasi Ilmu Kesehatan Anak.
Alhamdulillah, sangat menyenangkan :)
what's up doc? |
Saya sangat menyukai pediatri... tetapi tak tahu jika sanggup atau tidak memberikan komitmen untuk meneruskan pelajaran ke peringkat spesialis dalam bidang ini (biiznillah setelah lulus sebagai dokter) dan mengorbankan sebahagian kehidupan yang lain. Cita-cita terbesar saya setakat ini adalah untuk menjadi suri rumah :D
-----
Beberapa tahun sebelum ini ada berbincang dengan beberapa orang yang lebih tua dan berpengalaman kerana dah 'terlanjur' mengambil medic dan 'terlanjur' juga mendapat biasiswa JPA. Akibatnya, mahu ataupun tidak, perjanjian sudah diikat untuk bekerja dengan kerajaan selama 10 tahun. Dan jika meneruskan ke peringkat spesialis, pasti akan ditambah lagi (T_T)!!
Pada waktu itu, kalau ikutkan kata hati, tidak mahu meneruskan mengambil medic walaupun sudah hampir pasti mendapat tawaran. Semuanya setelah mengikuti program 'attachment' di hospital yang diwajibkan oleh bakal penaja. Pada masa itu saya merasakan, menjadi seorang doktor sangatlah tak ada 'life'! dan majoriti doktor yang ditemui pada waktu itu mengatakan 'tak payahlah jadi doktor, nanti tak ada masa kat rumah, bla3'... meskipun ada seorang dua yang memberi kata-kata yang positif.
Teringat kata-kata seorang doktor pada waktu itu yang lebih kurang begini 'while studying medicine, you are going to do a lot of soul searching.. because you really need to have a sense of purpose if you want to be doctor.' Mana taknya, menjadi doktor itu seolah-seolah seluruh kehidupan kita didedikasikan buat patient. Sibuk, tambah lagi kalau balik Malaysia mesti asyik kena marah, herdik lagi... Jika tiada keinginan dan motivasi, pasti kita akan lemah dan rasa tak bersemangat untuk menjadi doktor. Menjadi doktor itu bukanlah mudah! Satu kesilapan kecil, yang mendapat padahnya adalah patient juga.
Memikirkan semua itu, seusai program tersebut saya memberitahu ayah; yang pastinya orang yang paling ingin melihat saya menjadi doktor; bahawa saya tak nak meneruskan hasrat untuk mengambil perubatan.
Puas ayah memujuk. Apabila tidak berjaya dengan kata-kata ("Analah satu-satunya harapan ayah untuk ada anak doktor..." *sambil buat suara kasihan) diteruskan lagi dengan pujuk rayu sambil membuat muka comel dengan berdiri di depan tangga menghalang anaknya jalan. heh
***seperti pernah kuceritakan kisah ini
Kesimpulannya, akhirnya perubatan dipilih bagi memenuhi hasrat ibu bapa.
Keypointnya di sini adalah ibu bapa. Jadi walaupun bertentangan dengan hasrat diri, dan harus bekerja bertahun-tahun dengan kerajaan, namun apabila kita memilih untuk mentaati ibu bapa, pasti ada keberkahannya. Sama ada sekarang atau nanti di waktu hadapan, pasti ada berkahnya, dan hasrat saya di atas, dipermudahkanNya insyaAllah.
Maka itulah yang selama ini dipegang. Keberkahan. Dan kini, tinggal setahun lagu untuk menamatkan pelajaran, insyaAllah..
-----
Em. Jauh tersasar sudah. Niat asal nak bercerita tentang pengalaman di bagian Anak --'
Kembali ke pangkal jalan.
Antara kekaguman saya di sini, pastilah apabila melihat ibu bapa patient yang sangaaaat penyabar. Benarlah, Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu melainkan kita mampu menghadapinya.
Ibu bapa yang bersengkang mata menjaga anaknya yang sangat kecil; yang berselirat dengan wayar di dalam incubator, yang tenang melayan kerenah anaknya yang autisme, yang melayan anaknya dengan gangguan afektif sehingga sering mengamuk, yang mempunyai kelainan jantung bawaan TT
Belum pernah lagi bertemu ibu bapa yang memarahi anaknya, kerana pasti mereka tahu anak mereka tidak meminta untuk sakit sebegitu...
Jika ibu bapa mereka boleh bersabar melayani kerenah mereka selama 24 jam, apalah salahnya kita yang bertemu mereka cuma sebentar juga melakukan yang sama.
Kelmarin di subdivisi Neuropediatri, ada seorang patient autism. Sangat susah untuk memeriksanya kerana dia tak mahu. Puas dipujuk, tetap tidak mahu. Tetapi mahu atau tidak, tetap harus memeriksanya TT)!!
Melekat pada ibunya tidak mahu mencecah katil. Punyalah susah, sampaikan dia menyorok bawah katil. Teman-teman lain semua dah give up dan hanya melihat sambil mentertawakan saya (seenaknya aja lho)
Akhirnya setelah lama dipujuk dengan mainan, dengan ugutan, dan macam-macam, akhirnya dia rela membiarkan diri diperiksa. Tiba-tiba saja dia naik kembali ke atas katil. Malah, apabila selesai mengambil tekanan darah, diambil lagi untuk kali kedua sebab patient tu suka tengok cuff tu mengembang >_<'
Hari itu di poliklinik sangat memenatkan akibat ramainya patient. Namun saya sangat gembira bertemu mereka :)
Perkara itu saya kongsi dengan seorang sahabat.
"Best kan jumpa patient? Walaupun penat macammana pun, tak rasa nak marah pun patient kan?"
Soalan itu dibalas dengan muka pelik. ^^"?
"**** geleng-geleng je tengok kak ana tadi. Kitorang pun dah tak tahu macam mana nak buat dah. Tak larat dah"
"......"
Nampaknya perasaan saya tidak dikongsi oleh semua orang :)
"... dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia seluruhnya...." (Al-Maidah : 32)
Jadilah doktor yang terbaik buat pesakit kita.
ps: Fitnah bagi seorang wanita sangat hebat di akhir zaman ini... dan kita maklum ada hukum tentang wanita yang bermusafir tanpa mahram dsb. Allahul musta'an... Apapun saya tetap berpendapat tempat utama bagi seorang wanita adalah di rumahnya. Charity starts at home. Bagaimana saya mahu mencapainya? Allahul musta'an!
pps: Setiap kali berjumpa patient, insyaAllah kita mendapat pahala menziarahi pesakit. Alhamdulillah.
ppps: Bukan semua benda dapat kita capai serta-merta. Kadang-kadang harus melalui proses yang panjang. Namun buatlah dengan yang terbaik dengan apa yang kita mampu. Bertaqwalah kepada Allah dengan semampu kita. Allah itu tidak sekali-kali zalim malah Maha Adil dan Bijaksana. Jangan disebabkan sesuatu itu bukan yang kita sukai, kita melakukan sewenangnya dan sambil lewa. Iman akan lebih sempurna dengan ihsan T_T (terasa bagai ditumbuk dengan kata-kata sendiri)
pppps: Semoga di bulan penuh berkah ini dipermudahkan untuk memperbaiki segala kekurangan diri. Tetapkan niat, biiznillah. Doakan saya.
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~