Lilypie First Birthday tickers

Sejarah

Salam alayk~
Semakin hari, usia kita semakin habis. Masa untuk hidup makin kurang, adakah kita menyedarinya? Masa berlalu dengan sangat pantas. Baru masuk 22 pada 1 Januari lepas, sedar tak sedar beberapa bulan je lagi nak masuk 23 jika masih diizinkan untuk hidup oleh Tuhan.
(Itu untuk saya yang 22 ni lah. Untuk yang lebih tua atau muda, letaklah umur anda sendiri:) )
Jadi, untuk apa saja hidup anda telah dihabiskan?

Saya nak kongsi satu cerita... Suatu hari (biasalah nak mulakan cerita kenalah ada 'suatu hari' kan) selepas suatu program tamat, masing-masing mengadu kelaparan. Jadi semua pun sepakat untuk makan dahulu sebelum pulang(nak masak hari dah petang, perut pula meminta diisi).
Bila tanya masing-masing, semua tak kisah nak makan kat mana, namun ada seorang yang mencadangkan makan kat pecel lele yang hampir dengan Jatos tu (Jatos- Jatinangor Town Square, katanya). 

Seorang lagi pula tak bersetuju, namun dia pun tiada cadangan tempat lain. Akhirnya, golongan yang tak kisah tu membuat keputusan nak makan pecel lele, jadi seorang yang kata tak nak tu pun terpaksalah ikut sahaja... (sayalah yang malang itu,=p)

Pengajarannya kat sini, siapa kata persekitaran itu tidak penting? Jika begitu, tak perlulah ada orang bersusah payah untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik, tak perlu ada hubungan baik dengan jiran tetangga(ni bukan orang lain suruh ni Nabi saw yang suruh). Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Janji aku tak kacau kau sudah~ 

Kalau ikut contoh kat atas tu, takpelah, bukannya hal hidup dan mati pun...tak kisahlah makan kat mana pun... Tapi cuba fikirkan, jika kita berada di negara yang umat Islam hanya minoriti, dan kita tidak mempunyai 'bekal' yang cukup, adakah kita boleh menjamin kita tidak akan terikut-ikut dengan gaya hidup mereka? Jika kita hanya mahu hidup keseorangan tanpa teman yang mahu membantu kita, menguatkan kita, adakah kita akan 'survive' dalam persekitaran sebegitu? 

Jika persekitaran kita tidak penting, mana mungkin Rasulullah tersayang mahu mengingatkan kita tentang kepentingan bersahabat dan memilih sahabat... kerana kita manusia yang lemah... dan memerlukan orang-orang di sekeliling kita yang kuat untuk mengingatkan kita ketika kita lupa....

Namun semestinya, mereka hanya mampu berusaha untuk membantu kita... 
Akhirnya, kita sendiri yang perlu memilih dan memutuskan untuk membantu diri sendiri atau tidak...

Nak kata tak ada pengisian, boleh kata semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap minggu ada orang datang nak berkongsi dengan kita, tak kiralah orang dari Malaysia atau orang tempatan. Nak kata tiada siapa beri peringatan, setiap hari kot ada berkumpul sesama ahli rumah (kecuali masa2 tertentu) untuk berkongsi tentang Al-Quran, hadith, sirah, akhlak, adab, macam-macamlah... Nak kata tak ada suasana yang membolehkan kita menjadi baik, bukankah hampir setiap minggu ada ta'lim, ada tazkirah di kosan-kosan, di Bale, bukankah usrah tetap berjalan, bukankah?

Teringat post kat blog Ust Hasrizal tentang Taubat Sang Pemalas (boleh baca di saifulislam.com) bagaimana seorang remaja lelaki tiba-tiba tersedar dari kelekaannya dan ingin berubah, kerana dia terfikir tentang usaha ramai pihak untuk membantunya,  samada usaha nak set up program, usaha nak panggil ustaz, usaha nak cari dana untuk buat aktiviti... Ramai sungguh pihak dah berkorban tenaga untuk mendekatkan manusia pada Tuhan, jadi mengapa lagi dia mahu memberikan pelbagai alasan hanya disebabkan malas? 

Pengakhirannya, kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita...

Memang, alasan kubur masing-masing boleh menjadi pemangkin paling utuh untuk kita memutuskan untuk menjadi insan yang lebih baik... Kerana saat itu, tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan amal yang telah kita lakukan semasa di dunia... Tiada mak, tiada ayah, tiada adik-beradik, tiada suami, tiada isteri, tiada pakwe, tiada makwe, kita hanya berseorangan.
Jadi semasa di dunia, kumpullah apa sahaja perkara baik yang membolehkan kita bagi 'jawapan' terbaik di sana nanti... dan jangan sesekali menunjukkan kepada orang keburukan kita, kerana jika ianya ditiru, saham dosa yang dicipta akan bertambah selagimana dosa itu diulangi oleh orang ramai dan sebegitulah juga untuk segala kebaikan yang kita lakukan...

Dan untuk segala amal kebaikan kita, hanya dua syarat yang dipinta untuk dipenuhi iaitu 2I- ittiba' yakni mengikut petunjuk daripada Rasulullah saw dan ikhlas... Dan rahsia ikhlas itu hanya Allah yang tahu. 

Benar kan? Kita boleh tahukah jika kita ikhlas... Dalam hati, dan kepada orang lain, kita boleh mengatakan kita ikhlas, namun hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui... Kerana niat yang terpesong sedikit pun, hati yang terfikir sedikit pun untuk membuat kebaikan kerana manusia, kerana terbuai dengan pujian, kerana ingin orang melihat, sudah boleh merosakkan keikhlasan kita... Dan kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedari...
Segala puji hanya milik Allah. Semuanya hanya pinjaman semata-mata kepada kita. Kita tak layak pun untuk berbangga diri kerana apa? Jawapannya kita semua tahu. Kerana kita adalah hamba, dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Adakah orang kafir Quraisy dahulu tidak mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah? Mereka mengetahuinya, namun mereka memilih untuk ingkar disebabkan kesombongan, kebongkakan dan kejahilan mereka walaupun mereka tahu kebenaran di pihak mana.

Sejarah telah membuktikannya... Semuanya telah terungkai. 

'The most important lesson we can learn from history is that man never learn from them"

Sudah tiba masanya kita mula belajar daripada sejarah. Sebelum diri kita menjadi sejarah.
"It's never too late, until it is too late." 
Fikir-fikirkan, renung-renungkan, dan beramallah~


"Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Surah 49:11).
InsyaAllah, tiada antara kita mahu menjadi orang yang zalim, terutama terhadap diri sendiri...Kan?



Wallahua'lam,  untuk ingatan bersama Farhana dan rakan2 yang dikasihi. Moga ianya menjadi 'booster' untuk kita agar iman terus naik sehinggalah mencapai husnulkhatimah, insyaAllah... amin.

Sebelum berakhir, jom kita tengok sebuah hadith qudsi, hadith daripada Rasulullah saw yang mengandungi firman Allah:

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: 


Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: 
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: 
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. 

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: 
Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu. Sahih Muslim


"dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan" (Surah 11:3).


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Promosi

Penutup Minggu Muslimah
Sifat Solat Nabi : Return








Sila rujuk facebook untuk maklumat lanjut!

*apa punya promosi la ni:) 

WabiLlahi taufiq wal hidayah~
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
:D

Air terjun yang indah

Assalamualaikum, berjumpa lagi kita di MY SANCTUARY: Sesungguhnya Kehidupan adalah Harapan. Ceh, macam rancangan tv la pulak~ hmmm~

Lama dah tak update.
 
Pernah pergi tempat air terjun? 
Macam ni



Katakanlah, satu hari ni, kita teringin nak pergi tengok air terjun. Kawan-kawan kita kata ada satu air terjun ni sangat best! Harus pergi sana! Jadi kita pun excited nak pergi.
Rancang punya rancang, dengan membuat pelbagai persiapan yang sangat teliti,
daripada masa perjalanan ke sana, 
aktiviti yang nak dilakukan di sana,
berapa ramai yang nak pergi,
dan macam2 lagi.
Orang kata, memang bersungguh habislah!
Akhirnya, 
tibalah hari untuk pergi ke air terjun tersebut.

Biasalah, nak pergi tempat yang belum tercemar dengan pembangunan ni,
perjalanan dia mesti agak 'bumpy'
dengan jalan yang tak licin,
ditambah lagi dengan sakit kepala naik 'angkut' 
(baca:van kecil yang tempat duduknya menghadap ke sisi jalan)
adui, rasa menyesal pulak tiba-tiba.
 
Tapi,
sebab kita yakin dah dengan kata-kata kawan-kawan kita tadi, bahawa air terjun tu tersangatlah best punya,
kita kuatkan semangat.
Walaupun terpaksa mengharung badai dan ombak, demimu air terjun aku sanggup meredahnya!
Lebih kurang gitu la kan.... ;)

Lepas tu, tengah kita sakit perut, pening nak muntah, dengan jalan yang tak best tu, 
tiba-tiba telinga kita dapat menangkap sesuatu.
Bunyi air terjun!!
Daripada jauh kita dapat dengar~
Lepas tu semangat kita pun naik...
Tak lama lepas tu kita dah boleh nampak sungai kecil dengan air yang sangat jernih...
Dalam hati dah terfikir,
'air terjun tu nanti mesti lagi cantik airnya'

Setelah hampir dua jam mengharungi ombak dan badai (:P)
Maka sampailah kita kepada kawasan air terjun yang dijanjikan tadi...
Subhanallah, memang sangat cantik dan mendamaikan~
Maka hati kita pun dah berbunga-bunga dan gembira bahagia,
Tak menipu kawan-kawan kita rupanya~
^_~


Cerita di atas merupakan kisah yang benar,
namun boleh dijadikan sebagai sebuah analogi...

Suatu persoalan, kenapa kita boleh percaya yang ada air terjun kat depan?

Pertama, sebab kita dah buat banyak persiapan untuk ke sana. Jadi sudah tentu kita tahu ke mana arah tuju kita:)

Kedua, kerana ada banyak 'tanda' yang kita lihat dan dengar. 
 
~Daripada bunyi air terjun yang boleh didengari daripada jauh,
~Anak sungai yang kita lihat jernih airnya,
~Kata-kata sahabat kita, kerana kita yakin yang dia tidak akan menipu kita~

Jadi, walaupun banyak cabaran dan badai di hadapan, disebabkan YAKIN itu, kita mengharunginya dengan tabah dan gagah. :)


*Cuba gantikan air terjun itu dengan akhirat dan segala janji-janji Allah.. 
Ia sesuatu yang pasti, dan tanda-tandanya sudah banyak ditunjukkan oleh Allah bagi insan yang mahu berfikir...
 
Kata-kata 'kawan' kita itu pula dengan kata-kata Muhammad bin Abdullah, Sang Al-Amin, yang tidak pernah menipu, segala kata2nya, samada menerusi kalam Allah Al-Quran atau hadith..
Pernahkah Rasulullah saw menipu? Jawapannya, kita semua tahu:)
 
Tanda-tanda yang disebutkan sebagai semua tanda-tanda kebesaran dan keEsaan Allah, samada dalam Al-Quran dan hadith, atau melalui segala ciptaanNya di Bumi.. Segala keindahan alam, semuanya tanda kebesaranNya~ <3 <3 <3 (kalau kat facebook ni dah jadi heart betul,hu)

Segala kesusahan dalam perjalanan tadi pula, segala ujian (samada baik atau buruk) yang menimpa kita semasa di dunia....
 
Air terjun tu pula, dianalogikan sebagai syurga yang dijanjikan oleh Allah sangat indah dan tak mampu dibayangkan dek akal manusia yang pendek dan terbatas...
*Jika dengan air terjun sahaja kita sudah kagum, apatah lagi syurga kan kawan2?* ^_^
 
Perjalanan kita ke sana pula, sebagai perjalanan kita untuk ke akhirat kelak. Pendek kata, kehidupan kita di bumi lah~
 Bukankah kita semua adalah pengembara? Pengembara menuju kehidupan yang kekal abadi?
Kehidupan kat dunia ni, tersangaaaatlah pendek jika dibandingkan dengan akhirat kelak.
Tak berbaloi rasanya hidup seronok2 di dunia, di akhirat merana. Oh tidak! Nauzubillah...
 
Akhir sekali
Bukankah kita sanggup menghadapi segala kesusahan untuk ke air terjun tadi kerana kita YAKIN? Maka tukarkanlah perkataan YAKIN itu kepada IMAN kita dan terjemahkanlah ia dalam kehidupan kita...



Sebelum melakukan apa-apa, fikirkan dulu, apa natijahnya buat diriku di SANA nanti?
Baikkah? Atau burukkah?
 
Keyakinan kita pada Allah, pada segala apa yang dijanjikannya, menjadi neraca yang cukup berharga...
Ia tidak dapat diwarisi daripada bapa atau ibu yang soleh,
ia perlu dicari dan ditanam oleh diri sendiri...
Diperkukuhkan dengan ilmu dan amal hanya kerana Allah swt
satu-satunya Zat yang layak untuk diibadahi...
dengan bimbingan dan pedoman daripada RasuluLlah saw, contoh terbaik bagi seluruh umat manusia...

Begin with the end in mind, kata Stephen Covey.
Bagaimana kita mahu pengakhiran kita kelak, itulah yang akan mencorakkan seluruh kehidupan kita, insyaAllah~

Kehidupan ini bukanlah mudah, banyak cabaran dan dugaan, terutama sekali di akhir zaman ini, dengan fitnah Dajjal sedang berleluasa, *semoga kita terlindung daripadanya, Amiiin...*

Namun, 
keindahan dan kecantikan syurga yang menjadi motivasi kepada kita, untuk terus kukuh dalam mentaatiNya,
untuk terus kuat dalam menjauhi segala laranganNya, dengan izin Allah swt....
 


 
 
 Iman, itu neracanya.
Syurga, itu motivasinya.

Ayuh!
Mari menjadi insan yang bijak:)



"dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan "

Surah Ali-Imran (3:133-134)







Harap bermanfaat, sekadar peringatan ringkas buat kita semua :)

Wallahua'lam~


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang