Assalamualaikum...
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi semua.
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi semua.
Lama dah tak menulis di sini. Lebih 2 minggu, suatu jarak yang agak lama bagi saya. Adakah kerana tak ada idea? Tak ada mood hendak menulis? Entahlah... Mungkin hanya mahukan apa yang ditulis itu benar-benar sampai maksudnya pada pembaca. Sudah banyak post yang berhabuk di draft, hanya dibiarkan.....
Beberapa hari sebelum ni, terbaca sebuah blog dan sangat-sangat menusuk hati apa yang ditulisnya. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing... Namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi oleh diri? Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata 'Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja......'
Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan?
Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?
Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya.....
hmmm...
Baru-baru ini juga, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di UNPAD. Selamat datang~ Bertemu, untuk berkenal-kenalan, supaya tidaklah kekok nanti apabila bekerjasama... Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat Al-Quran dikongsikan bersama adik-adik,
Terfikir...adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?
Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya.....
hmmm...
Baru-baru ini juga, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di UNPAD. Selamat datang~ Bertemu, untuk berkenal-kenalan, supaya tidaklah kekok nanti apabila bekerjasama... Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat Al-Quran dikongsikan bersama adik-adik,
Surah as-saff ayat 2-3 "Wahai org2 beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
Terfikir...adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?
Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai maghrib, pada hari itu perbincangan hadith ke 36
daripada hadith 40 himpunan Imam an-Nawawi... tentang amal2 kebajikan dan balasannya...
antara intipati hadith:
-anjuran menghilangkan kesusahan org mukmin,
-menutup aib sesama muslim,
-sentiasa menolong saudaranya,
-mencari ilmu;
serta pahala dan ganjaran Allah di sebaliknya; dan
-ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang~
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi,
oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin, tentang hadith ini, dimuatkan sebuah syair...
bait-bait syair berbunyi
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterimasehingga hatinya terlebih dahulu memahaminyaWahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihatyang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaiania menampakkan kebaikannya di hadapan manusia.Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian...
Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu...
Astaghfirullah-__-"'
Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita..
Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa
di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan...
Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan???
Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat
dan akan disoal tentangnya di akhirat kelak....
:(
Kita kongsikan sikit lagi... Kata2 Imam An-Nawawi tentang hadith ni...
Imam an-Nawawi berkata, hadith itu(amalan2 kebajikan dan balasannya-maaf tak dapat kongsikan, panjang sangat...hehe.) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu)
Hmm..... syarat no1 dah lepas ke? :(((
kedua menyebarkannya apa yang telah diketahui (At-Taubah ayat 22)
dan ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat...
Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: untuk menandingi para ulama', untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya"*diriwayatkan Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami'*
Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil (al-Anaam ayat 90)
Kelima, tidak gusar untuk mengatakan 'aku tidak tahu'. Sedangkan Rasulullah saw ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab 'Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya"--> hadith ke2 dlm hadith40 (Iman, Islam dan Ihsan)
Keenam, tawadhu' (rendah hati)
"dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati"
(al-Furqan ayat 63)
Ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus salih.
"Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima" hadith hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami'
Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah saw orang yang paling kuat ujiannya... Jika dibandingkan dengan Rasulullah saw, sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.......
Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan, sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah swt dan memberikan ketenteraman kepada kita...
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd ayat 28)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka...
Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat jugak...
Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri...
Bukan untuk mengatakan 'aku lebih tahu'
Tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan...
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing......
Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk kita tidak menjadi orang yang lebih baik
Kita mampu melakukannya!!!!
*Ini hadiah buat mereka yang menunggu saya update. Mintak maaf peminat setiaku~huhu. Semoga ada manfaat...
*Saya tak kuat bila sendirian...Begitu juga kalian semua. Kita lemah apabila sendiri, dan kekuatan untuk bergerak akan muncul apabila dibantu dan disokong oleh kawan-kawan dan sahabat... Saya amat memerlukan bantuan dan sokongan dan dorongan supaya terus kuat!
*Saya tak kuat bila sendirian...Begitu juga kalian semua. Kita lemah apabila sendiri, dan kekuatan untuk bergerak akan muncul apabila dibantu dan disokong oleh kawan-kawan dan sahabat... Saya amat memerlukan bantuan dan sokongan dan dorongan supaya terus kuat!
*Allah sedang berbicara dengan kita, dalam setiap perkara yang berlaku samada baik atau buruk, PASTI ada hikmahnya, tinggal kita mahu mencari atau tidak sahaja.....
*Doing one thing is not as easy as saying it... Mengetahui sebuah teori mungkin tidak menjanjikan kita dapat melakukan praktikal dengan sebaiknya...Walk the talk~!!
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~