Lilypie First Birthday tickers

Tazkirah H**** pada hari ini berkenaan dengan...Sayang Allah.

Cinta pada
bunga, bunga akan layu. Cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cinta pada
rumah, rumah akan runtuh. Tetapi...Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi.

Kita mestilah sayang Allah swt kerana Allah swt bagi kita makan, bagi
kita minum. Ha...Kita kenalah bersyukur apa yang kita ada!

Ummi Ayah
marah bukan sebab benci, sebab Ummi Ayah sayang kita! Ummi Ayah tak nak kita buat lagi!

Itu sahaja tazkirah kita pada hari ini.
Assalamualaikum~

Tadi tiba-tiba tergerak hati nak 'click' di gambar seorang kanak-kanak perempuan bertudung yang masih kecil, berumur 10 tahun, gambar yang menjadi link kepada blognya...
Di atas merupakan satu petikan daripada blog tersebut.


Terfikir...

Seorang kanak-kanak pun sudah bijak mengenal tuhannya...


Bagaimana pula dengan kita yang boleh dikatakan dua kali ganda umurnya?

Renungkanlah~



p/s: bak kata cik adik di atas, kita kena bersyukur dengan apa yang ada! Dan cara mensyukuri segala nikmat kita adalah dengan mematuhi segala suruhan Sang Pencipta tanpa persoalan dan tanpa dalih~




sekian post yang pendek daripada saya :)

Kembali

Kematian seorang hamba Allah itu merupakan sesuatu yang pasti... Minggu lepas diri ini dikejutkan dengan berita kematian sepupu ayahku, yang kami gelar sebagai Pakcik Nordin...

Rumahnya tidak mungkin tidak, pasti akan kami ziarah pada bulan Syawal di Seremban bersama dengan rumah abangnya yang juga berdekatan, namun abangnya arwah Pakcik Basri pun sudah tiada sejak 2 tahun lepas, jadi kami hanya ke rumah Pakcik Nordin di Gedung Lalang...

Tiada siapa pun yang mengkhabarkan berita itu padaku namun kebetulan terbaca di status kakakku di Facebook... Saat itu terkenang kali terakhir bertemu arwah, sehari sebelum pulang ke Bandung... Nampak kuat dan sihat dan wajahnya sentiasa ceria dengan senyuman. Ada rasa kurang percaya di hatiku pada mulanya, namun ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu... Apabila ajal seseorang sudah tiba, tiada siapa pun dapat menghalang. Sihat, sakit, muda atau tua...bila-bila sahaja nyawa kita boleh diambil...

Siapa yang tidak berasa sedih apabila kehilangan saudara lebih-lebih lagi saudara rapat kita... lebih-lebih lagi apabila sejak kecil tidak pernah merasa kasih sayang daripada datuk atau nenek, sudah pasti kita akan mencari 'figure' yang dapat menggantikan mereka...namun dalam kesedihan itu, kita tak boleh lupa bahawa semua yang ada di dalam dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan, hanyalah ujian untuk kita tempuhi...

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan bagi manusia, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbait perbuatannya. Al-Kahfi (18): 7

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). Al-Ankabut (29): 64

Segala apa yang menimpa kita dalam kehidupan ini, seharusnya mengembalikan kita kepada Allah, hatta berita gembira atau sedih sekalipun...

Saat mendengar berita kematian saudara... kita berasa insaf bahawa nyawa kita milikNya, bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambilnya... Sudahkah kita memohon keampunan ke atas dosa-dosa kita yang bertimbun? atau kehidupan kita diteruskan seperti biasa tanpa membawa apa-apa impak terhadap tindak-tanduk kita?

Saat mendapat berita gembira... kita mensyukuri nikmatNya, kita gunakan nikmat itu ke jalan yang sepatutnya... dan berita gembira itu menjadi medan untuk kita lebih dekat padaNya kerana kita menyedari bahawa Dialah sebaik-baik pemberi rezeki... atau nikmat itu lebih melekakan dan melalaikan kita daripadaNya?

Perasaan, sama ada sedih atau gembira, semuanya merupakan nikmat dan ujian Allah kepada kita... Rasa gembira menjadikan kita lebih mensyukurinya... dan rasa sedih mengajar kita untuk menjadi hamba yang bersabar...

Bersilih ganti gempa bumi melanda Indonesia saat ini... adakah sekadar dianggap sebagai fenomena alam tanpa mahu mengambil iktibar daripadanya?

(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. Al-Anfal(8): 54


Sungguh malang kita diciptakan sebagai umat manusia, lebih-lebih lagi bergelar muslim, tetapi tidak mahu menjadikan bala yang ditimpakan oleh Allah ini sebagai pengajaran buat kita...

Sungguh malang, kita mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat...

Sungguh malang, kita mempunyai telinga tetapi tidak mendengar...

Sungguh malang, kita mempunyai akal tetapi tidak mahu menggunakannya...

Sungguh malang, kita dilahirkan dengan nikmat Islam tetapi tidak mahu beramal dengannya...

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? At-Taubah(9) : 75-78

Janganlah kita menjadi seperti Firaun yang mengetahui bahawa segala nikmat yang diturunkan adalah kurniaan Allah, namun hatinya sombong dan bongkak untuk tunduk kepada Tuhan sekelian alam...

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya seperti orang-orang yang pekak dan buta. Al-Furqan(25) :73

Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik tempat kembali.....

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" Al-Fussilat(41): 30-32




Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang