Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Update.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba rasa nak update perkembangan semasa sikit.

Sekarang sudah masuk tahun ketiga. Jika tiada aral melintang, inilah tahun terakhir di Jatinangor insyaAllah. Tahun terakhir pasti ada cabarannya tersendiri. Dan bagi batch kami yang pertama kali dengan sistem baru, tahun keempat cuma 1 semester sahaja, jadi minor thesis akan bermula semasa semester keenam (semester ini).

Jadi semester ini dan semester ketujuh bolehlah nak katakan sebagai semester paling sibuk. (sebelum KOAS pastinya) Dengan persiapan minor thesis, tambah lagi dengan KKN (Kuliah Kerja Nyata) dan diikuti dengan remedial nanti semasa cuti semester. Terus berderet semuanya. Semangat! Memang jika bila mula-mula dengar rasa seperti sangat berat...tapi insyaAllah jika orang lain boleh melakukannya mengapa tidak kita?

Manusia memang diciptakan suka mengeluh (lihat surah Al-Ma'arij), namun namanya kehidupan itu, ia suatu tempat kita belajar dan menambah kematangan diri... Mahu atau tidak, perubahan harus berlaku. Kerana perubahan adalah sesuatu yang bersifat terus-menerus. Bezanya samada perubahan itu baik atau buruk sahaja. Pasti kita mahu menjadi manusia yang lebih baik kan? Di situlah fungsinya ujian dan cabaran hidup... Untuk meningkatkan lagi nilai dalam kehidupan kita. Tak seronoklah jika kehidupan itu hanya suatu perkara yang mudah, semua benda boleh dapat dengan senang, kan?

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah Al Baqarah : ayat 186)

Satu perkara yang jarang kita fikirkan adalah, ujian dan kesukaran itu adalah medan untuk menambah pahala. Jadi terpulanglah kepada kita samada hendak terus mengeluh dan tenggelam dalam tekanan hidup; ataupun menjadikan setiap ujian yang menimpa kita samada baik atau buruk sebagai tempat untuk kita mengharapkan pahala daripada Allah (dengan usaha kita pastinya). Jika kita mengharapkan pahala dariNya, maka kita akan beramal dan termotivasi untuk bekerja walau apapun kesusahan yang menimpa kita! Pahala kerana bersabar, dan kerana bersyukur kerana terus diberikan peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Orang-orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah walau dengan apa cara sekalipun, pasti akan merasa positif untuk bekerja. Sentiasa positif, ceria, jarang masam dan lemah. Mengapa? Kerana iman akan sentiasa menyelamatkan kita. Rasa lemah itu pasti akan hadir walaupun sejenak... Namun keyakinan dan kepercayaan kita kepada qada’ dan qadar Allah samada baik ataupun buruk, itulah yang mengembalikan kekuatan kita.

Yakinlah yang Allah takkan menzalimi kita... Sentiasa bersangka baik denganNya. Jika itu sudah bermasalah, pasti akan ada masalah juga dengan amal kita nanti. Jadi soal iman itulah yang perlu diluruskan terlebih dahulu.

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.
Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah)
Riwayat al-Bukhari

Nasihat buat aku dan kamu.

Akhir sekali... Ada ‘surat cinta’ yang dikongsi dengan saya kelmarin, begini bunyinya:

“Keindahan itu terletak pada iman di hati...
Hijrah itu memerlukan jihad, dan jihad itu memerlukan kesungguhan.
Kesungguhan itu hadir dari cinta...
Sekiranya kamu cinta Allah, maka kesungguhan itu akan hadir, dan hijrah pasti akan berlaku.”

Subhanallah, jazakillah khayr kepada ibu *** yang berkongsi dengan saya kata-kata ini ~~}@
Sayang kamu kerana Allah=)

Masih ada ruang untuk kita menggapai cinta Allah. InsyaAllah, yakinlah!! :)




p/s: Nak share kata-kata daripada cik (rahsia). Sayang kalau tak dikongsi, sebab bermanfaat. Especially untuk mereka2 yang akan bertambah sibuk lagi dengan PKPMI dll. Kita hebat kot! Pasti kita boleh insyaAllah.=)

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Tiga jenis manusia.

Assalamualaikum~ Moga anda yang membaca sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.
Mungkin kali ini sekadar sebuah perkongsian, sekadar untuk mengajak kita sama-sama berfikir, kita tergolong dalam kelompok mana, samada tergolong dalam orang yang proactive, reactive ataupun defensive. Atau mungkin campuran antara dua atau tiga golongan? 

Mungkin di sini boleh diberikan sebuah situasi. Contohnya, menghadapi peperiksaan.

Orang yang proaktif, dia akan sering melihat ke depan dan bertindak berdasarkan apa yang 'dilihat'. Oleh kerana dia mengetahui bahawa suatu hari nanti, hari peperiksaan pasti tiba, jadi dia bersedia daripada awal. Dia mempunyai perancangan yang rapi dan sentiasa konsisten mengulangkaji pelajaran. Itu orang yang proaktif.

Golongan yang kedua, yang reactive. Segala tindakan dia adalah adalah merupakan tindak balas daripada sesuatu perkara yang telah berlaku. Jika diambil contoh menghadapi peperiksaan itu, mungkin mereka akan berubah setelah mendapat keputusan yang kurang baik dalam ujian percubaan, ataupun mungkin dia bertindak menjadi rajin setelah melihat rakan-rakannya juga rajin belajar, setiap tindak tanduknya merupakan tindak balas terhadap sesuatu. Inilah orang yang reaktif.

Golongan yang terakhir pula adalah orang yang defensive. Jika merasakan bahawa dirinya 'diserang', orang dari golongan ini akan bertindak mempertahankan tindakannya, walaupun mungkin sahaja memang terdapat kesilapan pada dirinya. Orang lain sibuk prepare nak exam, mungkin dia masih belum terasa hendak membuka buku, bila ditegur, jawapannya adalah 'apa kau sibuk? sukahati aku la~' atau jawapan lain yang senada dengannya...

Jadi kita berada di golongan mana? huhu, jika ditanya pada saya, mungkin ketiga-tiga ada-___-"
Dan rasanya mungkin begitu juga pada orang lain, kerana yang disebutkan tadi lebih kepada sifat seseorang manusia, dan jika sifat tersebut dominan pada seseorang, mungkin orang akan mengatakan dia dari golongan itu dan ini. Manusia kan suka nak kategorikan orang ni? -__-. Ok. Agak sinis di situ.

Apapun, ciri-ciri yang disebut di atas tu, jika difikirkan ada pada diri kita saat kita menguruskan agama-> deen-> cara hidup kita.

Apa maksudnya?
Orang proaktif ni, macam yang disebut tadi, sering melihat ke depan, jadi muslim dan mukmin yang proaktif, di mindanya sentiasa berfikir yang suatu hari nanti dia akan dihisab, suatu hari nanti dia akan mati, dan suatu hari nanti dia akan disoal oleh Tuhannya atas setiap apa yang dikerjakannya semasa hidup. Jadi setiap langkah yang dijalaninya dalam kehidupan adalah berdasarkan 'vision'nya itu... Dah tahu esok-esok dah nak mula musim 'hujan', semalam dah beli payung siap-siap, nanti tak adalah kehujanan dan kebasahan:)

Dah tahu suatu hari nanti dia mesti nak kawin(contoh jee ni tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati), jadi dah kumpul duit siap2 dari kecik(terlebih sudah..) jadi tak adalah 'tercekik' nanti kan... Dan bila dah cukup duit, barulah fikir nak cari calon ke apa, sebab dah tahu yang mesti Allah tak suka dia bawak anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa apa-apa hubungan kan, dan mesti dia pun malu kat Allah nak buat macam tu. 


Pokoknya, keburukan dan kebaikan sesuatu, telah difikirkan dari awal, dan benchmarknya adalah keredhaan Allah dan RasulNya.

Sebelum melakukan apa-apa, dah tanya diri sendiri dulu, "Allah suka tak agak2 apa aku buat ni? Agak2 Rasulullah saw malu tak kalau tengok umat dia macam ni?"

Dan dalam beragama, ada jugak orang yang reaktif. Dalam kehidupan kita sebagai manusia pun, tak logik kiranya jika tiada sifat ini, kerana kita hidup dalam masyarakat, dan tegur menegur itu perlu dalam kehidupan kita (ingat pesan surah al-'Asr). Bezanya, samada tindakbalas kita itu adalah positif atau negatif. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, banyak yang kita lupa, dan kita memerlukan orang-orang sekeliling kita untuk menegur dan membetulkan kita~



Defensif itu juga kadang-kadang perlu, terutama dalam mempertahankan hak kita sebagai manusia, sebagai muslim. Namun tidak sehingga ia menjadi sikap yang menjadi kebiasaan. Kerana yang dikatakan defensif itu, dia sentiasa merasakan dirinya benar, sentiasa merasakan orang lain seperti menunggu untuk menjatuhkannya, senang cerita bagaikan paranoidlah gitu. 


Jadi kita mahu menjadi manusia yang bagaimana?


Jom jadi manusia proaktif! Look ahead, plan, and act! :)


Begin with the end in mind. Akhirat~ 








~artikel yang berhabuk di draft selama lebih setahunT.T



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul




by Abu Umair

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?



Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.



Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.



Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Muhasabah kembali diri kita...
  • Aurat & hijab, sejauh mana kita sudah memahaminya? atau kita sekadar sebut-sebut 'fashion muslimah', 'hijabi fashion' atau apa2 sahajalah... think before we speak~ 
  • Sesungguhnya hendak memastikan aurat kita terjaga adalah sangat susah! tapi.... jika ada secebis iman di dada, pasti kita akan berusaha menjaganya, dan merasa sensitif jika ianya tersingkap.
  • T-shirt muslimah yg dipakai belum tentu memelihara aurat kita jika saiznya tak sesuai.. kan? T.T
  • Mari menjadi muslim- menyerahkan segala-galaNya kepada Allah. Mudah disebut, tapi memerlukan mujahadah yang besar bagi diri kita...
  • Bagaimana hubungan kita dengan Allah?
  • Marilah memasuki Islam secara keseluruhan......









Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Antara Malu dan Mahu

Gambar demi gambar saya tatapi. Dengan pelbagai gaya dan berencam warna, terdapat lebih seratus foto silih berganti mengambil ruang pada skrin komputer.

Tidak sukar, tidak perlu menyelak lembar demi lembar. Hanya menekan mouse di bahagian kiri, keseluruhan foto-foto yang ada dapat saya lihat sepuasnya. Jika ingin mengulang tatap, teruskan sahaja menekan, pusingan gambar akan terus beredar. Satu demi satu.

Saya akui, kesemuanya cantik, comel dan ayu. Sememangnya, mereka gadis-gadis yang bertuah kerana memiliki kecantikan wajah. Mungkin kerana itu, mereka berusaha menampilkan gambar dalampose terbaik dan tercantik untuk beradu nasib dalam pertandingan menggayakan tudung itu.

Akan tetapi, jauh di sudut hati, saya sedih dan gundah.

Bagai ada sesuatu yang terbuku di dada saya rasakan, tetapi tidak terluah.

Saya melanjutkan pandangan mata pada komen-komen yang bertemali di bawah setiap gambar. Ada kata-kata pujian serta pujuk rayu agar gambar mereka diundi. Gulana saya bertali sehinggalah saya menemukan komen dari seorang lelaki di bawah foto seorang gadis berpakaian t-shirt panjang tetapi agak ketat, bertudung kepala yang tidak cukup melindungi dada dengan legging hitam menutupi kakinya :

“Ini bukan hijab.”

Kata-katanya itu, disambut satu pertanyaan :

“then what?”



KEGHAIRAHAN
Saya yakin, sudah terlalu banyak peringatan dan nasihat yang diberikan tentang muslimah dan gambar. Dan saya pasti, gadis-gadis yang menyertai pertandingan tersebut juga ramai yang telah sedia maklum tentang batas sempadan untuk gambar-gambar indah mereka dipertontonkan.

Sayangnya, keghairahan mempamer gambar masih tidak berkurang, malah ia kian menjadi-jadi. Perlumbaan demi perlumbaan diketengahkan. Tidak cukup dengan televisyen dan majalah, saluran internet menerusi laman-laman sosial menjadi sarana efektif yang melebarkan pesona muslimah.

Situasi Ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang dijalankan secara full-time ataupart-time, yang banyak berasaskan kepada elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer).

Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan.

Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.


HIKMAH YANG HILANG
Melihat perkembangan kurang sihat ini, saya sangat kecewa. Terlalu ramai di kalangan wanita Islam hari ini yang turut terkena tempias obses kepada kecantikan dan menyebarluas keindahan yang sewajarnya diperlihatkan hanya kepada yang halal.

Mereka menamakan tabarruj sebagai hijab dan menamakan maksiat sebagai ketaatan. Bukankah ini sangat tersasar? Kerana itu, saya membenar dan menegaskan komentar dari seorang lelaki di atas bahawa :

”Ini bukan hijab!”

Hakikatnya, semakin galak golongan muda belia ini mempertontonkan kecantikan, maka semakin sirnalah hikmah dan pesona kebaikan dari tujuan menutup aurat ( hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh syari’at yang mulia.

Antaranya :

1) Hijab itu adalah pesona kemuliaan ( ‘iffah ). Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat.

Inilah yang menjarakkan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita jahililiah kerana wanita jahiliah, tatkala keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih dari wanita yang lain. Pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak akan diganggu.” ( Surah Al-Ahzab ayat 59 )

Ingin juga saya kongsikan satu riwayat menginsafkan berkenaan muslimat mukminat di zaman Rasulullah SAW.

Dari Safiyah binti Syaibah, beliau berkata: “Ketika kami bersama Aisyah r.a, Aisyah berbicara : “Aku terkenang akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Lalu Aisyah melanjutkan : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi ALLAH, aku tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab ALLAH dan lebih meyakini ayat-ayat-NYA melebihi wanita-wanita Ansar. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” ( Surah An-Nur ayat 31 ), maka para suami bersegera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan oleh ALLAH kepada para muslimah. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak gadis, saudara perempuan dan kaum kerabat. Dan tidak ada seorangpun di antara wanita itu kecuali mereka semuanya segera berdiri mengambil kain tirai dan menutupi kepala dan wajah mereka, lantaran percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan ALLAH dalam kitab-NYA. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepala mereka terdapat burung gagak.”


2) Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka. Inilah manfaat yang boleh difahami dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” ( Surah Al-Ahzab ayat 53 )

3) Hijab itu adalah pesona akhlak. Muslimah yang baik dan bertaqwa adalah muslimah yang mendahulukan malu dari mahu untuk mempamer foto-fotonya yang indah itu. Tindakan ini bukan sekadar dapat menjaga imannya dari diganggu, malahan ia telah menyelamatkan iman para jejaka dari dirobek gejolak nafsu, juga iman para muslimah lainnya dari cemburu melulu.

Selanjutnya, bila keimanan masing-masing terpelihara, maka ketinggian akhlak juga akan turut terus melata. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya diangkat maka yang lainpun akan terangkat.”


BEAUTY AND THE BEAST
Melihat kepada obsess muda mudi kini kepada kecantikan, saya teringat kepada satu rancangan dokumentari bertajuk : Beauty and the beast: ugly face of prejudice, yang baru saja ke udara baru-baru ini menerusi satu saluran televisyen di UK.

Siri ini mengenengahkan investigasi tentang perbezaan dua individu yang ditakrifkan oleh cara mereka menanggapi, melihat dan menilai sesuatu.

Episod pertama rancangan ini menampilkan Leo, seorang lelaki di awal usia 60 yang memiliki wajah, tangan dan kaki kiri yang cacat akibat kebakaran sewaktu berumur 14 tahun, manakala seorang lagi ialah Yasmin, seorang gadis di awal usia dua puluhan yang terlalu obses dengan kecantikan. Hampir 40 hari setahun, iaitu lebih dua jam sehari masanya diperuntukkan di hadapan cermin. Ribuan pound juga dibelanjakan sebulan hanya untuk membeli peralatan solekan.

Sebelum keluar, wajahnya yang sedia jelita dioles sesempurna mungkin agar dapat berhadapan masyarakat dengan wajah tidak polos tanpa warna.

Berbeza dengan Yasmin yang sangat teruja melakukan apa sahaja demi kecantikan agar dapat tampil mempesona seperti selebriti dan artis ternama, Leo sebaliknya sangat menentang pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik. Menurut Leo, secara khususnya seorang wanita sanggup menekan dirinya sendiri untuk cuba meniru kesempurnaan fizikal yang banyak ditampilkan di media. Dan inilah yang sedang dialami oleh Yasmin, seorang ‘penagih’ kecantikan paras rupa.

Di akhir rancangan, dengan bantuan Dr. Laxmi Kathuria, seorang pakar psikiatri yang mengkhusus kepada citra tubuh, Leo dapat menjeroka alasan sebenar di sebalik keghairahan Yasmin.

Perbualan demi perbualan dari pengisian masa bersama Leo, menyedarkan Yasmin bahawa kecantikan bukanlah segalanya kerana ia tercerna dari persepsi yang diinginkan oleh masyarakat ramai. Sedangkan kecantikan asli yang ada sepatutnya sudah cukup untuk dihargai dan lebih membebaskan dirinya dari menyia-nyiakan masa, tenaga juga wang ringgit untuk memenuhi persepsi massa.

Leo yang telah berkeluarga dan ayah kepada tiga cahaya mata juga berjaya membuka mata Yasmin bahawa pasangan yang baik adalah yang boleh menerima dia seadanya kerana sikap positif dan nilai hidup yang baik lebih diperlukan untuk kelansungan perhubungan yang bahagia.


SECARA ZAHIR
Untuk apa gadis-gadis muda remaja itu melakukan hal tersebut hanya mereka yang dapat menjawabnya. Pada saya, untuk menelah atau meneka-neka niat dan tujuan yang tersembunyi di dalam hati seseorang bukanlah sesuatu yang dituntut untuk dilakukan oleh mana-mana muslim/muslimah yang berusaha mencapai taqwa, lantaran Rasulullah SAW sendiri menetapkan sesuatu hukum berdasarkan apa yang didengar dan dilihat oleh zahir mata sahaja sebagaimana penegasan baginda menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith di atas jelas menunjukkan bagaimana sikap seorang hakim ( dalam Islam ) melaksanakan hukum, iaitu berdasar kepada info dan bukti zahir yang diberikan.

Demikian juga dalam masalah penyebaran gambar-gambar muslimah menutup aurat tetapi masih bersolek cantik dalam gaya yang kurang manis. Insafilah, bahawa dengan penonjolan dirinya itu, setiap lelaki yang melihat dengan syahwat akan memperoleh dosa.

Sedang di pihak si gadis jelita, dia bukan setakat mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan mempamerkan diri setiap hari.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )



ANTARA MALU DAN MAHU
Sungguh pilu memikirkan betapa Rasulullah dan para sahabat dahulunya bermandi keringat dan darah demi mempertahankan maruah Islam termasuk adanya peperangan akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya.

Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran.

Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti tuba yang akan mematikan hati manusia.

Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?

Kutinggalkan kalian dengan barisan kata-kataku yang lahir dari lubuk hati ini :


“ Menatap foto-foto indah mu, terbit persoalan dihatiku: Sudah semakin pudarkah kecemburuan seorang suami terhadap isteri, telah sirnakah kecemburuan ibu bapa terhadap anak dan telah hilangkah kepedulian sahabat dan teman? Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: ANTARA MALU DAN MAHU

tempat jatuh lagi dikenang part1


Pada hari itu, kedua ibu bapaku bakal berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji. Kali pertama bagi mama dan kali kedua untuk ayah. Kali pertama ayah pergi bersama wan(arwah nenekku) pakej swasta, agak last minute. Kali ini bersama Tabung Haji setelah lama menunggu giliran.

Hari itu juga, keputusan PMR diumumkan. Sedih hati mengenangkan ibu bapa bakal pergi jauh, entah dapat ketemu lagi atau tidak... Namun sedih atau tidak, keputusan tetap diumumkan pada pagi itu. Mama menegurku, "Tak nak pergi ambil result ke?" "Nak.." Jawabku lemah. Lantas aku dihantar ke sekolah, ibuku masih mempunyai beberapa urusan terakhir sebelum berangkat.

Agak lewat aku sampai. Sekolah dah pun lengang. Aku pun berjalan ke arah kantin di mana cikgu menunggu. Alhamdulillah, aku mendapat keputusan cemerlang...

Malam itu, kedua ibu bapaku berlepas menyambut lambaian Kaabah
(Panjang sungguh intro itu)

Sepanjang ketiadaan ibu bapaku, nenek saudara datang tinggal bersama kami..
Suatu hari, datang sebuah envelope besar.
"Urusan Seri Paduka Baginda"
Mesti surat tawaran SBP...
Agak excited membukanya, menantikan sekolah mana yang bakal aku duduki...
Dalam hati, sangat mengharapkan antara 2 sekolah perempuan yang elit- SSP atau TKC..
Disebabkan kedua kakakku dulu SSP, maka hati pun mulalah berangan,=p
Yang penting tak nak jauh-jauh.
Envelope dibuka...
"SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR"
Haaa?? Muar?? Johor?? Tak nak!! Dahlah tak pernah dengar pun nama sekolah ni *_*
Tak nak... tak nak... aku mengulang-ulang.
Kakakku di sisi hanya menggelakkan. "Habislah kau kena pergi Johor... Banyaklah tak nak. Ayah mesti tak bagi tolak punya"

Benar sekali telahan itu... Berita tentang surat tawaran itu sampai ke pengetahuan Ayah... 
Suatu hari, sampailah poskad daripada ayah, ditujukan buat anakandanya Nurunnawal dan Farhana. (Angah tak puas hati kenapa tak ada Nurulhusna..:P)

Kesimpulan poskad ayah
"Tahniah dapat tawaran pergi SMS Muar... Bagus sekolahnya....pergilah. Semua urusan, Ayah dah minta Acik Nana uruskan."

What more could I say. Ayah yang memang berpengalaman dalam pendidikan tinggi ni (memang bidang ayah) dah cakap sekolahnya bagus. So I trust him 100%.
Ibu saudaraku guru di TKC ada cuba nak pindahkan ke sana, tapi pada hari result keluar, hari itu juga surat tawaran sudah dikeluarkan. Alhamdulillah~ semuanya ada hikmah:)

Hanya padaNya aku meminta, biarlah kemasukan aku ke sekolah itu menjadikan aku lebih baik, dan biarlah sekolah itu menjadi yang terbaik untukku. Terpaksa berada jauh dengan keluarga...
Aku pasrah dan redha. Namun agak teruja untuk memulakan sesuatu yang baru... Memang dah menjadi impian untuk masuk ke SBP sejak sekian lama~

Kami pun berangkat ke Johor. Aku, Alongku, ibu saudaraku dan suaminya. Kebetulan Pakcik Asri orang Johor, kami menginap di rumahnya satu malam sebelum bergerak ke SAMURA.

Ibu bapaku masih berada di Tanah Haram. Aku tahu, di sana mereka mendoakanku...

Maka bermulalah episod baru dalam kehidupanku.... 

Sampai di dorm Bestari 6, kakak-kakak senior semua terkejut aku tidak hadir bersama kedua ibu bapa.

Menurut mereka, yang datang dengan ibubapa pun muka sedih, nangis. Aku yang datang tanpa mereka, boleh rileks je.

Untuk apa aku menangis? Di saat sampai ke sekolah, aku sudah yakin inilah tempat terbaik untukku. Entah dari mana muncul perasaan itu. Sebelum tiba aku sudah merelakan semuanya...  Sebelum ke sana, aku sudah puas menangis. Memohon petunjuk Allah supaya memimpin hatiku... lalu tiada lagi sebab untuk menangis.

Kehidupan di SAMURA banyak mengubah hidupku. (wah, drastik sungguh bunyinya)
Dicampak ke tempat yang baru, seorang diri, tidak mengenali sesiapa, pasti menuntut seseorang untuk berubah. Tiada lagi ibubapa untuk menolong anda. Segalanya diuruskan sendiri, sudah tentu dengan bantuan senior-senior dan teman-teman lain.

Bersambung...
















tempat jatuh lagi dikenang part2

Kenapa SAMURA mengubah hidupku?

Kenapalah budak ni nak sangat cakap pasal SAMURA ni...dah berzaman kot berlalu

Tak perlu dijelaskan lagi mengapa. Memang SAMURA mempunyai tempat khas di hatiku. Tak kisahlah orang lain nak kata apa, nak kata berada di sana tak merubah hidupnya langsung, terpulang.

It's special because we decided it would be special
If from the beginning we chose it to be ordinary, then it would be ordinary

Di sana aku belajar apa itu tanggungjawab.

Di sana aku belajar untuk diuji.

Di sana aku belajar menangis (ini sangat tipu^^ mungkin di sini belajar untuk menangis dengan dahsyat)

Entah mengapa, mungkin disebabkan situasi bagaimana aku dihantar ke sana, senior dormku melihat kepadaku lebih daripada ahli dorm yang lain. Bukan hendak dikatakan menjadi ahli dorm favorite, tak pernah terniat langsung untuk menjadi anak emas sesiapa. Namun itulah yang terjadi. Jika ada apa-apa tugasan yang harus dilakukan oleh junior, tanggungjawab diberikan kepadaku. 

Di SAMURA, ada sistem biro. Ada bermacam-macam biro diwujudkan, dan semuanya diuruskan oleh pelajar sendiri. 

Biro Makanan (B-Mak) yang menguruskan high-table dan bermacam lagi aktiviti 'menghidang', yang boleh dikatakan antara biro paling sibuk
Biro Sukan (B-Sport) yang menguruskan aktiviti riadah pelajar 
Biro Kesenian dan Keceriaan(BKC) yang aktivitinya dah tentu menceriakan sekolah. Menyiapkan backdrop dan macam2 lagi hiasan indah.

Setiap kali ada pemberian tugas antara ahli dorm, aku menjadi pilihan pertama ketua dormku, Kak Ila.
Sampaikan aku sedar, ada yang kurang senang. Menjadikan aku serba salah. Sedangkan tugas yang diberikan bukanlah untuk suka-suka, tapi sebuah tanggungjawab yang berat.

Akhirnya, tiba akhir tahun, pemilihan untuk bakal KD (Ketua Dorm). 
Bukan menjadi kejutan apabila aku dipilih. Bukan kerana mengharap, tetapi kerana dari awal tahun apabila dia tiada, kerja diserahkan kepadaku. Menerima dengan berat hati, semoga dapat menjadi yang terbaik. Bukan mudah menjadi KD untuk dorm BESTARI ENAM. Entah mengapa, seakan turun-temurun, dorm ini menjadi tumpuan sebagai dorm yang 'fofular'. Bukan  'fofular' kerana apa, tapi 'fofular' kerana kontroversi demi kontroversi. Jadi sudah pasti adalah agak kurang sihat dari segi mental jika mengatakan aku bahagia dilantik menjadi KD*_*

Seterusnya.

Suatu malam, setelah bacaan al-Mulk, setelah 'lights off' Kak Paan, naqibahku memanggil. Katanya KakNa nak jumpa. KakNa ni gelaran untuk Ketua Naqibah, kak Durrah. Dorm sebelah. Kak Erin nakal mengusikku, "habislah, habislah KakNa nak jumpa"

Kak Durrah hanya berjumpa untuk bertanyakan beberapa soalan. Aku cuba untuk tidak memikirkan apa-apa. Layan jela. huhuT.T

Beberapa hari setelah itu, beberapa orang dipanggil semasa prep untuk diinterview oleh ustaz.
Soalan ditanya dan soalan dijawab. Tiada apa-apa pengumuman dilakukan. Kononnya, ini calon-calon naqibah. Namun semua itu hanya spekulasi, tiada siapa yang datang untuk memastikan dan menceritakan kebenarannya...

Akhirnya, kami dipanggil oleh KakNa. "Anda semua dilantik sebagai naqibah dengan percubaan selama sebulan. bla bla bla..."

Naqibah? Aku? 

Agak ramai ketua dorm yang turut dipilih sebagai naqibah. Setiap dorm wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang. Dari satu segi, bagus kerana memudahkan kerja kerana tugas naqibah dan ketua dorm agak berkait. Dari satu segi lain, sangat berat tugas ini*_*

Slogan SAMURA, Dipimpin untuk Memimpin. 
Tiada istilah takut untuk menjadi pemimpin, kerana nanti di dunia luar, anda akan bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang ada.

Seronok ke banyak-banyak jawatan ni?

Sesiapa yang mengatakan begitu sememangnya sudah dibutakan dengan kuasa.

Bagi diriku, ia pengalaman yang sangat berharga.

Tiada siapa yang suka dibenci oleh orang (mungkin ini agak exaggerate) namun kadang-kadang, kita terpaksa melakukan sesuatu yang tidak popular untuk kebaikan. Kerana kita yang berada di posisi itu mungkin tak sama pemikirannya dengan kawan-kawan yang lain. Tidak semua orang faham mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Ia bukanlah sesuatu yang mudah...
Jurang yang timbul antara ahli dorm juga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ia bukan hadir dengan sengaja, namun wujud secara otomatik disebabkan keadaan yang muncul.

Kadang-kadang kita yang berada di bawah tak menghargai orang yang berada di atas. Hanya kritikan dan kutukan yang diberikan, sedangkan kita tak berada di tempat mereka. Bukan mudah menjadi pemimpin. Fahamilah. Namun ini bukanlah alasan untuk seorang ketua melakukan sewenang-wenangnya. Setiap perkara akan diminta pertanggungjawabannya...

Meskipun begitu, mujur masih ada yang kasihan dan menyokong. Buatmu Nurul Aida, entah kamu membaca tulisan ini atau tidak, terima kasih. Kamu memang sahabatku dunia akhirat. 
Entah mengapa aku mengungkit cerita ini kembali. Bukan untuk mengungkit, tetapi untuk mengenang. Mungkin ada antara sahabat-sahabatku hanya mengenalku sewaktu di kolej. Dan atas sebab itu mungkin kalian tak mengenaliku sepenuhnya. Namun buat sahabat lamaku sejak zaman SAMURA, Fizati Sabtu dan Faiqah Nastasha, aku sayang padamu sebagai sahabatku yang berada di sampingku walaupun aku seorang yang entah apa-apa. Sayang korang.

*Faiq, jangan mengada-ngada nak menyalahkan diri kamu atas apa saja yang pernah aku lakukan. Kamu tak ada kaitan langsung. Confounding factor atau tidak, semua itu kesilapanku atas kelemahan daku sendiri okie?.


Oh 'melancholic' sungguh entry ini jadinya. 
Mungkin terlebih hormon.
Ok, kembali kepada topik. SAMURA. Boleh dikatakan di sinilah aku kembali menemui fitrah diriku. Menyedari bahawa aku tak mampu hidup tanpa rahmat dari tuhanku.  Keadaan di SAMURA sangat menjagaku, dan mungkin sebab itu aku 'take things for granted' selepas habis sekolah. Mungkin juga ini berlaku untuk kawan-kawan yang lain. 
Sama-sama tanyakan pada diri, adakah anda berubah kerana SAMURA atau anda berubah kerana Allah? 

Jika benar kerana Allah, mengapa setelah sekolah ditinggalkan, prinsip juga ditinggalkan?
Prinsip yang dahulu begitu teguh kamu pertahankan?

Sedar tak sedar, persekitaran kita membawa impak yang sangat besar terhadap diri kita.
Jika bukan begitu, mengapa Rasulullah saw mengingatkan kita dengan kata-kata baginda tentang pentingnya memilih sahabat;

«Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat ialah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dandang besi. 
Maka pembawa minyak wangi, sama ada ia menurut kamu, dan sama ada kamu akan membeli daripadanya, dan sama ada kamu akan mendapati daripadanya suatu bau yang sedap. 
Dan peniup dandang besi, sama ada ia akan membakar baju kamu, dan sama ada kamu mendapati suatu bau yang busuk»
Hadith Riwayat Imam Muslim

Wangi kita, wangilah sahabat kita.

«Seseorang lelaki itu adalah di atas agama kawannya, maka hendaklah seseorang daripada antum melihat siapakah yang dikawaninya» 
Hadith Riwayat Abu Daud, dinilai hasan oleh Imam At-Tirmizi

Seseorang kawan akan mempunyai kesan dan pengaruh yang besar ke atas rakannya yang lain, sama ada kesan baik atau kesan buruk. 
Jadi kita hendak memilih menjadi yang sahabat yang baik atau sahabat yang buruk? Sahabat yang membawa ke syurga atau ke 'tempat' lagi satu?

Seorang penyair pernah berkata; 

"Janganlah kau bertanya tentang seseorang, tapi tanyakanlah siapa temannya, kerana setiap teman akan mencontoh teman-temannya."

Suruh orang jadi sahabat terbaik tapi tak menunjukkan cara-caranya macam tak kena pulak kan?
Lihat saja kepada Rasulullah, contoh ikutan terbaik~

“Barang siapa yang menunjukkan kepada orang lain suatu kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut” 
(HR Muslim)

Jom berlumba melakukan kebaikan! Kumpul saham, kaya kaya! 
Hait, niat ikhlas kerana Allah ok!

“Apabila engkau menunjukkan satu orang pada hidayah Allah melalui usahamu, maka itu lebih baik dibandingkan dengan unta merah.” 
(HR Bukhari)
Apa itu unta merah? Allah knows best~


  
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [4:100].



p/s: banyak lagi yang jadi kat SAMURA sebenarnya. Ni ada artikel lama tapi tak publish. Segan kot. tak tau la, tapi macam takde perasaan nak publish pun. ni publish jugak akhirnya, tarikh diedit. baca di sini SAMURA dan syukur













SAMURA dan syukur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Post ini panjang. You have been warned^-^


 -Kesinambungan dari "tempat jatuh lagi dikenang part 2-
Setelah perjumpaan dengan Kak Durrah, beberapa hari selepas itu diumumkan akan ada 'interview' oleh ustaz di bilik guru. Huhu…

Layakkah aku?

Akhirnya, tiba giliranku untuk diinterview. Tak ingat jugak apa yang ditanya. Yang pasti, seram sejuk tanganku ketika ituT_T. Ada ustaz tanyakan soalan pendapat rasanya tapi tak ingatlah apa. Rasa macam bertanding Miss World la pulak time tu kan^_^ huhu. Jawapan diberikan seadanya...

Dalam masa seminggu selepas itu, kami dipanggil lagi, kali ini oleh Kak Na pula. Tapi bukan semua… Ada yang tidak dipanggil kembali. Semasa perjumpaan tersebut… KakNa mengumumkan kami dipilih sebagai naqibah dengan ‘tempoh percubaan’ selama sebulan. Huahua. Biar benar. Sungguh diriku berperang dengan diri sendiri ketika itu.

Jujur, hendak dikatakan terkejut, tak terkejut pun sebab sebelum itu lagi sudah dikatakan bahawa setiap dorm wajib mempunyai seorang naqibah, dan daripada dormku hanya saya seorang yang tercalon. Huaaa. Jadi mungkin interview bersama ustaz itu sekadar sebuah formaliti, sedangkan yang memilih merupakan naqibah setiap dorm. Hmmm...
Mampukah aku untuk memimpin ahli-ahli dormku?

Ketika itu, diri ini sudah pun terpilih sebagai ketua dorm. Nak tambah pula lagi satu? Hurm*~*

Begitulah bermulanya tugasku. Tidak diminta, jauh sekali diharap, namun tanggungjawab berat itu diletakkan di bahuku dan aku tidak mampu menolaknya.

Dormku dahulu, ******* *, secara tradisi memang ‘terkenal’ disebabkan lokasinya yang ‘strategik’. Urm, tak perlulah saya mengulas panjang lagi…. Dan untuk menambah lagi, ahli-ahli dorm ni memang secara tradisi memang, erm, ‘femes’ mungkin? Senang cerita, dorm ini merupakan dorm ‘panas’ huhuhuT_T (again, faham-fahamlah sendiri)

Risau diri ini memikirkan betapa beratnya tugas ‘mission impossible’ yang menanti di hadapan.

Setelah sebulan, barulah kami diiktiraf sebagai naqibah. Tanggungjawab yang diberikan cuba dilaksanakan sebaiknya. Nama baik dorm terletak di tanganku. Sebagai ketua dorm, sebagai naqibah, segala perkara yang berlaku yang melibatkan dorm dan ahli-ahlinya terletak di bahuku… *_*

Masa berlalu…

Diriku pun sudah menginjak ke tingkatan 5. Masaku dihabiskan dengan menguruskan hal pelajaran dan tanggungjawabku. Berharap dapat menjadi yang terbaik, dan mengharapkan yang sama untuk ahli-ahli dormku. Masa berlalu, banyak kesakitan yang ditanggung. Di SAMURAlah diriku tahu bagaimana rasanya dikhianati oleh orang yang disayangi (harap jangan ada yang salah faham dengan ayat ini). Di sinilah aku merasa betapa segala usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Seolah-olah diri ini keseorangan dalam melaksanakan perjuangan...

Hampirku jatuh tersungkur dalam berjuang. Hampir mengalah. Hampir putus asa. Namun dalam segala kekurangan yang ada padaku, masih ada yang menyayangi. Di sana duri, di sana juga madu. Sampai sekarang, kata-kata seorang teman dormku masih ku ingat pada suatu malam…

“Orang teringin sangat nak jadi macam Farhana,” kata *Ida[bukan nama sebenar]
Sungguh pelik ku mendengar pernyataan itu. Mahu jadi diriku? Haha… rasa sungguh pelik dan kelakar.
[tapi tak gelakla.. sensitif kawanku yang seorang ni:) ]
“Kenapa pulak *Ida?” Kalaulah dia tahu apa yang kurasakan…
“Yela, suka tengok muka Farhana… Tenang je selalu... Apa-apa jadi pun muka Farhana selalu tenang je...”
*terdiam dan terkejut sambil cuba menghadam apa yang dikatakannya...*

‘Tenang?’


Itulah pertama kali aku mendengar pengakuan sebegitu. Memang sudah menjadi kebiasaanku, semenjak masuk Tingkatan 5, aku lebih banyak berdiam. Segala masalahku, tidak ku ceritakan pada sesiapa di dorm. Walaupun dalam kesakitan, aku lebih banyak menyimpan, hanya diam yang menjadi ubatku. Dan mungkin sebab itu temanku berfikiran sedemikian, wallahua’lam. Yang pasti, *Ida[bukan nama sebenar] banyak menaikkan semangatku, walaupun tanpa disedarinya. Baruku sedar, ada insan yang di belakangku, yang masih menghormatiku di kala merasakan diri ini bersendirian. Sungguh diri ini sangat menyayangi kamu. Bilalah dapat jumpa lagi:')

Mungkin benar juga kata-katanya. Kehidupan di SAMURA, walaupun tidak semuanya indah-indah, banyak hempedu daripada madu, aku merasakan ketenangan di situ.
Bermusafir di negeri orang tatkala ketiadaan kedua ibu bapa yang menunaikan panggilan tuhan. Mendapat tawaran tatkala ketiadaan mereka. Hanya sebuah 'postcard' yang diterima daripada ayahandaku yang memintaku menerima tawaran untuk ke sini. Oh sedihnya masa tu-_-"
Kehilangan nendaku yang tersayang seminggu sebelum berjuang menghadapi peperiksaan percubaan...

Menyedari pemergiannya hanya apabila melakukan sebuah panggilan telefon biasa...

Mengetahui pemergiannya beberapa hari setelah arwah dikebumikan.
Hari itu, semasa menelefon ibuku, adikku yang mengangkat telefon.
"Hello..."
Dia seperti kaget. "Eh, Ana......."
'Aik, tak pergi sekolah ke Muna ni?'
"Muna, Mama ada?"
Telefon bertukar tangan.
Tatkala mendengar suara lembut ibuku bertanya,

"Hello....Ana.... dah dengar berita?"
Berita apa, sudah dapatku agak apa walaupun tidak dinyatakan...
Minggu sebelumnya baru sahaja pulang ke Shah Alam, dan ketika itu sempat berjumpa nenekku di hospital buat kali terakhir sebelum pemergiannya. Terkejut, kerana menyangka sakitnya hanya sementara... Allah lebih Mengetahui....

Di pondok telefon itulah mengalir deras air mataku.

Inginku pulang...namun akhirnya menerima 'voicemail' dari mama melalui telefon bimbit guruku memintaku tidak pulang. Segala-galanya telah selesai diuruskan...
Mama memintaku fokus pada peperiksaan yang bakal tiba minggu hadapannya......
Kecewanya hati ini hanya Allah yang tahu.
Aku menjadi satu-satunya cucu yang tidak pulang menemuinya setelah pemergiannya.

Perit. Menghadapi kesedihan itu, dan menghadapi kerenah manusia yang tidak pernah habis...

Satu demi satu memaksaku mencari kekuatan entah dari mana.
Namun, kasih sayangNya tidak pernah bertepi.
Aku menemui ketenangan yang dicari di sini.
Dan ketenangan itu aku rindui setelah habis zaman persekolahan...


**********************************************************************


Setelah habis sekolah, aku lihat ramai yang berubah, dan yang pasti bukan perubahan yang positif-_-
Diriku juga begitu. Lupa akan segala nikmat yang pernah diberikanNya dahulu di kala sedang kesempitan.

Entah kenapa, perkara yang dahulu semasa sekolah amat dijaga, setelah sekolah, diringan-ringankan.
Akhlak yang dahulu sungguh molek sekali, berubah 180 darjah.
Prinsip yang dahulu dipegang, setelah sekolah dilupakan.
Sungguh aku pelik, tetapi tidakku hairan.
Benarlah namanya manusia, apabila dibentangkan dunia di hadapan, selalu alpa.
Apabila mendapat nikmat, selalu lupa bersyukur.
Syukur? Cukupkah sekadar dengan berkata “Aku bersyukur….”?


Syukur bukan hanya di lidah semata-mata…
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat, setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku


Tanda kita menjadi hamba yang bersyukur adalah dengan taat padaNya.
Taat kepada segala perintah Dia yang memberikan semua nikmat.
Jika ada orang memberikan sesuatu atau berbudi pada kita, tidakkah kita merasakan terhutang budi?
Tidakkah kita terasa mahu membalas segala kebaikan dan jasa orang tersebut?
Tidakkah?
Jadi mengapa kita sering menjadi hamba yang tidak bersyukur?

Kita yang namanya manusia selalu lupa bahawa hidup ini hanya sekadar persinggahan.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" 29:64
As humans, we always miss the bigger picture.
Think out of the box, they say.

At the same time, we let our minds be brainwashed into thinking that the things we'll leave behind one day or another are the things that mean everything.

Live life till the fullest!

Tomorrow may never come!

You only live once!
Don't get me wrong, all three are correct, I'm not saying any of them are wrong.

But most of the time we miss the concept.
We miss the bigger picture.

And we don't think out of the box.

We claim to be intelligent, but actually, the cat next to us may be more smart than we are.

Live life till the fullest doesn't mean do anything you want, no matter the consequences.

Live life to the fullest means living life responsibly, and doing all you can to ensure that once your life ends, and you know it will, you know that you've lived the life He wanted you to live so that you can have a BETTER AFTERLIFE that lasts forever. Which one do you want, 50 years or forever?
Tomorrow may never come.

Yes, tomorrow may never come, I may never get the chance to ask for His forgiveness tomorrow, I may not have the chance to gain more 'amal' tomorrow, I may not breath tomorrow... He may decide to end my life without granting me his forgiveness! At that time, we would wish we had lived a better life. The life filled with his love and blessings....

You only live once!

So live it wisely. Life isn't meant to be enjoyed, it's not a bed of roses. This is just a pitstop. A place we collect whatever 'bekal' we can, for a better life. A life He promised for those who have faith. Are we the people with faith? Or do we just claim to be?

-How we always miss the bigger picture-

'Bahawa Rasulullah s.a.w. bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda,
"Mengapa Rasulullah s.a.w lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian?"


Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”'

(Muttafaq ‘Alaih)


Bersyukurkah kita?
Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan untuk benar-benar syukur atas segala pemberianNya kepada kita selama ini, amiin.....

p/s: masih mencari Farhana yang dulu... yang dikatakan tenang itu, masih wujudkah?

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang