Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Murdered Malaysian student was highly regarded

KUALA LUMPUR: Malaysian students at the Brawijaya University in Malang, East Java, are still traumatised over the murder of Adrian Jay Pereira as he was a well-loved person.

They were also worried for their safety as they felt that their safe haven was suddenly violated by the senseless killing on Monday.

Student leaders have issued an immediate directive to students not to “fight back if provoked” and not to move around by themselves.

Malaysian Students Association (Malang branch) president Noorul Redzuan Mahboob Ali said the students were feeling insecure.
“We have spoken to several senior police officers here and they have assured us of our safety. We are, however, not taking any chances,” Noorul said.

Noorul said the 147 Malaysian students at the university were deeply saddened that Pereira was gone.

“He was such a nice guy. Everyone is still mourning his loss,” he said.
A wake was held at the university on Tuesday where more than 400 people, including students, university deans, top police and state officials turned up to pay their respects.

Noorul said Pereira was the association’s education exco member and was a charismatic and hardworking student.

Another association office-bearer, Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin said the incident was isolated and had nothing to do with the negative national sentiments.
Meanwhile, the Malaysian ambassador to Indonesia, Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan, said Pereira’s murder was an isolated incident.

Pereira, 22, was a third-year medical student at the Brawijaya University.

He was killed on Monday evening by a person who had earlier tried to steal his motorcycle.

It was reported that Pereira chased the thief but could not get him. When he returned home, the thief was waiting for him and he swung a parang at Pereira from behind, almost decapitating him.

His remains were brought home yesterday on a Malaysia Airlines flight about 2.45pm before it was sent to his family home in Taman Klang Jaya.

Pereira leaves his mother and two younger sisters.


Read more: Murdered student was highly regarded in varsity http://www.nst.com.my/nst/articles/Murderedstudentwashighlyregardedinvarsity/Article/#ixzz1dHQgjHbB



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Update.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba rasa nak update perkembangan semasa sikit.

Sekarang sudah masuk tahun ketiga. Jika tiada aral melintang, inilah tahun terakhir di Jatinangor insyaAllah. Tahun terakhir pasti ada cabarannya tersendiri. Dan bagi batch kami yang pertama kali dengan sistem baru, tahun keempat cuma 1 semester sahaja, jadi minor thesis akan bermula semasa semester keenam (semester ini).

Jadi semester ini dan semester ketujuh bolehlah nak katakan sebagai semester paling sibuk. (sebelum KOAS pastinya) Dengan persiapan minor thesis, tambah lagi dengan KKN (Kuliah Kerja Nyata) dan diikuti dengan remedial nanti semasa cuti semester. Terus berderet semuanya. Semangat! Memang jika bila mula-mula dengar rasa seperti sangat berat...tapi insyaAllah jika orang lain boleh melakukannya mengapa tidak kita?

Manusia memang diciptakan suka mengeluh (lihat surah Al-Ma'arij), namun namanya kehidupan itu, ia suatu tempat kita belajar dan menambah kematangan diri... Mahu atau tidak, perubahan harus berlaku. Kerana perubahan adalah sesuatu yang bersifat terus-menerus. Bezanya samada perubahan itu baik atau buruk sahaja. Pasti kita mahu menjadi manusia yang lebih baik kan? Di situlah fungsinya ujian dan cabaran hidup... Untuk meningkatkan lagi nilai dalam kehidupan kita. Tak seronoklah jika kehidupan itu hanya suatu perkara yang mudah, semua benda boleh dapat dengan senang, kan?

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah Al Baqarah : ayat 186)

Satu perkara yang jarang kita fikirkan adalah, ujian dan kesukaran itu adalah medan untuk menambah pahala. Jadi terpulanglah kepada kita samada hendak terus mengeluh dan tenggelam dalam tekanan hidup; ataupun menjadikan setiap ujian yang menimpa kita samada baik atau buruk sebagai tempat untuk kita mengharapkan pahala daripada Allah (dengan usaha kita pastinya). Jika kita mengharapkan pahala dariNya, maka kita akan beramal dan termotivasi untuk bekerja walau apapun kesusahan yang menimpa kita! Pahala kerana bersabar, dan kerana bersyukur kerana terus diberikan peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Orang-orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah walau dengan apa cara sekalipun, pasti akan merasa positif untuk bekerja. Sentiasa positif, ceria, jarang masam dan lemah. Mengapa? Kerana iman akan sentiasa menyelamatkan kita. Rasa lemah itu pasti akan hadir walaupun sejenak... Namun keyakinan dan kepercayaan kita kepada qada’ dan qadar Allah samada baik ataupun buruk, itulah yang mengembalikan kekuatan kita.

Yakinlah yang Allah takkan menzalimi kita... Sentiasa bersangka baik denganNya. Jika itu sudah bermasalah, pasti akan ada masalah juga dengan amal kita nanti. Jadi soal iman itulah yang perlu diluruskan terlebih dahulu.

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.
Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah)
Riwayat al-Bukhari

Nasihat buat aku dan kamu.

Akhir sekali... Ada ‘surat cinta’ yang dikongsi dengan saya kelmarin, begini bunyinya:

“Keindahan itu terletak pada iman di hati...
Hijrah itu memerlukan jihad, dan jihad itu memerlukan kesungguhan.
Kesungguhan itu hadir dari cinta...
Sekiranya kamu cinta Allah, maka kesungguhan itu akan hadir, dan hijrah pasti akan berlaku.”

Subhanallah, jazakillah khayr kepada ibu *** yang berkongsi dengan saya kata-kata ini ~~}@
Sayang kamu kerana Allah=)

Masih ada ruang untuk kita menggapai cinta Allah. InsyaAllah, yakinlah!! :)




p/s: Nak share kata-kata daripada cik (rahsia). Sayang kalau tak dikongsi, sebab bermanfaat. Especially untuk mereka2 yang akan bertambah sibuk lagi dengan PKPMI dll. Kita hebat kot! Pasti kita boleh insyaAllah.=)

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

a fragment of my mind

1- Dah lama sangat tak update blog. Kewajipan yang ada melebihi masa yang ada. Allah al-mustaan...


2- Manusia memang sering membuatkan kita kecewa. Dan kita juga manusia, terkadang kita juga menyakiti orang lain tanpa kita sedar.. Jadi muhasabah diri sebanyak-banyaknya. Kita tak mampu mengawal orang lain tetapi kita mampu mengawal diri sendiri.


3- InsyaAllah blog akan diupdate (dengan tulisan sendiri).


4- Kembali kepada Allah... Masa senang atau susah, jadikan Dia tempat kita bergantung. T.T


5- Cuma Allah yang tahu perasaan di hati saat ini... Terlalu banyak nak diperkatakan, terlalu sukar untuk diluahkan... Allahu Allah


6- Semua orang menginginkan kebaikan dalam hidupnya. Dan ramai yang mahu melakukan kebaikan... Tapi terkadang disebabkan mulut kita, kita merendah-rendahkan usaha pihak lain yang berjuang bersama-sama kita. Astaghfirullah. Kita seolah-olah menjatuhkan orang lain yang tidak sependapat dengan kita dengan kata-kata yang mengguris hati. Terlalu sukarkah untuk hormat-menghormati dan berlapang dada? Kita kata kita mahu menangkan Islam? Bagaimana Islam akan menang jika umatnya sentiasa bertelagah sesama sendiri, berburuk sangka, dan macam-macam lagi. Fikir-fikirkanlah. IttaquLlah! Jagalah mulut dan kata-kata kita!


7- Tak mungkin kita akan sentiasa betul. Tak mungkin. Kerana kita manusia yang penuh kekurangan. Dan tak mungkin juga orang lain yang tidak sependapat dengan kita sentiasa salah. Sedarlah akan hakikat ini.........


8- ..................................... so many words left unsaid...

Saya sayang dia~

Hari ni saya nak cakap pasal Mama. Alawiyah Ahmed Dahalan, anak sulung dari 9 adik beradik kepada pasangan Ahmed Dahalan dan Ainun Jariah, arwah atuk n arwah wanku :)

Mama dulu cikgu BM, tapi kami lepas satu family ikut ayah atas tuntutan kerja, Mama mengambil cuti tanpa gaji dan  menjadi suri rumah sepenuh masa untuk keluarga kami. Jadi semasa saya membesar, Mamalah yang uruskan semua urusan, Mamalah yang memasak, mama jugalah yang menghantar kami pergi sekolah, semua pun Mama buat. Memang hebatlah Mama saya^_^

Lepas kembali ke Malaysia, ibuku pun menyambung balik tugasnya sebagai cikgu di SMKSSAAS. Setelah tamat sekolah rendah, saya menyambung pembelajaran di SMKSSAAS. Jadilah saya seorang anak cikgu. "Kamu ni anak kak Awi ya??" dialog yang sering berulang-ulang di antara saya dan cikgu-cikgu di sekolah.

Ya, saya!(sambil tersengih-sengih malu:P) Saya menjadi 'anak cikgu' sampailah tingkatan 4 apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SAMURA di Muar. Bagaimana peristiwa itu terjadi, itu mungkin kita boleh ceritakan lain kali;)

Mama, kuat semangat orangnya. Saya tak pernah ingat kalau Mama ada menangis di hadapan anak-anak. Masa arwah atuk meninggal dulu pun, tak nampak pun Mama menangis. Tenang sangat. Andai ada air mata pun, pasti disorokkan dari kami adik beradik. Pernah sekali, sewaktu ayah menceritakan kepada kami kisah sedih yang pernah berlaku dalam keluarga kami, riak muka Mama tidak berubah langsung. "Nak buat macam mana," kata mama. Itu salah satu perkara yang membuatkan daku kagum akan ibuku, iaitu ketabahannya, walaupun dalam hati, diri ini tahu Mama pasti bersedih namun tak pernah ditunjukkan di hadapan kami...

Sewaktu saya di tingkatan 5, sewaktu arwah Wan meninggal pun, Mama lah yang menenangkan daku sewaktu diriku menangis di pondok telefon tatkala mendengar berita sedih itu. Kadang-kadang terfikir, daripada mana saya mendapat perangai sering menangis sedangkan sangat jarang sekali untuk melihat ibuku menangis. Dialah yang sering kuat menghadapi apa pun dugaan yang melanda.Hmm..

Walaupun kami bukanlah anak-anak yang paling baik, paling taat, suka susahkan hati mama dan ayah, mama sangat penyabar orangnya. Jarang sekali dengar mama meninggikan suara kecuali saat-saat tertentu, itu pun sebab kami suka buat salah kat mama dan memang patut dimarahi pun. Huuu~ *_*

Saya teringat lagi masa darjah 6. Masa tu hari anugerah cemerlang, dan diri ini tercalon untuk menerima anugerah tokoh murid. Alkisahnya, sudah rezeki anugerah tokoh murid jatuh kepada saya~ hehe. Tak kisahlah. Bukan tu yang nak diceritakan. Yang nak diceritakan adalah selepas menerima anugerah itu, mama datang ke depan, terus peluk dan cium pipiku.heee. Bukan senang tau nak dapat peluk cium mama. Mahal tu. Ada yang cemburu? Ada tak? Ada kan kan kan? ngeee.

Begitulah lumrahnya. Jarang sekali mama meng'ekspresi'kan sayangnya untuk anak-anak, dan ketika terjadi, terlebih seronok pula ^_& Tetapi... Kita sepatutnya boleh menilai sendiri, setiap tindakan mak kita, tidak lain hanyalah demi kebahagiaan dan kesenangan anak-anaknya.

Setiap kehendak kita cuba untuk dituruti walaupun kadang-kadang kita sebagai anak tak layak pun untuk meminta-minta. Jarang sekali untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu kedua ibu bapa kita. Hatta sekalipun ibu bapa kita jarang sekali hendak mengungkapkan rasa cintanya terhadap anak-anak, perkara itu bukanlah rahsia kerana mereka sering menzahirkannya melalui tindak-tanduk mereka. Actions DO speak louder than words;)

Hmmm...sekarang tengah tengok cerita Nur Kasih di tv3........ dot com dot my. Belum balik Malaysia lagi:p

Best cerita ini, penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan. Rasa nak menangis je bila tengok cerita ni. Ok memang dah nangis pun. haha. Maaf saya memang cengeng. Terpaksa mengaku, itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja.. Cerita-cerita pasal family ni memang membuatkan diri ini menjadi murah dengan air mata-_-"

Drama Nur Kasih best, walaupun ada adegan-adegan yang tak diperlukan dan menyemakkan mata sahaja, dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Ceh... ala-ala pengkritiklah pula kan. uhu.

Apa pun, ambillah yang baik dan buanglah yang buruk jauh-jauh.

SO, THE MORAL OF THE STORY IS:

Sayangilah keluarga anda, kerana belum tentu orang lain mendapat nikmat seperti kita. Banyak orang yang membesar tanpa kasih sayang daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapa... Jadi hargailah apa yang kita ada, dan janganlah mengeluh tentang apa yang kita tidak atau belum miliki.

Moga kita tidak pernah lekang daripada sifat berkasih-sayang (pada yang berhak sahaja), kerana jika diteliti, banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita kerana kurangnya kasih sayang. Kekurangan kasih sayang itu akan membawa kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Percayalah~

Moga dengan kasih sayang, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan harmoni daripada semalam insyaAllah.

Sekian.

Wallahua'lam:)

***post ini ditulis lama dahulu. Masa Nur Kasih masih awal ditayangkan lagi. Sekarang dah habis pun  Tak tahu kenapa hanya dibiarkan berhabuk sahaja dalam draft. Tadi buka-buka drafts di blog dan jumpa. Jadi sekarang saya publish ~ Moga ada manfaatnya insyaAllah~ ^_~

p/s: Tajuk post sangat menarik kan? Tahniah pada sesiapa yang tertipu :p


Berita Pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. (Lagak bagaikan penyampai berita)

Sekarang dah 3.21 pagi dan saya tak tidur lagi. heh..
Break dari study tadi (macam dah study banyak sangat je. tolonglah rajin farhana oii) bukak la blog kakanda tercinta (uwek).

Dia share pantun yang ayah buat sempena pertunangan kakanda tercinta(uweks lagi sekali:p) pada bulan Syawal yang lepas.


****
Tak share semua, ada copyright, so share sikit2 je bagi clue untuk orang2 di luar sana kot2 nak belajar buat pantun.eceh. Bak kata cik lily (nama diubah untuk menjaga identiti) pantun yang sedap kena ada rima 'abab'. Pantun ayah banyak rima dia 'aaaa'. Layaaan~ :p

****

Selawat dan Salam kami panjangkan
Kepada Tuan dan Ahli rombongan 
Selamat datang kami ucapkan 
Semoga perjalanan ke sini penuh keberkatan


Sungguh Cantik Burung Kedidi
Asyik bernyanyi di pagi hari
Dari jauh datang ke sini
Apakah gerangan hajat di hati?

Puyuh Menari Di tepi Laman
Hujan Gerimis Masuk ke Hutan 
Sungguh Murni Niatmu Tuan
Ingin bersaudarakan Haji Yem Budiman
(ayah masuk bakul angkat sendiri.hehe^_^)


Sebelum terlanjir kata bicara

Izinkan Kami pohon bertanya

Kepada Anakanda ***** juga

Jika Niat halangan tiada
***

masa ni PakNgah (wakil ayah) masuk bilik untuk minta persetujuan tuan badan si burung kedidi, tapi salah nama terpanggil nama adik kepada encik yang berhajat. keskeskesian...
(nasib baik burung kedidi betulkan, kalo x merana satu badan sebab tersilap orang,ekeke)
kesimpulannya: burung kedidi kata 'i stuju' :p

***

Kami Bersyukur ke hadrat Ilahi

Hajat di hati termakbul sudah 

Terima kasih tiada terhingga dari kami 

Semoga segala urusan Allah Permudah


Comel kan ayah? Untuk hari tu, memang ada skrip lengkap dari awal a sampai akhir z. Suka sangatlah tu nak dapat menantu. Kena buat berpuluh-puluh rangkap pantun(over) sampai tidur lambat nak siapkan skrip pun tak kisah. Hehe~~~



pssst: Untuk yang bertandang pun ayah buatkan pantun untuk dijawab! Tinggal bagi skrip je untuk dibaca. Ekeke... Yela, sat lagi malulah mereka jikalau tiada yang menjawab... Melepas pulak sebab tak reti berpantun kan... Hehe :P



pssst2: Ada orang tu sedih nak kawin dah. Alololo shiannya dia. Busy2 nak siapkan wedding tu jangan lupa fikir lepas wedding tu pulak ye cik kedidi. Kumpul ilmu cukup2 sementara ada masa ni ^^, Majlis tu sehari je pastu takde dah, tapi perkahwinan tu untuk seumur hidup (insyaAllah) 


pssst3: Minggu depan exam. Doakan~ Berusaha!!





berita gembira

Assalamualaikum~
Minggu ni minggu sedih. Minggu sedih dan emo. Mungkin kerana terlampau penat, tidur yang tidak semakin tidak teratur dan macam-macam lagi. Tak perlu explain panjang-panjang kat sini. Sebab tajuk post ni pun berita gembira, tiba-tiba cakap pasal benda sedih. Apakah~? kui2.

Post ni cakap pasal apa sebenarnya??

Ya, sabar2=P

Berita gembira 1=
15 Disember ni bday ayah. Aik bukan berita gembira pasal diri sendiri pun:p
Tak pela, gembira jugak la tu. Tak sabar nak wish ayah. Ayah nak masuk...65 tahun dah... huhu...
(Ayah saya kawin lambat, around 30+, tambahan pula saya anak ke5 jadi agak besar perbezaan umur itu) <--- Eh ada orang tanya ke? Biarlah, saje nak cakap:p

Hadiah untuk ayah adalah dia bakal menerima menantu,lalalalala

Akhirnya penantian yang lama bakal sampai ke penghujungnya~~~

Tadi dah cerita umur ayah nak sampai 65 dah. Umur kita makin bertambah, makin dekat kita kepada kematian..huhu. Doaku, semoga ayahku semakin dekat dengan Tuhan, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu dan dirahmati olehNya selalu.
amiiiiiiiiiin.........
*pensieve mode*

Berita gembira 2=
Abang pun dah nak kawin jugak~~~
Sape yang tengok fb saya mungkin ada perasan syarat yang ayah bagi untuk abang kawin:ppppp
Jadi walaupun syarat itu belum tercapai lagi (banyak lagi masa abang, chaiyok!!hihi:p), akhirnya ayah setuju untuk menghantar rombongan merisik untuk Kak S, dan meminta emakku memanggil adik2nya [pakcik2 saya] jadi wakil untuk rombongan merisik tersebut
:DDDD
(abang saya hensem tau,cumanya dia dinosaur je, haha tibe2 je:p)

Jadinya, tahun depan pada tarikh **/**/2010 bakal ada dua walimah~
(melompat2 kegembiraan dalam hati.haha)
**Saya baru dapat tahu tadi. Sebab tu terlebih excited ni:p

Semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah:)

Doakan semuanya berjalan lancar~

**Turutan anak yang bakal berkahwin: no.3 , kemudian  no.4, seterusnya? Siapa dulu? Yang penting bukan no 6 hehe:p

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

p/s: Thinking positive~ Bersangka baiklah~

p/s2: Dunia ini penuh dengan sangkaan. Kita sangka orang ni maksudkan suatu benda, sedangkan perkara yang dimaksudkan adalah jauh berbeza dari apa yang kita sangkakan. Kenapa? Saya berhenti di situ. Fikir2kanlah. Saya yakin semua yang membaca ini bijak pandai :)

p/s3: Seorang mukmin ini ibarat cermin bagi mukmin yang lain.(HR Atthabrani) Jadi apabila melihat sesuatu perkara yang berlaku di sekelilingnya, ia akan melihat kembali ke dalam dirinya sendiri dan mengambil pelajaran daripadanya, samada baik atau buruk, adakah perkara yang dilihat itu ada pada dirinya?
Renungkanlah... practice what you preach. Semoga kita senantiasa membuka hati kita untuk memuhasabah diri terhadap segala tindak tanduk kita, adakah kita menjernihkan keadaan atau sekadar menjauhkan dan mencipta jurang? Allah knows best~

p/s4: Saya tak mahu menjadi seorang yang keras hati... tak nak tak nak tak nak. Nauzubillah~

p/s5: Tiada soal siapa benar siapa salah...itu bukan niat kita, untuk mengatakan aku betul dan kau salah. Sedarilah, kita mempunyai satu maksud, satu hati dan satu tujuan---> menuju mardhatillah. Syaitan SENTIASA alert dan bersedia! Kita bagaimana? Semoga kita sentiasa terpelihara daripada belitan syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan niat dan tujuan kita..
A'udzubillahi minassyaitanirrajim...

   p/s6: Berkomunikasilah. Communicate. Communication does not happen in one direction, but in two ways...

p/s7: Biasanya kalau tension pasal sesuatu saya akan tulis dalam BI. (Maybe because I express myself better in English)Biasanyalah...:p

p/s8: sentiasa memperbaiki diri! insyaAllah~

Wassalamualaikum:)

Allah knows best~
 


Jiwa seorang sahabat~

“Eeeee…geramnya dengan dia ni!!! Suka sangat sakitkan hati orang...arghhhhhhh”

“Sakitnya hati… kenapa tak sensitif sangat dengan orang lain??? Sampai bila nak sabar???”



Begitulah antara monolog-monolog dalaman yang mengambil tempat apabila hati kita disakiti oleh orang yang bergelar ‘sahabat’. Seringkali apabila nafsu amarah merajai diri, maka hilanglah segala pertimbangan dan rasional.

Rasa marah yang lahir apabila insan yang bernama sahabat seolah-olah tidak memahami kita, padahal sudah banyak yang dilalui bersama sepanjang perkenalan kita dengan orang tersebut.

Kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sering terlupa, sering terlepas pandang apabila mendapat khabar gembira.Kita lupa, bukan semua orang mempunyai nasib yang sama dengan kita. Kita enak bergelak ketawa tanpa memikirkan mungkin teman kita di sebelah sedang berduka, sedang menangis di dalam hati.

Kita lupa, di saat kita seronok bergurau senda dengan suara yang kuat, mungkin teman di sebelah sedang cuba tidur, cuba membaca al-Quran, cuba menelaah pelajaran.
Adakah kita berhenti sejenak untuk memikirkan mungkin teman di sebelah kurang senang dengan tindak-tanduk kita?

Yang disebut di atas merupakan antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan kita, samada antara pelajar Malaysia, atau mungkin juga antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Yang paling penting ia berlaku sesama saudara seIslam kita… Betapa kita sering terlupa untuk menjaga hablumminannas…

Hubungan sesama manusia…

Komunikasi tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak. Apabila berlaku salah faham atau apabila hati kita terguris, salah satu pihak haruslah ‘merendahkan diri’ dengan memberikan kemaafan.

Kemaafan bukanlah bermakna kita merupakan insan yang lemah, namun sebaliknya. Insan yang pemaaf merupakan insan yang kuat, kerana mereka mampu menolak ke tepi segala perasaan negatif demi menjernihkan hubungan, demi memelihara persaudaraan…

Saya pasti, apabila keadaan masih tidak berubah, apabila sahabat kita masih menyakitkan hati kita tanpa sedar, when push comes to shove, kita mungkin berasa tewas. Tewas untuk terus memaafkan dan mahu ‘memberikan peluang’ kepada marah untuk meraja di hati. Itu merupakan peluang yang tidak harus diberikan... teruskanlah bersabar, insyaAllah ada ganjaranNya di pengakhirannya nanti:)

Sebab itulah sebagai seorang bernama manusia, berusahalah untuk mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam diri kita. Cubalah letakkan diri kita dalam diri sahabat kita. Adakah kita akan suka mendapat sahabat seperti kita? Adakah kita telah cuba menjadi sahabat yang terbaik,atau adakah kita hanya mengharapkan teman kita menjadi sahabat yang paling sempurna, sedangkan kita??

Jika soalan-soalan itu ditanya pada saya… jujur jawapan yang akan diberikan adalah tidak, saya bukan teman yang sempurna kerana sedar bahawa sebagai manusia biasa, tak mungkin akan terlepas daripada khilaf. Tanpa kita sedari, mungkin ada tindakan atau kata-kata kita yang mengguris perasaan orang yang kita sayangi.




“Habis tu saya nak buat macam mana kak? Rasa macam dah buat banyak dosa dengan kawan saya…sob3…:(”

“Ha…kalau camtu kenalah belajar memaafkan kesalahan orang lain…Bila kita maafkan kesalahan orang pada kita, insyaAllah orang lain pun akan maafkan kita jugak bila kita buat silap:)”

“Ek?”

“Haah. Suburkanlah sifat pemaaf dalam diri kita. Jika orang selalu melakukan kesalahan terhadap kita, mungkin tanpa kita sedari kita lebih banyak berdosa terhadap orang lain kan? Yang tu baru dosa dengan manusia, cuba kita fikir pulak, berapa banyak dosa kita pada Allah?
Cuba kira, dapat?
Sangat banyak rasanya, tapi Allah tak pernah menutup ruang taubat selagi nyawa belum sampai ke halkum betul?"

*si adik mengangguk lemah*

"Hmmm...Apalah sangat diri kita… Malu sikit dengan Allah, kita yang tak ada apa-apa ni nak meninggikan diri dengan orang, nak marah-marah, dahlah banyak buat dosa, padahal Dia yang maha Khaliq pun rileks je nak maafkan dosa hamba-hambaNya kan?”

*si adik hanya terdiam sambil termenung jauh*


“Ha..cuba renungkan hadith ni,”

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah kalian melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kalian, karena yang demikian itu lebih wajar agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allah Ta’ala yang telah dianugerahkan kepada kalian.” (Muttafaq ‘alaih)

“Waaah…akak ni hafal hadis ke? Waaaaaaaahhh”

*si adik bertanya sambil mata bersinar-sinar*

“Haha, tak adalah...tak adalah hafal mana pun... ingat sikit-sikit je…tapi rajin-rajinkanlah mencari ilmu ya? Rugi kalau tak nak ambil tahu, nanti tak kenal Nabi saw… Kalau tak kenal Nabi saw macam mana Nabi saw nak kenal kita kat akhirat nanti? Macam mana Nabi saw nak sayang?”

*si kakak menepuk-nepuk bahu si adik dengan lembut lantas meninggalkannya dengan persoalan tersebut...*




~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~









Penjelasan hadis:

“Lihatlah” maksudnya:

Lihatlah dengan penglihatan yang dengannya kalian dapat mengambil pelajaran, bukan sekedar melihat tanpa mengambil pelajaran.

”Kepada orang yang lebih rendah dari kalian” maksudnya :

Dalam perkara dunia seperti harta benda, kesenangan dunia atau bentuk fizikal, hendaknya kita melihat kepada orang yang lebih ‘rendah’ dari kita atau kurang daripada kita, supaya kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada.





Wallahua’lam




p/s: best tak cerita saya? kui3 ^_~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang