Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Walaupun hanya sekelip mata


Kadang-kadang kita sering merasa tidak siap untuk menghadapi sesuatu.
Sedangkan apabila Allah telah meletakkan kita di titik itu, pasti kita mampu menempuhinya.

T__T
Benarlah, sudah banyak senior yang memberi nasihat, di koas kita tidak boleh bergantung kepada orang lain kecuali kepada ALLAH.
Jagalah hubungan dengan Dia baik-baik...
Mungkin selama ini kita banyak bergantung kepada ahli usrah, teman-teman, sehingga kita lupa menyandarkan semua itu kembali kepada Allah~!
Apa yang disebut di atas hanyalah asbab, namun sebaik-baik Pelindung, Pemberi Rezeki adalah Dia, Allah Ar-Rahim.

Terkadang penat menjadi diri sendiri dan mahu menjadi orang lain 
Yang lebih baik
Well dear, life doesn't work like magic
It all takes hard work 
If you want to change, then you will.
That's how strong our mind is.
However it's been weakened by a lot of things
Mainly our nafs

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum,
DDengan RahmatMu aku memohon perlindungan
Perbaikilah seluruh urusanku
Janganlah diserahkan kepada diriku
Walaupun hanya sekelip mata



Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Tunjukkan Aku Jalan yang Lurus!


Kita semua adalah tholibul 'ilm dalam bidang masing-masing.

Kita yakin yang hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.



IlmuNya mencakupi seluruh langit dan bumi, bahkan lebih~

Kebenaran itu boleh terletak pada sesiapa sahaja.



Namun pesan nabi, "Lihatlah dari siapa kalian mengambil ilmu,"

Jika jelas orang yang aqidahnya rosak, contoh yang jelas Syiah, kenapa masih mahu mengambil ilmu daripada mereka? Sedangkan kita mahu selamat. 



Namun bagi yang masih termasuk ahlus sunnah, seperti kata Syeikh Bin Baz(boleh rujuk sini), mereka yang boleh saja silap dan salah, tidak terhalang bagi kita untuk mengambil manfaat dari mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Kita memohon Allah menunjukkan kepada kita jalan yang lurus.

Terkadang, kita menyangka diri kita benar, sehingga orang lain mesti salah.

Itu adalah sikap yang tidak baik bagi seorang muslim.

Kita mungkin benar, namun orang lain tidak semestinya salah!


Bukalah mata dan hati untuk benar-benar mencari yang terbaik. 


Jalan yang lurus.

tunjukkan aku jalan yang lurus ya ALlah~!
(kredit kepada pemilik gambar)


Jika dari awal sudah ada pandangan dan pemikiran serta stigma, buanglah dan cuba jernihkan kembali...


(tanpa menolak kepentingan berhati-hati dengan setiap perkara yang kita lakukan... bukankah ini taqwa?)

Seek first to understand, then to be understood.
Latih diri untuk mendengar, dan cuba mendengar apa inti daripada setiap pembicaraan.

Keimanan kita harus diuji.

Jika kita tidak mampu menjawab persoalan asas tentang agama kita, itu tanda iman kita bagai iman orang Quraisy yang sekadar mengikuti agama nenek moyang. Agama tradisi. Jangan~ Kenalilah Islam. Fahamilah Islam :)

(Namun kadang-kadang, dalam sebuah perbincangan, kita menyangka kita berada di pihak yang benar hanya kerana soalan kita tidak dijawab oleh sebelah pihak lagi. Sedangkan diam itu pada pandangan saya ada dua, diam orang jahil yang tidak tahu, dan diam orang 'alim dan berfikrah yang bijak menilai saat bila harus bercakap, dan saat bila harus diam. ^_^)

Apapun, fikirkanlah kembali apa sebenarnya niat kita, jika di pengakhirannya siapa yang benar atau salah yang muncul di fikiran, bukan APA yang benar dan apa yang salah.

Ingatlah kembali sahabat Huzaifah Al-Yamani, yang sering bertanya nabi sallallahu 'alaihi wasallam tentang apa itu keburukan, supaya dia tidak terjerumus ke dalamnya.

If we don't have a torchlight, we're more prone to fall into a well, no? :)
Prevention is better than cure~



Ini hanya pandangan saya sahaja... Harap ditegur jika salah ^_^



Allahua'lam.

p/s: Naiklah bersama kami! bak kata -langit ilahi- *sweet*

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Cemburu

Melihat orang-orang di sekeliling saya, saya berasa cemburu. Cemburu sangat-sangat akan apa yang dimiliki, dinikmati mereka. Saya sangat cemburu, kerana perkara itu saya sangat-sangat inginkan. (rajinnya nak terangkan feeling sendiri-_-)


Tapi.... Harus banyak-banyak sabar dan syukur....


With what I have in my hands today, how have I used them?


Masa yang tinggal semakin suntuk, bagaimana persiapan yang sudah dilakukan? 


Bagaimana batu-bata yang sudah disusun? 


Tiada siapa yang memilih saya untuk berada di sini melainkan Allah.


Kadang-kadang suatu benda tu kita tak pernah minta, namun Allah beri kepada kita. Letakkan atas bahu kita.
Kita mahukan perkara lain, perkara lain yang didapatkan.


Adakah pertanyaan 'kenapa' pernah terbit di fikiranmu? Jika iya, maka renungkanlah kembali keimananmu kepada qada' dan qadarNya.


Yakin, kena yakin jugak! Bahawa setiap apa yang ditentukanNya, itulah yang terbaik. InsyaAllah.


Teman-teman... Kita semua akan dihisab di akhirat kelak. Semua amalan akan dikira satu persatu. Saat itu, kita akan sendiri-sendiri tiada yang nak teman.


Bersediakah kita? Bagaimana persiapanmu? Bagaimana perancanganmu? Bagaimana amalmu wahai bakal-bakal jenazah?


Biar ingatan tentang kematian sentiasa menggerakkan kita. 


Tolak tepi dulu cemburumu wahai hati. Mungkin itu hanya talbis iblis yang mahukan engkau kufur kepada segala nikmat di depan matamu. Allah sebaik-baik Perancang...


Mode: Overthinking everything. Akibatnya, tak dapat melelapkan mata sebab fikiran terus bergerak tanpa mahu berhenti. Allah......




Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

a fragment of my mind

1- Dah lama sangat tak update blog. Kewajipan yang ada melebihi masa yang ada. Allah al-mustaan...


2- Manusia memang sering membuatkan kita kecewa. Dan kita juga manusia, terkadang kita juga menyakiti orang lain tanpa kita sedar.. Jadi muhasabah diri sebanyak-banyaknya. Kita tak mampu mengawal orang lain tetapi kita mampu mengawal diri sendiri.


3- InsyaAllah blog akan diupdate (dengan tulisan sendiri).


4- Kembali kepada Allah... Masa senang atau susah, jadikan Dia tempat kita bergantung. T.T


5- Cuma Allah yang tahu perasaan di hati saat ini... Terlalu banyak nak diperkatakan, terlalu sukar untuk diluahkan... Allahu Allah


6- Semua orang menginginkan kebaikan dalam hidupnya. Dan ramai yang mahu melakukan kebaikan... Tapi terkadang disebabkan mulut kita, kita merendah-rendahkan usaha pihak lain yang berjuang bersama-sama kita. Astaghfirullah. Kita seolah-olah menjatuhkan orang lain yang tidak sependapat dengan kita dengan kata-kata yang mengguris hati. Terlalu sukarkah untuk hormat-menghormati dan berlapang dada? Kita kata kita mahu menangkan Islam? Bagaimana Islam akan menang jika umatnya sentiasa bertelagah sesama sendiri, berburuk sangka, dan macam-macam lagi. Fikir-fikirkanlah. IttaquLlah! Jagalah mulut dan kata-kata kita!


7- Tak mungkin kita akan sentiasa betul. Tak mungkin. Kerana kita manusia yang penuh kekurangan. Dan tak mungkin juga orang lain yang tidak sependapat dengan kita sentiasa salah. Sedarlah akan hakikat ini.........


8- ..................................... so many words left unsaid...

Damba CintaMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat


Saya sayang dia~

Hari ni saya nak cakap pasal Mama. Alawiyah Ahmed Dahalan, anak sulung dari 9 adik beradik kepada pasangan Ahmed Dahalan dan Ainun Jariah, arwah atuk n arwah wanku :)

Mama dulu cikgu BM, tapi kami lepas satu family ikut ayah atas tuntutan kerja, Mama mengambil cuti tanpa gaji dan  menjadi suri rumah sepenuh masa untuk keluarga kami. Jadi semasa saya membesar, Mamalah yang uruskan semua urusan, Mamalah yang memasak, mama jugalah yang menghantar kami pergi sekolah, semua pun Mama buat. Memang hebatlah Mama saya^_^

Lepas kembali ke Malaysia, ibuku pun menyambung balik tugasnya sebagai cikgu di SMKSSAAS. Setelah tamat sekolah rendah, saya menyambung pembelajaran di SMKSSAAS. Jadilah saya seorang anak cikgu. "Kamu ni anak kak Awi ya??" dialog yang sering berulang-ulang di antara saya dan cikgu-cikgu di sekolah.

Ya, saya!(sambil tersengih-sengih malu:P) Saya menjadi 'anak cikgu' sampailah tingkatan 4 apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SAMURA di Muar. Bagaimana peristiwa itu terjadi, itu mungkin kita boleh ceritakan lain kali;)

Mama, kuat semangat orangnya. Saya tak pernah ingat kalau Mama ada menangis di hadapan anak-anak. Masa arwah atuk meninggal dulu pun, tak nampak pun Mama menangis. Tenang sangat. Andai ada air mata pun, pasti disorokkan dari kami adik beradik. Pernah sekali, sewaktu ayah menceritakan kepada kami kisah sedih yang pernah berlaku dalam keluarga kami, riak muka Mama tidak berubah langsung. "Nak buat macam mana," kata mama. Itu salah satu perkara yang membuatkan daku kagum akan ibuku, iaitu ketabahannya, walaupun dalam hati, diri ini tahu Mama pasti bersedih namun tak pernah ditunjukkan di hadapan kami...

Sewaktu saya di tingkatan 5, sewaktu arwah Wan meninggal pun, Mama lah yang menenangkan daku sewaktu diriku menangis di pondok telefon tatkala mendengar berita sedih itu. Kadang-kadang terfikir, daripada mana saya mendapat perangai sering menangis sedangkan sangat jarang sekali untuk melihat ibuku menangis. Dialah yang sering kuat menghadapi apa pun dugaan yang melanda.Hmm..

Walaupun kami bukanlah anak-anak yang paling baik, paling taat, suka susahkan hati mama dan ayah, mama sangat penyabar orangnya. Jarang sekali dengar mama meninggikan suara kecuali saat-saat tertentu, itu pun sebab kami suka buat salah kat mama dan memang patut dimarahi pun. Huuu~ *_*

Saya teringat lagi masa darjah 6. Masa tu hari anugerah cemerlang, dan diri ini tercalon untuk menerima anugerah tokoh murid. Alkisahnya, sudah rezeki anugerah tokoh murid jatuh kepada saya~ hehe. Tak kisahlah. Bukan tu yang nak diceritakan. Yang nak diceritakan adalah selepas menerima anugerah itu, mama datang ke depan, terus peluk dan cium pipiku.heee. Bukan senang tau nak dapat peluk cium mama. Mahal tu. Ada yang cemburu? Ada tak? Ada kan kan kan? ngeee.

Begitulah lumrahnya. Jarang sekali mama meng'ekspresi'kan sayangnya untuk anak-anak, dan ketika terjadi, terlebih seronok pula ^_& Tetapi... Kita sepatutnya boleh menilai sendiri, setiap tindakan mak kita, tidak lain hanyalah demi kebahagiaan dan kesenangan anak-anaknya.

Setiap kehendak kita cuba untuk dituruti walaupun kadang-kadang kita sebagai anak tak layak pun untuk meminta-minta. Jarang sekali untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu kedua ibu bapa kita. Hatta sekalipun ibu bapa kita jarang sekali hendak mengungkapkan rasa cintanya terhadap anak-anak, perkara itu bukanlah rahsia kerana mereka sering menzahirkannya melalui tindak-tanduk mereka. Actions DO speak louder than words;)

Hmmm...sekarang tengah tengok cerita Nur Kasih di tv3........ dot com dot my. Belum balik Malaysia lagi:p

Best cerita ini, penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan. Rasa nak menangis je bila tengok cerita ni. Ok memang dah nangis pun. haha. Maaf saya memang cengeng. Terpaksa mengaku, itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja.. Cerita-cerita pasal family ni memang membuatkan diri ini menjadi murah dengan air mata-_-"

Drama Nur Kasih best, walaupun ada adegan-adegan yang tak diperlukan dan menyemakkan mata sahaja, dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Ceh... ala-ala pengkritiklah pula kan. uhu.

Apa pun, ambillah yang baik dan buanglah yang buruk jauh-jauh.

SO, THE MORAL OF THE STORY IS:

Sayangilah keluarga anda, kerana belum tentu orang lain mendapat nikmat seperti kita. Banyak orang yang membesar tanpa kasih sayang daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapa... Jadi hargailah apa yang kita ada, dan janganlah mengeluh tentang apa yang kita tidak atau belum miliki.

Moga kita tidak pernah lekang daripada sifat berkasih-sayang (pada yang berhak sahaja), kerana jika diteliti, banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita kerana kurangnya kasih sayang. Kekurangan kasih sayang itu akan membawa kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Percayalah~

Moga dengan kasih sayang, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan harmoni daripada semalam insyaAllah.

Sekian.

Wallahua'lam:)

***post ini ditulis lama dahulu. Masa Nur Kasih masih awal ditayangkan lagi. Sekarang dah habis pun  Tak tahu kenapa hanya dibiarkan berhabuk sahaja dalam draft. Tadi buka-buka drafts di blog dan jumpa. Jadi sekarang saya publish ~ Moga ada manfaatnya insyaAllah~ ^_~

p/s: Tajuk post sangat menarik kan? Tahniah pada sesiapa yang tertipu :p


monolog.

Betapa ‘lupa’nya aku
Betapa mudahnya aku melupakan ‘tujuan’ku
Betapa diriku terlalu alpa dengan dunia
Terlupa kuakan ke alam yang tiada penghujung
Terlupa hidup ini bukan untuk bersenang-senang
Sudah aku tahu, tapi aku lupa!
Betapa mudahnya aku membiarkan diriku terkesan oleh perkara enteng
Yang hanya merosakkan sekeping hati ini
Betapa mudahnya aku leka!
Betapa mudahnya aku alpa...
Betapa mudahnya aku melupakan kata-kataku sendiri

Aku ingin berubah
Aku tak mahu menjadi diriku yang semalam
Aku ingin menjadi seseorang
Hidup ini memerlukan matlamat
Semoga aku tidak pernah lupa matlamat hidupku
Aku ingin menjadi muslim yang bermanfaat
Aku ingin menjadi mukmin yang berjaya
Aku tak ingin menjadi muslim yang zalim pada diri sendiri, pada keluarga, pada sahabat
Terutama sekali pada ALLAH!

Ampunkanlah dosa-dosaku:(
Di sini titik permulaan.
Teruskan perjuangan Farhana.
Hidup perlu diteruskan.
Langkah perlu digerakkan.

Farhana . 12.18am. 11 Jun 2009.


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sungguh, kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, memiliki kasih sayang. Jika Dia hendak menyeksa mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan seksa bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu tertentu (untuk mendapat seksa) yang mereka tidak akan menemukan tempat berlindung dariNya.

(Al-Kahfi 18: 57-58)

*biarlah setiap kata-kata kita disusuli dengan 'langkah' dan amalan...janganlah kita hanya pandai berkata-kata tanpa tindakan, tanpa amalan. huhu. nasihat pedas buat diriku sendiri. sesungguhnya mentarbiyah diri sendiri lebih susah daripada mentarbiyah orang lain [bagi saya]. jom berubah ke arah kebaikan. bulatkan tekad, kukuhkan hati. janganlah kita termasuk dalam golongan yang disebut di atas. tak mahu menzalimi diri sendiri*_* moga Allah permudahkan segala urusan....

Ayah:)



Salamullah alayk~




It's been a while since I've posted anything fully in English,right? Suddenly today I have the urge to write in the language I first studied. (Sad right? But Malay was always my first language ya. Speak english at home? I wasn't raised that way :p) Anyway, it's also been quite a while I've written anything even remotely 'biographical' aite? Hurm~

Ah, today's Father's Day. A very happy father's day to my beloved father Hj Yem bin Ismail or most famously known as Pak Yem! May Allah bless you always my dear father, and may you get a son(or daughter)-in-law as soon as possible! hehehe. (but from the looks of it, chances are that he'll be getting a son-in-law first) Amiin~ ^_~


Ayah never lived a charmed life. Even when he was little, he had to live far away from his family and grew up with his uncle, Ismail, or known to me and my siblings as arwah atuk Mail and his wife arwah atuk PJ. (no her name isn't PJ but they lived in Pandamaran Jaya hence: PJ. Maimunah was her name).

Fortunately I had a chance to meet Atuk PJ when she was alive. The others? No, unfortunately. Anyway, ayah had to work hard to be where he is today. He even married late, at the age of 33 because he wanted to make sure he would be worthy of the woman of his dreams, who turned out to be my mother lah:p

Hmm. When people meet ayah for the first time I'm sure they'd say ayah looks garang. Even I was fooled once upon a time:p But please don't be fooled! It's just a facade to scare people off,hehe. My dad could actually be very cheeky n very naughty indeed(oops. pecah rahsia ayah.hehe.) But I guess he just shows that side to the family. Hm.


ayah yang garang:p


Something about ayah, he always has very high expectations for himself and his children. For example, when I was little, and I tell him that I got an A for a subject with marks around 90%, then he'd ask me "Kenapa tak dapat 100?" Hohoho... Like my sister said in her blog, it's not easy to fill my dad's shoes and sometimes it can become too much to handle. Once I tried to hide something that I knew wouldn't make him very happy, but then told him anyway. He didn't get mad even though I knew he was very disappointed. Maybe I wasn't protecting him, maybe I was protecting myself. I just didn't want to see how much I'd let him down. That hurts much more than his anger:(

Nevertheless, I'm grateful I have a father who wants me to be better than who I really am because it makes me strive to BE better and never be complacent (although sometimes that does happen*_*) Maybe that's why I don't like compliments that much...
*I'm starting to get a little tearful here......*_*



There's not much that a parent wants from their children. All they want is for us to have a good life and be successful(the definition of successful may be subjective). To give a call sometimes. To know that they're still appreciated eventhough we may have our own lives now. As their children, the least we can do to them is try to make them happy while we still can and be the best child we could be to them (anak soleh/solehah) who always prays for their happiness dunia and akhirat.


Don't let our egos get in the way because when we think about it, there's no way we can repay what they've done for us, from raising us since we were little, educating us, teaching us about life up until now. They've seen us at our worst, it's only fair that we forgive them whenever we feel hurt by their actions(which, in perspective, is only caused by our immaturity#_#)






Lets be the best child we can possibly be to our parents insyaAllah:))



p/s: tak pernah rasanya buat post pasal mama lagi ,huhu. insyaAllah lain kali.

p/p/s: Allah, Rasulullah SAW, ibu, ibu, ibu, ayah. In that order ya:)

p/p/p/s: Just read my sis' blog about ayah and then i got tearful again. Oh how words can never fully describe what's in a person's heart. Love you ayah :'S

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang