Lilypie First Birthday tickers

Buat abang naqib dan kakak naqibah

Usrah. Pernahkah kalian mendengar tentang usrah? Barangkali. Mungkin ramai yang sudah tahu. Mungkin juga ada yang belum pernah mendapat nikmat menghadiri usrah.

Alhamdulillah di Bandung, kami diberi kesempatan untuk mengikuti usrah. Apa itu usrah? Usrah, dalam bahasa melayu bermaksud keluarga.. Walaupun antara kita tiada ikatan kekeluargaan, namun ikatan aqidah sentiasa menghubungkan kita. Ukhwah.

Usrah: Wajib?
Sedarilah, bukan semua orang mendapat nikmat sebegini. Usrah, bukanlah suatu kewajipan. Ya, ia bukan kewajipan. Namun ia merupakan suatu proses untuk membantu kita mengekalkan dan meng'upgrade' iman kita. Allah merahmati majlis-majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga. Ya, di bumi lagi kita dapat menikmati taman-taman syurga jika kita ikhlas menghadiri majlis ilmu. Ta'lim, usrah dan sebagainya.
Kenapa kita kena menghadiri usrah? Kerana hakikatnya kita malas...memang kita malas. Kenapa saya mengatakan demikian?
Berapa ramai di kalangan masyarakat kita yang cintakan ilmu, yang suka membaca? Yang memiliki perpustakaan mini di rumah? Sangat sedikit... Sebab itu ada insan-insan yang berusaha mewujudkan rasa cinta itu dalam diri kita. Supaya sifat itu dapat dipupuk dalam anak-anak kita nanti. Generasi akan datang..

***Iklan:
A* Ahhh kaget. Anak?? Aku muda lagi lah....
B* Muda lagi apa... Umur dah layak jadi mak, ayah orang dah tu!
Iklan tamat***

Andai di tempat kita tidak ada usrah, adakah kita akan berusaha mencari ilmu Allah? Atau kita hanya akan disibukkan oleh urusan dunia kita yang tiada henti, usrah pula? Oh, ianya tidak bererti, kerana aku sudah tiada masa lagi. Begitukah?

Kita tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang... Mungkin hari ini, ada orang nak membantu kita, tetapi bagaimana setelah kita pulang ke Malaysia? Sebagai orang awam, siapakah yang akan menasihati, membimbing kita setelah 'keluarga' kita itu tiada? Bukankah kita harus bergantung kepada diri sendiri untuk membina dan meningkatkan diri kita? Jadi bersedialah untuk saat itu, dan kurangkanlah kebergantungan kita terhadap orang lain. Berusahalah mencari diin, memahami diin. Ad-diin, cara hidup kita. Islam, cara hidup kita. Agak pelik, hidup di bumi, namun tidak mengetahui cara hidup. Aneh bukan?

Ilmu itu cahaya, kebenaran itu cahaya. Cahaya bagi insan yang ingin mencari Tuhannya. Bukan insan yang duduk menunggu orang datang menyuap makanan dalam mulut kita. Sedangkan burung pun keluar mencari rezeki, kita pula mahu enak duduk bergoyang kaki?

Kita semakin hari, semakin dewasa. Cabaran hidup semakin bertambah. Fitnah dunia, sungguh menyeksakan. Semuanya tidak bertambah mudah, namun bertambah sukar. Mungkin di kampus, kita kurang nampak kerana kita belum terjun ke dalam masyarakat. Namun di Malaysia nanti, semestinya keadaan tidak akan sama dengan di sini. Seperti yang disebutkan tadi, kita harus berdikari! Alhamdulillah, jika menyertai jemaah, akan ada yang follow up. Namun bagi orang-orang yang baru berjinak-jinak dengan usrah, baru mengenal usrah, bagaimana?

Komitmen!
Komitmen! Komitmen siapa? Kakak-kakak naqibah, abang-abang naqib. Jika kita tidak disiplin, tidak komited dalam menjalankan usrah, jika usrah hanya sekadar mengisi masa lapang, jika tiada kesungguhan, bagaimana dengan adik-adik usrah kita?

Sebenarnya bukan hendak mengatakan usrah itu yang penting, tetapi materi yang dibawa dalam usrah, itu yang lebih penting... Mengenali Allah dan Rasul saw... Bekalan yang sangat penting untuk kita... Tanpanya, kosonglah syahadah kita. Tiada nilai, kerana kita tidak memahami apa yang kita sebutkan dalam solat saban hari.....

Wahai kakak dan abang naqibah sekalian,
Tugas kita besar. Sedarlah kita, di bahu kita ada tanggungjawab. Amanah untuk menyampaikan, untuk memberikan yang terbaik, untuk menjadi yang terbaik!

Namun insafilah diri kita, sejauh mana kita telah berkorban? Berjuang? Sedarkah kita apa makna berjuang jika tiada kesungguhan dalam diri kita. Kita disibukkan dengan pelajaran, peperiksaan... sehinggakan ada insan-insan yang terabai. Insan-insan yang mungkin dahagakan ilmu, dahagakan suasana berada di taman-taman syurga... Sedarkah kita? Kita telah cuai dalam menjalankan amanah ini. Daie malas, mad'u apatah lagi!

Jika naqib dan naqibah sendiri tidak memahami...

Bandung banyak sangat aktiviti!
"Bandung lain, Bandung selalu buat aktiviti, sibuk... Semua nak buat program, bila nak usrahnya? Tak sempatlah!!"

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Jika saban hari kita hanya memberikan alasan demi alasan, untuk menyedapkan perasaan...

Penat...
Sibuk...
Malas...
Nak study...

Memang penat... dan memang sibuk... Namun kita sedar dan kita kuatkan diri, keluar daripada zon selesa, cari masa, cari kesempatan... kerana itulah namanya pejuang. Masakan kita boleh duduk lena di kerusi empuk dan mengatakan "Aku seorang pejuang!!" Satu lagi keanehan bukan?

Kita berjuang bukan kerana harta... tetapi kita berjuang kerana syurga...
Dan syurga itu mahal harganya...
Kenalilah sifat ahli syurga. Wujudkah ia dalam diri kita?

Tak pandailah bawak usrah...Aku tak reti...
Ketahuilah, diri ini memahami kerana pernah berada di situasi itu... Namun saat kita mengatakan kitalah yang paling pandai, di situlah bermulanya titik kebodohan. Kerana sikap angkuh itu akan memusnahkan...

Memang kita tidak pandai, sebab itu kita berusaha...
Berusaha memperbaiki diri, amalan...
Berusaha menambah ilmu, bekalan...

Dan dalam usrah itu sendiri, meskipun bergelar naqib dan naqibah, tidak bererti kita sudah berhenti belajar. Kita memberi, kita juga akan menerima. Kita mengumpulkan sesama manusia, supaya sama-sama kita medapat manfaat darinya... Bukan untuk menjadi lilin yang menerangi orang lain, sedangkan dirinya sendiri terbakar, musnah... Orang kata, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima...

Ikhlaskan diri
Ikhlas suatu perkataan yang cukup mudah diucapkan, namun bukan semudah itu untuk mencapainya...

Bekerjalah kerana Allah, pasti kelelahan itu akan hilang.

Berlaku ihsanlah, sentiasa usahakan yang terbaik, kerana meskipun kita tidak melihat Allah, Dia Maha Melihat setiap apa yang dikerjakan hambaNya, meskipun sebesar zarah.

Aku bukan naqib, bukan juga naqibah...so aku tak payah~
Tulisan ini bukanlah spesifik untuk golongan di atas sahaja... Sebenarnya tanggungjawab itu terbeban di atas bahu setiap daripada kita saat kita melafazkan syahadah. Sebarkan kalimah tauhid, itulah tugas para nabi... dan menjadi penghormatan buat kita, bukan bebanan sebenarnya. Insan-insan terpilih. Bukan terpilih kerana dipilih, namun terpilih kerana mereka berusaha dan mereka bergerak! Insan-insan terpilih itu adalah kita... Semuanya terpulang kepada cara fikir kita... Positif atau negatif, semuanya dalam fikiran kita.

Ayuh berubah!


Jentik1:- Terkesan melihat kanak-kanak di Palestin. Umurnya masih muda, namun fikirannya sangat matang berbicara tentang perjuangan. Kita pula? Umur dah meningkat, fikiran seperti kanak-kanak. 
Minda kita terbantut, dialihkan daripada perkara yang penting dalam hidup kita. Kerana apa?
Hiburan! Kita terlalu suka mencari keseronokan sehingga kita lupa, di dunia masih ada saudara seaqidah kita yang menderita... Hiburan itu dibenarkan... tetapi bila berlebihan, ianya membunuh...

Jentik2:- Jom berseronok di syurga nanti, di dunia susah sikit pun tak pelah :)


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Palestin memanggil muslim pulang... Pulanglah

Assalamualaikum warahmatullah wbt

'Israel the rogue state'

Lihatlah sendiri, logikkah untuk menyerang orang yang sedang tidur atas alasan mereka menyerang pasukan Israel terlebih dahulu dengan menggunakan pisau?

Gurauan jenis apakah itu? Adakah mereka menyangka manusia semakin bodoh dan tak mampu menilai dengan mata kepala sendiri apa yang telah mereka lakukan?

Apakah mereka menyangka Allah tidak melihat segala apa yang mereka kerjakan?

Apakah mereka menyangka Allah tidak akan membalas perbuatan mereka?

Apakah mereka menyangka mereka tidak akan dibangkitkan kembali?

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...





Wahai umat Islam, dengarlah.

Islam sedang memanggil anda kembali.

Pulanglah.

اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيْعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ اْلأَحْزَابَ، اَللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ.
 Ya Allah, yang menurunkan Kitab Suci, yang menghisab perbuatan manusia dengan cepat. Ya Allah, cerai beraikanlah golongan musuh dan goncang-kan mereka (HR Muslim)

Moga Allah menghilangkan kesedihan di hati ini dan mengurniakan ketenteraman dan ketenangan...

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
120. “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Eng-kau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” 
(HR. Ahmad, menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih.)


Jom kita sama-sama membantu saudara kita dengan membaca qunut nazilah pada rakaat terakhir setelah rukuk, pada setiap solat fardhu. Boleh dibaca doa di atas, atau contoh2 doa qunut nazilah yang diketahui, atau apa-apa doa yang bermaksud baik dan sesuai dengan musibah yang melanda kita pada masa ini....


Wallahua'lam.

Saya sayang dia~

Hari ni saya nak cakap pasal Mama. Alawiyah Ahmed Dahalan, anak sulung dari 9 adik beradik kepada pasangan Ahmed Dahalan dan Ainun Jariah, arwah atuk n arwah wanku :)

Mama dulu cikgu BM, tapi kami lepas satu family ikut ayah atas tuntutan kerja, Mama mengambil cuti tanpa gaji dan  menjadi suri rumah sepenuh masa untuk keluarga kami. Jadi semasa saya membesar, Mamalah yang uruskan semua urusan, Mamalah yang memasak, mama jugalah yang menghantar kami pergi sekolah, semua pun Mama buat. Memang hebatlah Mama saya^_^

Lepas kembali ke Malaysia, ibuku pun menyambung balik tugasnya sebagai cikgu di SMKSSAAS. Setelah tamat sekolah rendah, saya menyambung pembelajaran di SMKSSAAS. Jadilah saya seorang anak cikgu. "Kamu ni anak kak Awi ya??" dialog yang sering berulang-ulang di antara saya dan cikgu-cikgu di sekolah.

Ya, saya!(sambil tersengih-sengih malu:P) Saya menjadi 'anak cikgu' sampailah tingkatan 4 apabila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke SAMURA di Muar. Bagaimana peristiwa itu terjadi, itu mungkin kita boleh ceritakan lain kali;)

Mama, kuat semangat orangnya. Saya tak pernah ingat kalau Mama ada menangis di hadapan anak-anak. Masa arwah atuk meninggal dulu pun, tak nampak pun Mama menangis. Tenang sangat. Andai ada air mata pun, pasti disorokkan dari kami adik beradik. Pernah sekali, sewaktu ayah menceritakan kepada kami kisah sedih yang pernah berlaku dalam keluarga kami, riak muka Mama tidak berubah langsung. "Nak buat macam mana," kata mama. Itu salah satu perkara yang membuatkan daku kagum akan ibuku, iaitu ketabahannya, walaupun dalam hati, diri ini tahu Mama pasti bersedih namun tak pernah ditunjukkan di hadapan kami...

Sewaktu saya di tingkatan 5, sewaktu arwah Wan meninggal pun, Mama lah yang menenangkan daku sewaktu diriku menangis di pondok telefon tatkala mendengar berita sedih itu. Kadang-kadang terfikir, daripada mana saya mendapat perangai sering menangis sedangkan sangat jarang sekali untuk melihat ibuku menangis. Dialah yang sering kuat menghadapi apa pun dugaan yang melanda.Hmm..

Walaupun kami bukanlah anak-anak yang paling baik, paling taat, suka susahkan hati mama dan ayah, mama sangat penyabar orangnya. Jarang sekali dengar mama meninggikan suara kecuali saat-saat tertentu, itu pun sebab kami suka buat salah kat mama dan memang patut dimarahi pun. Huuu~ *_*

Saya teringat lagi masa darjah 6. Masa tu hari anugerah cemerlang, dan diri ini tercalon untuk menerima anugerah tokoh murid. Alkisahnya, sudah rezeki anugerah tokoh murid jatuh kepada saya~ hehe. Tak kisahlah. Bukan tu yang nak diceritakan. Yang nak diceritakan adalah selepas menerima anugerah itu, mama datang ke depan, terus peluk dan cium pipiku.heee. Bukan senang tau nak dapat peluk cium mama. Mahal tu. Ada yang cemburu? Ada tak? Ada kan kan kan? ngeee.

Begitulah lumrahnya. Jarang sekali mama meng'ekspresi'kan sayangnya untuk anak-anak, dan ketika terjadi, terlebih seronok pula ^_& Tetapi... Kita sepatutnya boleh menilai sendiri, setiap tindakan mak kita, tidak lain hanyalah demi kebahagiaan dan kesenangan anak-anaknya.

Setiap kehendak kita cuba untuk dituruti walaupun kadang-kadang kita sebagai anak tak layak pun untuk meminta-minta. Jarang sekali untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu kedua ibu bapa kita. Hatta sekalipun ibu bapa kita jarang sekali hendak mengungkapkan rasa cintanya terhadap anak-anak, perkara itu bukanlah rahsia kerana mereka sering menzahirkannya melalui tindak-tanduk mereka. Actions DO speak louder than words;)

Hmmm...sekarang tengah tengok cerita Nur Kasih di tv3........ dot com dot my. Belum balik Malaysia lagi:p

Best cerita ini, penuh dengan nilai-nilai kekeluargaan. Rasa nak menangis je bila tengok cerita ni. Ok memang dah nangis pun. haha. Maaf saya memang cengeng. Terpaksa mengaku, itu pun pada waktu-waktu tertentu sahaja.. Cerita-cerita pasal family ni memang membuatkan diri ini menjadi murah dengan air mata-_-"

Drama Nur Kasih best, walaupun ada adegan-adegan yang tak diperlukan dan menyemakkan mata sahaja, dan mungkin boleh diperbaiki lagi. Ceh... ala-ala pengkritiklah pula kan. uhu.

Apa pun, ambillah yang baik dan buanglah yang buruk jauh-jauh.

SO, THE MORAL OF THE STORY IS:

Sayangilah keluarga anda, kerana belum tentu orang lain mendapat nikmat seperti kita. Banyak orang yang membesar tanpa kasih sayang daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapa... Jadi hargailah apa yang kita ada, dan janganlah mengeluh tentang apa yang kita tidak atau belum miliki.

Moga kita tidak pernah lekang daripada sifat berkasih-sayang (pada yang berhak sahaja), kerana jika diteliti, banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita kerana kurangnya kasih sayang. Kekurangan kasih sayang itu akan membawa kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Percayalah~

Moga dengan kasih sayang, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan harmoni daripada semalam insyaAllah.

Sekian.

Wallahua'lam:)

***post ini ditulis lama dahulu. Masa Nur Kasih masih awal ditayangkan lagi. Sekarang dah habis pun  Tak tahu kenapa hanya dibiarkan berhabuk sahaja dalam draft. Tadi buka-buka drafts di blog dan jumpa. Jadi sekarang saya publish ~ Moga ada manfaatnya insyaAllah~ ^_~

p/s: Tajuk post sangat menarik kan? Tahniah pada sesiapa yang tertipu :p


Manusia. Human. Insan.


 Have you ever felt like going back? Have you ever felt regret? As if you could go back to that one point in time, where you wish you'd acted in another way. Or if you didn't say what you ever said. Or you never did what you ever did, because you knew what you did was wrong, since you had a bad feeling in your heart, telling you that you have erred. And you want to fix things and make everything okay, but you just don't know how...

I'm sure most of us have felt that way, simply because we are human... And the nature of humans, we always make mistakes... and we always do wrong. As humans, we are full of imperfections... but it is how we handle those imperfections, how we improve ourselves, how we fulfil our responsibilities as a servant and as a caliph in this world that matters in the end...

I am human. I am not perfect. 

I'm not the best servant of the Almighty God,
I'm not the best daughter,
I'm not the best friend, 
I'm not the best leader,
I'm not the best follower,
I'm definitely no angel,
Who never does any wrong.

I have wronged. I have made mistakes. And sometimes I don't know how to go back to that place where everything was right. Sometimes I don't know how to make it right.

But...
We try to do good, and try to show a good example as a human being, and do our best so that our flaws and wrongs aren't flaunted to the whole world, not so that people would think us an angel... not so that we can be called a goody-two-shoes, 

but because of what the prophet reminded us a long time ago, and his words still prevail:


مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang baik maka untuknya pahalanya dan pahala siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mencontohkan di dalam Islam contoh yang buruk maka atasnya dosanya dan dosa siapa saja yang melakukannya setelah dia karena mencontohnya tanpa berkurang dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasa’i).

Anyone who pointed out in Islam a good example , then for them are their reward and the reward of anyone who do it after them, because of following them; without decreasing their reward in the least. Anyone who pointed out in Islam the bad example , upon them are their sins and the sins of anyone who do so after them, in following them; without decreasing the least of their sins.  
(Muslim, Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasa’i)

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Siapa saja yang mengajak pada petunjuk maka untuknya pahala semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Siapa saja yang mengajak pada kesesatan maka atasnya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun (HR Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Abu Ya’la dan Ibn Hibban)

 Anyone who invites toward the guide(hidayah) then upon them is the reward of those who follow, it did not reduce their reward in the least. Anyone who calls towards misguidance(dholalah) then upon them is the sin of those who follow them, it did not reduce the least of their sins.
 (Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tirmidzi, Abu Ya’la dan Ibn Hibban)

 Dearest readers,
if we understand these hadiths holistically, we would be very afraid to do any sins and show it to others, and create a very bad stock exchange and become very poor...
Instead, we would want to show others any good deed we can, so that if they do good just by following us, we would get the reward even if we didn't do it ourselves! 
Simply by showing a good deed and causing other people to do good as well, it would make us very rich indeed! Not rich here, but in akhirah insyaAllah...

But of course, we must remember that we do good only for Allah and no one else...
We try to be a good example not because we want people's approval, but because we want Allah's blessing in our lives.

Allah is our Creator, he knows us more than we do.
He knows that we are always forgetful and sometimes disobedient in obeying Him.
But He asks us to hide it, don't show it to others, because the nature of humans, we tend to follow things that happen around us. If we don't hold tight to our two sources, the Quran and Sunnah, we can easily stray, we can easily follow whatever we see, no matter it is wrong or right, since our minds isn't limitless. It has its shortcomings..

That's why we are asked to hide our aib from other people...
We don't only have a responsibility to hide other people's aib,
but we have a duty to honor ourselves, and protect our aib and not show it to others...
because realise it or not, showing a bad example in Islam to other people is as if we are no longer ashamed of our wrongs. What if others follow us? Nauzubillah...

I'm sure we don't want to 'accumulate' a stock of sins just because we were careless to show to other people a sign of our disobedience to He who created us... We're not the best servant who does too many amal... therefore we don't want the little amal that we do to be cancelled out by that worthless stock that we 'bought'...

However, we do realise that we can try our best, but sometimes our faults can be seen clearly by other people. Only in Allah lies perfection. May our flaws become a reminder to us, that we are weak, we are forgetful, we are full of weaknesses. We embrace our flaws, but we don't cherish it and enjoy it. Instead, we strive to become better each and everyday... So that we can truly fulfill our purpose of life which is as a servant of Allah and as a khalifah on the land of Earth.

Sometimes, we just need to give ourselves a chance.
A chance to live.
A chance to return to who we truly are.
A chance to return to fitrah...
We continue to move on because we have that hope...
The hope that He promised us.

Even though we always forget him,
Even though He isn't the one we put first on the list,
that hope is always there whenever we seek it.

Here is the hope:

 قَالَ اللهُ تَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي، غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ، لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي، غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا، ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئاً، لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

 رَوَاهُ التَّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ



From Anas, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say: 

"Allah the Almighty has said: 

'O son of Adam, 
so long as you call upon Me, and hope in Me, 
I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. 

O son of Adam, were your sins to reach the clouds in the sky and were you then to ask forgiveness of Me, 
I shall forgive you. 

O son of Adam, were you to come to Me with an earthful of sins and were you then to face Me, 
without having associated anything with Me, 

I shall grant you an earthful of pardon.'" 


[Recorded by Al-Tirmidhi, who said that it is a good and sound hadith]


He asks us to come to him...
Come, and ask His forgiveness, for He would never hesitate to give it...
As long as we don't enjoin Him with others.
But sometimes, we forget ourselves.
We forget who we are,
And we forget to ask.
Are we too proud to ask?
Are we too proud?
Are we too arrogant?
Are we too forgetful?


Forgive us ya Allah.....
Give us Your protection from all our wrongdoings and imperfections
Give us strength to be steadfast in this path
Let our flaws be a reminder to us
That we are only Your servants and nothing more
Grant us your bless and love,
For only You are the Most Gracious, Most Merciful, Most Forgiving....


May there always be a way back, whenever we do err, whenever we do wrong, whenever we stray from the path of rightness.
Amin.


~ummufurqan~

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

pergantungan pada manusia

Kadang-kadang rasa sedih. Rasa sedih bila semua usaha terasa macam tak dihargai.
Rasa macam tertanya-tanya kenapa dia baik dengan orang lain tapi biasa-biasa je dengan aku.
Aneh bukan?
Kenapa terasa penting apa fikiran makhluk. Pastu macam tak puas hati pulak dengan orang lain. Astaghfirullah-___-
Tapi bila fikir balik, mungkin[memang pun] semua tu berasal dari kesilapan diriku sendiri.
Kurang memahami, kurang ibadah, kurang ilmu.
Bila orang tak tersentuh dengan apa yang kita sampaikan, kita tak boleh salahkan orang yang mendengar.
Pasti ada kekurangan mana-mana pada diri kita yang menyebabkan ada hijab diantara kita dan orang lain...
Hidayah bukan di tangan kita.


Kenapa harus rasa sedih bila rasa macam tak dihargai?
Tiada pergantungan melainkan kepada Allah.

Usah sedih bila manusia meninggalkan kita. 
Cukuplah Allah sebagai wakilku.
Mungkin itu petanda kurangnya keikhlasanku.
Nak nampak baik je, tapi tiada ruh pada apa yang dilakukan.
Astaghfirullah..
Perbaiki diri.






***harap xde siapa baca post ni.huuu
***feels so small as small as this font

Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Sejarah

Salam alayk~
Semakin hari, usia kita semakin habis. Masa untuk hidup makin kurang, adakah kita menyedarinya? Masa berlalu dengan sangat pantas. Baru masuk 22 pada 1 Januari lepas, sedar tak sedar beberapa bulan je lagi nak masuk 23 jika masih diizinkan untuk hidup oleh Tuhan.
(Itu untuk saya yang 22 ni lah. Untuk yang lebih tua atau muda, letaklah umur anda sendiri:) )
Jadi, untuk apa saja hidup anda telah dihabiskan?

Saya nak kongsi satu cerita... Suatu hari (biasalah nak mulakan cerita kenalah ada 'suatu hari' kan) selepas suatu program tamat, masing-masing mengadu kelaparan. Jadi semua pun sepakat untuk makan dahulu sebelum pulang(nak masak hari dah petang, perut pula meminta diisi).
Bila tanya masing-masing, semua tak kisah nak makan kat mana, namun ada seorang yang mencadangkan makan kat pecel lele yang hampir dengan Jatos tu (Jatos- Jatinangor Town Square, katanya). 

Seorang lagi pula tak bersetuju, namun dia pun tiada cadangan tempat lain. Akhirnya, golongan yang tak kisah tu membuat keputusan nak makan pecel lele, jadi seorang yang kata tak nak tu pun terpaksalah ikut sahaja... (sayalah yang malang itu,=p)

Pengajarannya kat sini, siapa kata persekitaran itu tidak penting? Jika begitu, tak perlulah ada orang bersusah payah untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik, tak perlu ada hubungan baik dengan jiran tetangga(ni bukan orang lain suruh ni Nabi saw yang suruh). Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Janji aku tak kacau kau sudah~ 

Kalau ikut contoh kat atas tu, takpelah, bukannya hal hidup dan mati pun...tak kisahlah makan kat mana pun... Tapi cuba fikirkan, jika kita berada di negara yang umat Islam hanya minoriti, dan kita tidak mempunyai 'bekal' yang cukup, adakah kita boleh menjamin kita tidak akan terikut-ikut dengan gaya hidup mereka? Jika kita hanya mahu hidup keseorangan tanpa teman yang mahu membantu kita, menguatkan kita, adakah kita akan 'survive' dalam persekitaran sebegitu? 

Jika persekitaran kita tidak penting, mana mungkin Rasulullah tersayang mahu mengingatkan kita tentang kepentingan bersahabat dan memilih sahabat... kerana kita manusia yang lemah... dan memerlukan orang-orang di sekeliling kita yang kuat untuk mengingatkan kita ketika kita lupa....

Namun semestinya, mereka hanya mampu berusaha untuk membantu kita... 
Akhirnya, kita sendiri yang perlu memilih dan memutuskan untuk membantu diri sendiri atau tidak...

Nak kata tak ada pengisian, boleh kata semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap minggu ada orang datang nak berkongsi dengan kita, tak kiralah orang dari Malaysia atau orang tempatan. Nak kata tiada siapa beri peringatan, setiap hari kot ada berkumpul sesama ahli rumah (kecuali masa2 tertentu) untuk berkongsi tentang Al-Quran, hadith, sirah, akhlak, adab, macam-macamlah... Nak kata tak ada suasana yang membolehkan kita menjadi baik, bukankah hampir setiap minggu ada ta'lim, ada tazkirah di kosan-kosan, di Bale, bukankah usrah tetap berjalan, bukankah?

Teringat post kat blog Ust Hasrizal tentang Taubat Sang Pemalas (boleh baca di saifulislam.com) bagaimana seorang remaja lelaki tiba-tiba tersedar dari kelekaannya dan ingin berubah, kerana dia terfikir tentang usaha ramai pihak untuk membantunya,  samada usaha nak set up program, usaha nak panggil ustaz, usaha nak cari dana untuk buat aktiviti... Ramai sungguh pihak dah berkorban tenaga untuk mendekatkan manusia pada Tuhan, jadi mengapa lagi dia mahu memberikan pelbagai alasan hanya disebabkan malas? 

Pengakhirannya, kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita...

Memang, alasan kubur masing-masing boleh menjadi pemangkin paling utuh untuk kita memutuskan untuk menjadi insan yang lebih baik... Kerana saat itu, tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan amal yang telah kita lakukan semasa di dunia... Tiada mak, tiada ayah, tiada adik-beradik, tiada suami, tiada isteri, tiada pakwe, tiada makwe, kita hanya berseorangan.
Jadi semasa di dunia, kumpullah apa sahaja perkara baik yang membolehkan kita bagi 'jawapan' terbaik di sana nanti... dan jangan sesekali menunjukkan kepada orang keburukan kita, kerana jika ianya ditiru, saham dosa yang dicipta akan bertambah selagimana dosa itu diulangi oleh orang ramai dan sebegitulah juga untuk segala kebaikan yang kita lakukan...

Dan untuk segala amal kebaikan kita, hanya dua syarat yang dipinta untuk dipenuhi iaitu 2I- ittiba' yakni mengikut petunjuk daripada Rasulullah saw dan ikhlas... Dan rahsia ikhlas itu hanya Allah yang tahu. 

Benar kan? Kita boleh tahukah jika kita ikhlas... Dalam hati, dan kepada orang lain, kita boleh mengatakan kita ikhlas, namun hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui... Kerana niat yang terpesong sedikit pun, hati yang terfikir sedikit pun untuk membuat kebaikan kerana manusia, kerana terbuai dengan pujian, kerana ingin orang melihat, sudah boleh merosakkan keikhlasan kita... Dan kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedari...
Segala puji hanya milik Allah. Semuanya hanya pinjaman semata-mata kepada kita. Kita tak layak pun untuk berbangga diri kerana apa? Jawapannya kita semua tahu. Kerana kita adalah hamba, dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Adakah orang kafir Quraisy dahulu tidak mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah? Mereka mengetahuinya, namun mereka memilih untuk ingkar disebabkan kesombongan, kebongkakan dan kejahilan mereka walaupun mereka tahu kebenaran di pihak mana.

Sejarah telah membuktikannya... Semuanya telah terungkai. 

'The most important lesson we can learn from history is that man never learn from them"

Sudah tiba masanya kita mula belajar daripada sejarah. Sebelum diri kita menjadi sejarah.
"It's never too late, until it is too late." 
Fikir-fikirkan, renung-renungkan, dan beramallah~


"Barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Surah 49:11).
InsyaAllah, tiada antara kita mahu menjadi orang yang zalim, terutama terhadap diri sendiri...Kan?



Wallahua'lam,  untuk ingatan bersama Farhana dan rakan2 yang dikasihi. Moga ianya menjadi 'booster' untuk kita agar iman terus naik sehinggalah mencapai husnulkhatimah, insyaAllah... amin.

Sebelum berakhir, jom kita tengok sebuah hadith qudsi, hadith daripada Rasulullah saw yang mengandungi firman Allah:

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: 


Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: 
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: 
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. 

Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. 

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: 
Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu. Sahih Muslim


"dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan" (Surah 11:3).


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Promosi

Penutup Minggu Muslimah
Sifat Solat Nabi : Return








Sila rujuk facebook untuk maklumat lanjut!

*apa punya promosi la ni:) 

WabiLlahi taufiq wal hidayah~
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
:D

Air terjun yang indah

Assalamualaikum, berjumpa lagi kita di MY SANCTUARY: Sesungguhnya Kehidupan adalah Harapan. Ceh, macam rancangan tv la pulak~ hmmm~

Lama dah tak update.
 
Pernah pergi tempat air terjun? 
Macam ni



Katakanlah, satu hari ni, kita teringin nak pergi tengok air terjun. Kawan-kawan kita kata ada satu air terjun ni sangat best! Harus pergi sana! Jadi kita pun excited nak pergi.
Rancang punya rancang, dengan membuat pelbagai persiapan yang sangat teliti,
daripada masa perjalanan ke sana, 
aktiviti yang nak dilakukan di sana,
berapa ramai yang nak pergi,
dan macam2 lagi.
Orang kata, memang bersungguh habislah!
Akhirnya, 
tibalah hari untuk pergi ke air terjun tersebut.

Biasalah, nak pergi tempat yang belum tercemar dengan pembangunan ni,
perjalanan dia mesti agak 'bumpy'
dengan jalan yang tak licin,
ditambah lagi dengan sakit kepala naik 'angkut' 
(baca:van kecil yang tempat duduknya menghadap ke sisi jalan)
adui, rasa menyesal pulak tiba-tiba.
 
Tapi,
sebab kita yakin dah dengan kata-kata kawan-kawan kita tadi, bahawa air terjun tu tersangatlah best punya,
kita kuatkan semangat.
Walaupun terpaksa mengharung badai dan ombak, demimu air terjun aku sanggup meredahnya!
Lebih kurang gitu la kan.... ;)

Lepas tu, tengah kita sakit perut, pening nak muntah, dengan jalan yang tak best tu, 
tiba-tiba telinga kita dapat menangkap sesuatu.
Bunyi air terjun!!
Daripada jauh kita dapat dengar~
Lepas tu semangat kita pun naik...
Tak lama lepas tu kita dah boleh nampak sungai kecil dengan air yang sangat jernih...
Dalam hati dah terfikir,
'air terjun tu nanti mesti lagi cantik airnya'

Setelah hampir dua jam mengharungi ombak dan badai (:P)
Maka sampailah kita kepada kawasan air terjun yang dijanjikan tadi...
Subhanallah, memang sangat cantik dan mendamaikan~
Maka hati kita pun dah berbunga-bunga dan gembira bahagia,
Tak menipu kawan-kawan kita rupanya~
^_~


Cerita di atas merupakan kisah yang benar,
namun boleh dijadikan sebagai sebuah analogi...

Suatu persoalan, kenapa kita boleh percaya yang ada air terjun kat depan?

Pertama, sebab kita dah buat banyak persiapan untuk ke sana. Jadi sudah tentu kita tahu ke mana arah tuju kita:)

Kedua, kerana ada banyak 'tanda' yang kita lihat dan dengar. 
 
~Daripada bunyi air terjun yang boleh didengari daripada jauh,
~Anak sungai yang kita lihat jernih airnya,
~Kata-kata sahabat kita, kerana kita yakin yang dia tidak akan menipu kita~

Jadi, walaupun banyak cabaran dan badai di hadapan, disebabkan YAKIN itu, kita mengharunginya dengan tabah dan gagah. :)


*Cuba gantikan air terjun itu dengan akhirat dan segala janji-janji Allah.. 
Ia sesuatu yang pasti, dan tanda-tandanya sudah banyak ditunjukkan oleh Allah bagi insan yang mahu berfikir...
 
Kata-kata 'kawan' kita itu pula dengan kata-kata Muhammad bin Abdullah, Sang Al-Amin, yang tidak pernah menipu, segala kata2nya, samada menerusi kalam Allah Al-Quran atau hadith..
Pernahkah Rasulullah saw menipu? Jawapannya, kita semua tahu:)
 
Tanda-tanda yang disebutkan sebagai semua tanda-tanda kebesaran dan keEsaan Allah, samada dalam Al-Quran dan hadith, atau melalui segala ciptaanNya di Bumi.. Segala keindahan alam, semuanya tanda kebesaranNya~ <3 <3 <3 (kalau kat facebook ni dah jadi heart betul,hu)

Segala kesusahan dalam perjalanan tadi pula, segala ujian (samada baik atau buruk) yang menimpa kita semasa di dunia....
 
Air terjun tu pula, dianalogikan sebagai syurga yang dijanjikan oleh Allah sangat indah dan tak mampu dibayangkan dek akal manusia yang pendek dan terbatas...
*Jika dengan air terjun sahaja kita sudah kagum, apatah lagi syurga kan kawan2?* ^_^
 
Perjalanan kita ke sana pula, sebagai perjalanan kita untuk ke akhirat kelak. Pendek kata, kehidupan kita di bumi lah~
 Bukankah kita semua adalah pengembara? Pengembara menuju kehidupan yang kekal abadi?
Kehidupan kat dunia ni, tersangaaaatlah pendek jika dibandingkan dengan akhirat kelak.
Tak berbaloi rasanya hidup seronok2 di dunia, di akhirat merana. Oh tidak! Nauzubillah...
 
Akhir sekali
Bukankah kita sanggup menghadapi segala kesusahan untuk ke air terjun tadi kerana kita YAKIN? Maka tukarkanlah perkataan YAKIN itu kepada IMAN kita dan terjemahkanlah ia dalam kehidupan kita...



Sebelum melakukan apa-apa, fikirkan dulu, apa natijahnya buat diriku di SANA nanti?
Baikkah? Atau burukkah?
 
Keyakinan kita pada Allah, pada segala apa yang dijanjikannya, menjadi neraca yang cukup berharga...
Ia tidak dapat diwarisi daripada bapa atau ibu yang soleh,
ia perlu dicari dan ditanam oleh diri sendiri...
Diperkukuhkan dengan ilmu dan amal hanya kerana Allah swt
satu-satunya Zat yang layak untuk diibadahi...
dengan bimbingan dan pedoman daripada RasuluLlah saw, contoh terbaik bagi seluruh umat manusia...

Begin with the end in mind, kata Stephen Covey.
Bagaimana kita mahu pengakhiran kita kelak, itulah yang akan mencorakkan seluruh kehidupan kita, insyaAllah~

Kehidupan ini bukanlah mudah, banyak cabaran dan dugaan, terutama sekali di akhir zaman ini, dengan fitnah Dajjal sedang berleluasa, *semoga kita terlindung daripadanya, Amiiin...*

Namun, 
keindahan dan kecantikan syurga yang menjadi motivasi kepada kita, untuk terus kukuh dalam mentaatiNya,
untuk terus kuat dalam menjauhi segala laranganNya, dengan izin Allah swt....
 


 
 
 Iman, itu neracanya.
Syurga, itu motivasinya.

Ayuh!
Mari menjadi insan yang bijak:)



"dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan "

Surah Ali-Imran (3:133-134)







Harap bermanfaat, sekadar peringatan ringkas buat kita semua :)

Wallahua'lam~


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Buang habuk dan karat-karat... fuh... fuh!

Assalamualaikum...
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi semua.
Lama dah tak menulis di sini. Lebih 2 minggu, suatu jarak yang agak lama bagi saya. Adakah kerana tak ada idea? Tak ada mood hendak menulis? Entahlah... Mungkin hanya mahukan apa yang ditulis itu benar-benar sampai maksudnya pada pembaca. Sudah banyak post yang berhabuk di draft, hanya dibiarkan..... 

Beberapa hari sebelum ni, terbaca sebuah blog dan sangat-sangat menusuk hati apa yang ditulisnya. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing... Namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi oleh diri? Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata 'Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja......'
Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? 
Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?

Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya.....
hmmm...


Baru-baru ini juga, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di UNPAD. Selamat datang~ Bertemu, untuk berkenal-kenalan, supaya tidaklah kekok nanti apabila bekerjasama... Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat Al-Quran dikongsikan bersama adik-adik,


Surah as-saff ayat 2-3 "Wahai org2 beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"

Terfikir...adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?


Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai maghrib, pada hari itu perbincangan hadith ke 36 
daripada hadith 40 himpunan Imam an-Nawawi... tentang amal2 kebajikan dan balasannya... 
antara intipati hadith:
-anjuran menghilangkan kesusahan org mukmin,
-menutup aib sesama muslim,
-sentiasa menolong saudaranya,
-mencari ilmu;
serta pahala dan ganjaran Allah di sebaliknya; dan
-ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang~
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi,
oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin, tentang hadith ini, dimuatkan sebuah syair...

bait-bait syair berbunyi
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian
ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia.
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian...

Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu...
Astaghfirullah-__-"'
Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita..
Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa
di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan...
Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan???
Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat
dan akan disoal tentangnya di akhirat kelak....
:(


Kita kongsikan sikit lagi... Kata2 Imam An-Nawawi tentang hadith ni...

Imam an-Nawawi berkata, hadith itu(amalan2 kebajikan dan balasannya-maaf tak dapat kongsikan, panjang sangat...hehe.) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu)

Hmm..... syarat no1 dah lepas ke? 
:(((

kedua menyebarkannya apa yang telah diketahui (At-Taubah ayat 22)

dan ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat...

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: untuk menandingi para ulama', untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya"
*diriwayatkan Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami'*

Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil (al-Anaam ayat 90)

Kelima, tidak gusar untuk mengatakan 'aku tidak tahu'. Sedangkan Rasulullah saw ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab 'Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya"--> hadith ke2 dlm hadith40 (Iman, Islam dan Ihsan)

Keenam, tawadhu' (rendah hati)
"dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati"
(al-Furqan ayat 63)

Ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus salih.
"Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima" hadith hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami'

Segala gangguan atau ujian  yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah saw orang yang paling kuat ujiannya... Jika dibandingkan dengan Rasulullah saw, sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.......


Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan, sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah swt dan memberikan ketenteraman kepada kita...
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"  (Ar-Ra'd ayat 28)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka...
Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat jugak...
Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri...
Bukan untuk mengatakan 'aku lebih tahu'
Tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan...

Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing......
Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk kita tidak menjadi orang yang lebih baik
Kita mampu melakukannya!!!!


*Ini hadiah buat mereka yang menunggu saya update. Mintak maaf peminat setiaku~huhu. Semoga ada manfaat...

*Saya tak kuat bila sendirian...Begitu juga kalian semua. Kita lemah apabila sendiri, dan kekuatan untuk bergerak akan muncul apabila dibantu dan disokong oleh kawan-kawan dan sahabat... Saya amat memerlukan bantuan dan sokongan dan dorongan supaya terus kuat!

*Allah sedang berbicara dengan kita, dalam setiap perkara yang berlaku samada baik atau buruk, PASTI ada hikmahnya, tinggal kita mahu mencari atau tidak sahaja.....

*Doing one thing is not as easy as saying it... Mengetahui sebuah teori mungkin tidak menjanjikan kita dapat melakukan praktikal dengan sebaiknya...Walk the talk~!!

*Moga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untukku....doakan ya teman-teman~


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~

Reminder for the soul

“Aku hairan dengan orang yang mengetahui kematian, tapi mengapa ia masih tertawa;

Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
pulkan harta dan menghitung-hitungnya;

Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;

Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;

Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;

Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”

Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa umpama pedang