bismillahirrahmanirrahim...
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik pada pandangannya***
untuk menjadi suri(baca:isteri) dalam hidupnya.
Begitulah juga hati seorang wanita yang bijak.
~Namun terbaik tak bererti sempurna~
Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?
Adakah dengan 'contact' wanita itu selalu, menanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, dengan mengucapkan kata-kata sayang?
Begitukah?
kiri: lelaki, kanan: wanita :)
Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar[chewah], seorang sahabat, dia sering risau akan keadaan dirinya yang 'single dan available'. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. [saje je buat ayat over kan=p]
Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak kat dia, sikit-sikit kena reject je. Geli hatiku. Sampai begitu sekali parahnya sampai boleh berfikir sebegitu. Hmmmm~
Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin menanyakan khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia dapat menjadi pelindung aka hero yang paling hebat kepada wanita tersebut?
Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.
*huh?? kejamnya Farhana, nape cakap camtu....isk3..sampai hati*
Bukan sengaja berkata begitu, namun cubalah fikirkan. Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another...
Merosakkan? Yalah.
Merosakkan dengan menambahkan saham dosa yang ditanggung oleh perempuan.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga lupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu terasa enak dan indah walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri sedang terjerumus kepada dosa.
Pelindungkah?
Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?
Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah..............?
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati
Meskipun dengan niat yang suci
Kerana dia sentiasa menyedari
Niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni
Kerana dia mengakui
Makhluk bertanduk dua sentiasa 'ready'!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati....
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu
Supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi rasulmu!
Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan pada Allah semoga dia sentiasa melindungi...
Kerana kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya.
Di saat anda belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati.
Kerana kita sebagai manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi 'superhero' yang paling sempurna kerana TIADA YANG SEMPURNA MELAINKANNYA.
Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai...
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan title 'single'nya kerana dia tahu dengan izinNya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
lalala~ [tiba-tiba]
Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!
Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri..
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam redha Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
***terbaik- bagi lelaki, mungkin untuk dijadikan 'awek', 'pacar' dan segala macam gelaran yang ada, boleh sahaja disambar mana-mana perempuan. Namun untuk dijadikan isteri?? Mahu mengambil bekas orang?? Mungkin kedengarannya agak kasar, namun sebagai perempuan kita harus memikirkan realiti di sebaliknya. Itulah hakikatnya, sedarlah akan hakikat tersebut..
Akhirnya terbuat jugak post ni. Dah lama dah ada orang tanyakan n dah lama berhabuk di draft. Hmm.
Selamat berusaha menjadi lelaki sejati! hehe~
Sekadar tambahan:
~Saya kurang gemar dilabel 'anti-couple' atau apa2 sahaja gelaran...Kenapa suka memberi gelaran? Jika sesuatu itu benar di sisi al-Quran dan sunnah, saya terima. Tetapi jika tidak? Saya tolak! Sebuah pendirian. yang bersebab.. bukannya 'anti-couple' dsb. Hatta jika ada orang mengatakan dirinya tidak 'couple' sekalipun, namun tetap berkelakuan seperti orang ber'couple', adakah saya akan membiarkan dengan alasan saya hanya 'anti-couple' sahaja? Itu tidak logik bukan? Yang tidak disukai bukan nama 'couple' atau orang yang 'couple', yang tidak disukai adalah perkara-perkara yang dilakukan dalam 'gelaran' tersebut. Dan teguran diberikan kerana sayang, bukan kerana benci. Ini yang kadang-kadang kita tak nampak dan terlepas pandang...
p/s: Saya rasa semua yang membaca sudah tahu apa hukum-hukum dalam Islam, bahkan mungkin sahaja yang membaca ini mempunyai ilmu yang lebih daripada saya. Namun apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan. Jika ilmu tidak dibajai dengan amal, ia akan mati...
Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhanNya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruhNya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan? nauzubillah~
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita 'mengharungi' neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran 'hutang' kita terhadap sang pencipta yang belum langsai (read: belum bertaubat)? Sanggupkah?
Saya hendak berkongsi sebuah hadith yang termasuk dalam hadith40 iaitu hadith arbain:
Hadith ke 10:
"Sesungguhnya Allah itu baik dan hanya menerima yang baik.
Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin segala apa yang diperintahkan kepada para Rasul.
Allah berfirman, 'Wahai para Rasul, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh'(Al-Mukminun:51)
Allah juga berfirman, 'Wahai orang-orang yang beriman makanlah kalian dari makanan yang baik-baik yang kami rezekikan kepada kalian'(Al-Baqarah:172)
Lalu Rasulullah bercerita tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan jauh, hingga rambutnya kusut dan kotor. Ia lalu menadahkan kedua tangannya ke langit(seraya berdoa) 'Ya Rabb, ya Rabb" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia kenyang dengan barang haram.
Maka bagaimana mungkin doanya dimakbulkan?"
-Hadith riwayat Muslim-
*Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandanganNya dari kita lantaran 'haram'Nya yang kita 'halal'kan?*
Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang 'mengkaburkan' hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda,
"Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu"
-hadith diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal-
p/s2: Mungkin p/s di atas tidak sesuai diletakkan sebagai p/s ^_^
p/s3: Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama! Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat pun kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.
p/s4: Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan 'kerosakan' hati itulah berlaku 'kerosakan'-'kerosakan' yang lain... Jadi rajin-rajinkanlah membersihkan hati kita ye?
(Dalam hal ni hati bukanlah bermaksud liver ye? hehe....)
p/s5: Penulis adalah perempuan.=p
p/s6: Menunggu post ini menjadi tidak relevan.....mungkinkah? Sakiiit...sakiiiiit