Perempuan: “Em, sihat..” Terpaksa berhenti apabila ditegur.
Lelaki: “Macam mana study? Ok?” Si lelaki berbasa-basi.
Perempuan: “Oh, bolehlah..” Agak kaku. Kurang selesa barangkali.
Lelaki: Tidak meneruskan kata-kata, sekadar tersenyum. Dalam hati terlintas; ‘sombongnya perempuan ni. Kereklah’
Perempuan itu cuma mahu menjaga dirinya, tidak suka bergaul dengan bukan muhrim tanpa keperluan, namun dikatakan sombong.
“Janganlah garang sangat Ain.. Nanti dah jadi doktor kan ada juga ‘patient’ lelaki,” Syuhada menambah.
‘Tak puas hati rupanya mamat tadi,’ fikir Ain. “Betul la tu Syu, tapi, untuk bersedia menjadi doktor yang baik kepada pesakit lelaki itu NANTI, perlukah aku bergaul bebas dengan mana-mana ‘sahabat’ lelaki sekarang? Aku cuma mahu mengelak fitnah.”
“Laa.. Kan nabi dulu pun bukan tak pernah bercakap dengan perempuan. Kan nabi pernah tegur dan bercakap dengan sahabat Khadijah setelah isterinya itu meninggal, sehinggakan Aisyah menjadi cemburu apabila nama Khadijah juga yang disebut?” sahabatnya itu masih mempersoalkan tindakannya.
“Terpulanglah.. Benar kisah itu, cumanya adakah perempuan itu masih gadis atau sudah berusia? Pasti kau pernah dengar kisah Shafiyah dan Rasulullah, yang pada masa itu Rasulullah berbual dengan isterinya Shafiyah yang berniqab dan terlihat oleh beberapa orang sahabat. Sahabat itu merasa sangsi dan terus pergi. Kemudian Rasulullah saw memanggil mereka dan memperkenalkan perempuan berniqab itu sebagai isterinya. Barulah para sahabat lega,”
“Jadi? Apa yang kau cuba sampaikan?” Syuhada masih belum memahami sepenuhnya.
“Jika berbual antara lelaki dan perempuan itu adalah perkara yang biasa, pasti sahabat takkan berasa aneh melihat Rasulullah dan Shafiyah. Tapi sahabat itu sudah berfikir buruk sehingga terlihat pada wajahnya, dan Rasulullah pun terpaksa memanggilnya untuk menerangkan perkara sebenar. Maknanya dah jelaslah yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan zaman itu bukanlah suatu perkara biasa...” balas Ain panjang lebar.
“Tapi kita sekarang bukan pada zaman nabi... Kau pun bukannya isteri Rasulullah. Janganlah syadid sangat... Orang tegur, apa salahnya maniskan muka sikit. Kan memaniskan muka saat berjumpa saudara muslim itu suatu kebaikan, dan nabi pun kata jangan meremehkan suatu kebaikan itu, walaupun untuk bermuka manis saat bertemu saudaranya... Bukan dia ada niat jahat pun. Tanya khabar je,” Syuhada masih kelihatan tak berpuas hati.
“Syu... Aku pernah mendengar hadis tu dan aku faham maksudnya. Bukankah aku tidak pernah memasamkan muka saat berjumpa sahabat-sahabat muslimahku, ibu bapaku, keluargaku? Cumanya bagi aku kita perlu faham tentang hadis itu secara keseluruhan... Hadis itu umum, tapi kan ada banyak lagi ayat Al-Quran dan hadis yang bercakap tentang muamalat antara lelaki dan perempuan? Dan ayat-ayat itu lebih khusus berbanding hadis tadi,” Ain cuba menerangkan kepada sahabatnya yang dikasihinya tentang prinsip yang dipegang.
“Mungkin bagi lelaki itu, dia tiada niat yang buruk. Tapi aku? Aku tidak kuat, sekali aku buka ruang, mungkin selepas ni aku takkan malu apabila berhadapan dengan dia lagi. Mungkin itu benda kecil baginya, tapi padaku, perkara yang kecil boleh membawa kepada perkara yang besar... Bagi aku, aku sudah menjawab soalannya seadanya. Dia tanya sihat atau tidak, aku sudah menjawab. Dia tanya belajar macammana, aku balas seadanya. Bukan aku buat tak tahu. Cukuplah setakat itu... Kau pasti faham, kan?”
Kelihatan Syuhada sudah mula menerima kata-katanya. Wajahnya sudah kendur berbanding tadi. Ain pun menyambung kata-katanya saat melihat sahabat yang dikasihinya itu sudah mula berlembut dengannya.
“Kita perempuan, Syu. Hati kita lemah. Kalau kita ikut semua benda orang nak kita buat, kita jadi lalang. Bukankah hidup kita harus berprinsip? Aku bukan mahu perasan sebagai isteri Rasulullah, jauh sekali. Ibadahku kurang, akhlakku masih belum sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha. Kalau tak besar, kecil pun pasti Allah nampak. Allah tak pernah lupa. Maha Suci Allah.”
“Apa maksud kau usaha ya?” Syuhada masih keliru.
“Hm, usaha kita... Untuk mengikut ajaran Islam yang sebenar dalam al-Quran dan sunnah. Kalau dulu kita rasa tak kisah bertepuk tampar dengan lelaki, sekarang bila dan tahu, kita cubalah menjaga pergaulan kita. Kawal kata-kata dan perbuatan kita dengan bukan muhrim. Lagipun kawan dengan perempuan kan boleh.. Dan bila kawan dengan perempuan pun, jagalah juga akhlak kita. Disebabkan akhlak yang mulialah ramai yang tertarik dengan Islam. Biarlah orang nak kata apa pun, biar kita rasa asing, sebab nabi kata merekalah orang-orang yang beruntung!”
“Ok... Alhamdulillah aku dah mula faham. Tapi kan, macam kes tadi, si lelaki tu kata kau macam tak berakhlak, macam mana?”
“Hehe... Aku dah agak mesti kau nak tanya lagi. Ada satu prinsip yang kita kena pegang.”
“Aik? Quran Sunnah je tak cukup ke?”
“Ni prinsip dia: ‘Mengelakkan keburukan lebih utama daripada melakukan kebaikan.’”
“Hihi, kau ni melopong je lebih ye... Senang aku bagi contoh la ek. Kalau kau terpaksa melintas depan lelaki, dah tak ada jalan lain, apa kau buat. Jalan jelah kan. Lepastu tiba-tiba ada yang bagi salam kat kau. Lepas bagi salam, dia kata ‘Tak jawab dosa...’ Rasa-rasa kau jawab tak?”
“Heh, tak kuasa aku nak jawab. Rasa nak baling kasut lagi ada!”
“Mak, garang jugak kau ni. Hehe. Itulah maksudnya. Walaupun menjawab salam itu adalah satu kebaikan, tapi sebab yang bagi salam tu lelaki dan kau perempuan, jadi kau tak wajib untuk jawab salam dia. Tak dosa pun, hehe... Lagipun kalau kau jawab, nanti mesti bersambung episod kedua, ketiga dan seterusnya. Kan kan? Makanya, untuk elak fitnah lebih besar, diam je... Biarkan sahaja si luncai dengan labunya!”
“Aah ek? Baik mak, dah faham. Jazakillah khayran atas segala ilmu yang dicurahkan olehmu ya habibati... Cewah!”
“Ceh... Tiba-tiba jadi minah Arab pulak ye... Semoga Allah memberi balasan yang baik kepadamu juga kekasih hatiku. Hahaha... Dah-dah. Jom masak. Kata nak masak special hari ni....”
“Kejap kejap nak tanya last...”
“Hehe, silakan!”
“Contoh kau bagi tadi dengan orang yang tak rapat.. Kalau classmate ke, kawan satu persatuan ke, macammana? Kalau dia buat lawak takkan nak masam. Lagipun kalau kelakar mesti nak tergelak jugak, kan kan?”
Syuhada tersenyum.
“Itulah... Lagi-lagi kita dah akhir zaman ni, fitnah berleluasa. Tau kan maksud fitnah?”
“Tau. Macam orang tuduh kita dengan perkara tak benar. Fitnahlah tu.”
“Kalau ikut BM betul.. Tapi ada banyak maksud lain untuk fitnah ni. Antaranya ujian.
“Hmmm.`Tidaklah suatu fitnah sepeninggalku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada (fitnah) para wanita.’ Makna dalam hadith ni ujian lah ya?”
“Hait! Bukan tuduhan. Hehe.”
“Okay2... tapi kau tak jawab lagi soalan aku...”
“Macam mana aku nak jawab ya, ilmu aku pun tak ada. Dan kadang-kadang aku pun tersasar. Hmmmm... Kita cuba jagalah kot. Terlebih, terkurang, itulah manusia. Mungkin kita kena banyak kaji sirah sahabiah, sekurang-kurang termotivasi untuk jadi lebih baik. Kan? Hehe..”
“Baiklah! Dahlah, jom masak! Tak sabar nak makan apa kau masak,”
“Hehehhe,”
Assalamualaikum.
Rasa macam dah ketinggalan zaman sebab orang lain dah lama promote:p
Takpelah, better late than never aite?
Okay2, berbalik kepada tajuk.....
Jeng jeng jeng
Buku Anekdot: Catatan Kehidupan.
Sebenarnya buku ni simple je, gabungan artikel2 yang memang dah ditulis kat blog sebelum ni. Tapi mungkin ada yang diolah dan diedit sikit-sikit je.
Bukan mudah untuk memendekkan artikel yang panjang menjadi pendek. Itulah cabarannya. Apapun harap-harap semua pembaca berpuas hati dan maafkanlah mana-mana kekurangan yang ada. Semoga buku ini menjadi inspirasi untuk kita sama-sama berusaha menjadi muslim dan mukmin sebagaimana dicatatkan dalam Al-quran dan as-sunnah. Amin:)
Buku ini cuma berharga Rp20k sahaja, kalau dalam ringgit dalam RM7-8 je.
Tebal pun tak tebal sangat. Kesimpulannya penulisannya agak santai dan sesuai untuk dibaca oleh sesiapa yang bergelar remaja. Yang bukan remaja pun boleh je kot nak baca tapi mungkin kuranglah input yang boleh didapati sebab kami masih mahasiswa lagi....hehe. Harap ianya bermanfaat buat yang membaca.
Ok2, tu je nak tulis. Siapa nak beli bolehlah contact wakil-wakil yang ada.
p/s: Yang luar daripada Bandung @ yang di Malaysia, jika nak beli insyaAllah boleh diuruskan nanti. Kalau boleh carilah kawan-kawan yang nak beli=)
p/s/s: Mungkinkah ada penerbit yang mahu menerbitkan buku ini? Laskar Pelangi harus berani bermimpi~
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
(HR. Ahmad, menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih.)
Yang Kau sayang, yang Kau rindukan, yang Kau cintai...
Aku lemah tanpaMu aku lelah,
Aku sungguh tak berdaya...
Tolongku, tolongku, ya Allah...
Setiap airmataku mengalir,
Allah aku lemah dan tak bererti...
Setiap derai tangis membasahi,
Allah jangan tinggalkan aku lagi..,
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (QS. 2:286)
“Those who quit in the middle of the road usually don’t realise that if they go on a little farther, they would have reached the destination.”
Tak nak buat pape dah nak study je!!!
Saat lemah, adulah pada Yang Maha Mendengar. Dialah yang Maha Mengasihani, Maha Lembut... Tiada cinta sehebat cintaNya. Tiada redha semurni keredhaanNya... Jadikanlah cuma Dia tempat kita bergantung, Dia takkan mengecewakanmu...
“Demi Allah, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya dari pada seseorang di antara kamu yang menemukan kembali miliknya yang hilang di tengah padang. Barangsiapa mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Barangsiapa mendekatiku sehasta, maka aku mendekatinya selangkah. Barangsiapa mendekati-Ku dengan berjalan maka Aku mendekatinya dengan berlari.”
HR. Muslim
Doa yang diajar oleh Nabi saw kepada Abu Bakar ra, sahabat yang paling dicintainya... Salah seorang penghuni syurga:
“Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, ketidak-tahuanku, semua perbuatan burukku dan kesalahan lain yang lebih Engkau ketahui. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa-dosa yang sengaja aku perbuat atau tidak disengaja. Engkau Yang Pertama dan Engkau Yang Terakhir, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
HR. Bukhari & Muslim
Teruskan melangkah ke hadapan!
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.Surah An-Nisa, 4:135
Agar ia dapat membezakan yang mana benar dan mana salah...
Kerana kita telah berjanji semasa di alam ruh untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya, untuk menyerahkan hidup di dunia demi mencapai kebahagiaan di akhirat...
Tiada paksaan terhadap kita untuk melafazkan janji itu. Lantas mengapa kita terlalu sukar untuk mengotakan janji itu? Allah...
Berusahalah untuk menjadikan ikrar itu satu kenyataan.
Meskipun dirimu merangkak.
Itu ikrar hidupmu. Yang lain hanyalah tipu daya yang membutakan.
Kembalilah pada janji itu...
Janji yang telah terpatri, dan akan disoal olehNya nanti...
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami...
Assalamualaikum. Lamanya tak update blog-__-"
Entry hari ini adalah luahan perasaan semata-mata=)
Saya nak cakap tentang solat. Saya pernah mendengar orang berkata, "Solat ni yang penting tu khusyuk... Jari bengkok macam mana ke, tangan kat mana, itu tak penting sangat, yang penting khusyuk"
Mungkin pernyataan itu bagi 50% tepat. Ya, semasa solat kita memang dituntut untuk khusyuk. tapi adakah itu sahaja syaratnya? Jika kita solat Isyak 3 rakaat tetapi khusyuk, bolehlah?
Khusyuklah dalam solat. Tapi jangan lupa untuk mengikut petunjuk yang diberikan. Untungnya kita dalam Islam, ada nabi yang diturunkan untuk mengajar dan mendidik kita bagaimana untuk beribadah dan menjalani kehidupan di bumi.
Jika kita memandai-mandai dalam beribadah, maka sia-sialah turunnya nabi jika petunjuknya tidak diikuti.
Benar, ada khilaf dalam pendapat ulama dan jika benar khilaf, maka berlapang dadalah. Namun jangan dipukul rata semua perkara baru yang berbeza dengan apa yang kita belajar adalah khilaf. Carilah ilmu, dan amalkanlah kerana setiap tindakan kita akan dipertanggungjawabkan. Jangan terlalu bermudah-mudah dalam agama sehingga yang patut diberi kepentingan, diabaikan. Bukankah solat itu rukun Islam yang kedua?
Pernah seorang lelaki yang solat tanpa membaca al-fatihah diperintahkan mengulang solatnya kerana 'sesungguhnya mereka belum solat'. Juga seorang lelaki yang solatnya terlalu laju sehinggakan tiada tomakninah. Jadi tidak bolehlah kita nak kata khusyuk je dah cukup, sebab nabi pernah menyuruh mereka mengulang solat.
Kedua, tentang dakwah. Ada orang berpendapat tidak perlu kita berdakwah kepada non-muslim sebab yang muslim sekarang pun banyak lagi yang rosak. Karang jadi macam peribahasa 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' haha macam tukah peribahasanya. Lebih kurang lah ye.
Ada jugak yang kata kedua-duanya penting.
Jadi mana satu yang betul? Saya pun tak tahulah mana satu yang betul, tapi saya pegang kepada pendapat no 2. Tidak adil bagi kita untuk mengatakan orang yang berdakwah kepada non-muslim dengan masuk ke dalam hutan sedang membuang masa. Boleh jadi orang yang diIslamkan nanti lebih soleh dan lebih baik daripada kita.
Jadi tak bolehlah nak kata itu tak penting semata-mata sebab kita tak buat. Kalau kita tak buat pun, jangan pulak perlekehkan mereka yang buat. :)
Oklah, tu jelah celoteh saya kali ni. Maaf tak ada pulak AQ atau hadith.
This is merely me babling. :)
Oh, please pray for my success since I have my Cardiovascular System Finals this Monday.
Barakallahu fik, have a nice day:)
Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.
Soalan: Ceritakan bagaimana saudara berminat untuk mengenali Islam.
Mr. Wu: Semuanya bermula sekitar tahun 70-an. Masa tu saya masih menetap bersama keluarga saya di Sabah. Sebelum memeluk Islam, saya penganut agama Buddha. Sebetulnya, ketika zaman kanak2, saya banyak nak tahu tentang agama. Entahlah, dalam hati saya ni penuh dengan macam2 soalan berkaitan agama. Semuanya bermula apabila saya melihat ibu saya mempersembahkan makanan sambil menyalakan colok.
Bila saya tannya kenapa mak kena buat semua ini? Jawapan ibu saya, ini semua untuk jamu dewa-dewi kita. Dengan harapan apabila persembahan ini diterima, maka cerahlah peluang untuk roh nenek moyang kita dihidupkan semula. Selain itu banyak lagi benda yg asyik saya tanyakan.
Agaknya apabila terlalu banyak sangat bertanya, saya mula mendapat habuan. Saya ditampar dan dikurung dalam bilik seharian tanpa diberi makan. Itu antara peristiwa yg berlaku. Tak lama kemudian, saya belajar di sekolah menengah. Pada tahun 1970an, agama Kristian cukup berpengaruh di Sabah. Setiap sekolah menengah di sana mesti ada nama St. Setiap hari Ahad kami akan ke gereja.
Di gereja rutin yg kami lalui sama saja. Menyanyi lagu2 untuk memuji2 kebesaran Tuhan. Hati saya terdetik, kenapa kita kena nyanyi untuk memuji Tuhan? Sedangkan kalau kita sunyi atau bosan, kita ambil gitar kita menyanyi untuk suka-suka. Tapi untuk menghambakan diri pada sesuatu yg mulia takkan kita nak buat perkara yg sama. Jadi tak istimewa lah Tuhan tu kalau kita sebagai hambanya melayannya mengikut cara yg sama.
Saya juga melalui proses pengampunan atau pembersihan jiwa. Kami diberi makan secebis roti yg merupakan jasad kepada Jesus dan minuman wain merah yg dianggap sebagai darah kepada Jesus. Sebaik minum dan makan saya lihat kawan2 saya ada yg hysteria dan jatuh pengsan. Mereka macam diresapi roh sesuatu. Yang saya peliknya, kenapa saya pula tak pengsan macam mereka.
Saya mula merasakan ada sesuatu yg tak kena pada saya dan agama yg saya anuti pada waktu itu. Saya kemudian bertanya hal ini kepada paderi. Saya tanya kenapa saya tak menggelupur dan jatuh pengsan macam org lain. Paderi memaklumkan mungkin badan saya diresapi roh jahat. Kemudian dia bacakan mantera sambil ibu jari dia dipekapkan pada dahi saya.
Tapi seperti sebelumnya, tidak ada apa2 pun berlaku ke atas saya. Saya pun mula menyoal paderi itu beberapa soalan. Kemudian, paderi mengarahkan saya menghadiri kelas Sunday School untuk Bible Study dan cari jawapan kepada soalan yg saya ragui. Tapi sampai sudah saya rasa, ada banyak soalan tak terjawab walaupun saya dah diajar tentang Bible.
Setahun berikutnya saya belajar di tingkatan lima. Sewaktu di Tingkatan lima, kami diwajibkan mengambil satu mata pelajaran tambahan. Masa tu saya Cuma ada pilihan untuk ambilmata pelajaran Pendidikan Islam.
Guru yg mengajar subjek ini kebanyakannya dari Semenanjung. Masa tu saya berminat nak tahu apa itu Islam. Walaubagaimanapun, system pendidikan pada waktu itu menghalang mana2 guru yg cuba untuk menyebarkan agama Islam. Mereka hanya boleh mengajar subjek tersebut. Jika mereka melanggar arahan, tindakan akan diambil.
Saya teruja nak tahu apa itu Islam. Dalam diam2 saya cuba bertanya dengan cikgu Semenanjung. Cikgu hanya memaklumkan kalau nak tahu tentang Islam baca buku yg berkaitan dengan Islam. Ada juga cikgu yg beri saya buku berkaitan Islam. Tapi buku itu terlalu tinggi tahapnya untuk orang yg tak ada asas macam saya. Ini tak boleh jadi, saya mesti cari jalan lain. Nak dijadikan cerita, saya ada seorang kawan baik seorang Islam. Saya Tanya dia, apa itu Islam? Dia terangkan Islam itu agama yg mengajar kepada suci dan bersih. Kalau nak berhubung dengan Allah kita kena sucikan diri, ambil wudhu’ dan solat lima waktu. Bila kita sembahyang dalam keadaan khusyuk, kita dapat merasai kelazatan Islam itu.
Saya cakap pada kawan saya, kalau aku nak masuk Islam boleh tak? Kawan saya cakap, nak masuk Islam bukan sewenang2nya, kita kena ucapkan dua kalimah syahadah, barulah kita layak bergelar seorang muslim.
Saya pun senyap2 beli buku panduan solat, nak tahu macam mana orang islam solat. Dalam buku itu, disediakan juga panduan dengan gambar rajah melakukan solat. Saya belajar sendiri.
Selain itu, waktu saya tengah belajar tentang Islam, saya usaha menggunakan duit belanja sekolah untuk beli songkok, baju melayu dan capal. Saya membelinya secara diam-diam. Saya sorok semuanya, bila dah lengkap sepersalinan, saya pun dengan yakin pergi masuk masjid.
Lepas ambil wudhu’ yg tunggang langgang, saya pun terus menunaikan solat yg saya main bedal je. Bila dah selesai, saya tak rasa sesuatu pun yg meresap dalam hati. Saya dah putus asa. Dalam hati saya pada waktu tu, semua agama dalam dunia ni penipu. Dengan langkah kaki yg berat saya melangkah keluar dari masjid.
Baru dua tiga tapak kaki saya meninggalkan masjid, tiba2 azan berkumandang. Setiap baris azan yg dilaunkan bilal, air mata saya tiba2 menitis satu persatu. Dalam hati saya terasa ada sesuatu yg menarik tentang Islam. Entah dari mana datangnya satu perasaan yg saya tak pernah rasa selama ini. Saya rasa inilah agama yg saya cari2 selama ini.
Saya kemudia berlari keluar dari perkarangan masjid kemudian duduk di bawah satu pokok di sebelah masjid itu. Sambil menangis, saya terus mendengar suara imam mengimamkan solat. Secara rasminya itulahtitik mula saya nak mendalami Islam. Itu peristiwa yg susah saya nak lupa waktu usia saya 17 tahun.
Soalan: Secara rasminya bila saudara memeluk Islam?
Mr. Wu: Tahun 1982 saya berhijrah dari Sabah ke KL. Masa tu selepas tamat tingkatan lima, saya tak ada kerja. Datuk saya pun galakkan saya ke KL. Memandangkan pada masa itu, kalau nak dalami Islam jalan terbaik adalah pergi ke Semenanjung, sambil menyelam saya minum air. Niat hati nak cari kerja tapi dalam masa yg sama saya nak dalami lagi agama Islam. Saya jadi pelakon drama TV. Sepanjang tempoh itu saya terus mengenali Islam perlahan2, sampailah usia saya 26 tahun, saya nekad nak jadi orang Islam.
Secara rasminya pada tarikh 26 Jun 1991, saya mengucap dua kalimah syahadah. Proses tersebut berlaku di ABIM Jalan Ritchi, Ampang. Kalau nak tahu, orang yg menjadi saksi saya memeluk agama suci ini ialah bapa kepada pelakon dengan imej muslimah – Wardina Safiyyah Fadlullah.
Sebelum memeluk Islam lagi saya dah menjalani kehidupan macam Muslim yg lain. Saya tak minum dan makan makanan yg haram. Dah lama saya tinggalkan. Jadi tak ada masalah bila saya memeluk Islam.
Soalan: Bagaimana penerimaan keluarga terhadap tindakan saudara?
Mr. Wu: Ada ahli keluarga mempertikaikan tindakan saya. Ada juga pihak yg marah dengan saya. Sewaktu baru memeluk agama Islam, keluarga tak merestui keputusan saya dan hubungan saya dengan keluarga renggang. Tapi lama-kelamaan semuanya kembali pulih. Keluarga akhirnya boleh menerima saya kembali.
Soalan: Bagaimana dengan kehidupan sekarang?
Mr. Wu: Kehidupan saya macam biasa, kalau tak sibuk di lokasi penggambaran, saya suka habiskan masa membaca buku dan mendengar muzik. Kalau dulu rajin juga saya libatkan diri dengan aktiviti rock climbing, tapi sekarang dah jarang.
Saya rasa saya ni agak susah difahami orang lain. Saya ni orang yg membosankan, low profile, tak suka membuang masa ke kelab malam. Saya tak merokok, tak minum arak, saya juga seorang lelaki yg sering kehausan ilmu. Habis shooting dunia saya ialah membaca. Sampai sekarang, saya sangat boros membeli buku-buku yg berkaitan dengan agama Islam.
Saya boleh labelkan yg saya ni seorang ulat buku. Sebabtu sampai sekarang saya masih belum berkahwin. Mungkin cara saya ini tak menarik perhatian perempuan yg suka bergembira. Saya anggap saya ini belum ada jodoh. Lagi satu bukan mudah nak cari wanita yg boleh membantu saya memikul tanggungjawab untuk mengislamkan keluarga saya yg masih dalm agama berlain dengan saya.
Soalan: Boleh ceritakan kenangan atau pengalaman di bulan puasa dan raya?
Mr. Wu: Tak ada yg istimewa. Biasa saja. Lazimnya saya akan sambut raya sendirian ataupun berkunjung ke rumah rakan2 di KL. Jarang saya pulang ke kampong halaman memandangkan keluarga saya menyambut Tahun Baru Cina. Saya juga jarang balik ke kampung untuk meraikan Tahun Baru Cina.
TAMAT.
Reminder for the soul
Aku hairan dengan orang yang tahu bahawa dunia adalah sementara, tapi mengapa ia sangat mencintainya;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui semua urusan telah ditakdirkan, tapi mengapa ia takut kehilangan;
Aku hairan dengan orang yang mengetahui bahwa hisab adalah suatu kepastian, tapi mengapa ia tetap mengum
Aku hairan dengan orang yang mengetahui panasnya api neraka, tapi mengapa ia tetap berbuat dosa;
Aku hairan dengan orang yang mengaku mengenal Allah, tapi mengapa ia meminta tolong kepada selain-Nya;
Aku hairan kepada orang yang mengaku mengetahui kenikmatan syurga, tapi mengapa ia merasa hidup tenang di dunia;
Dan aku hairan kepada orang yang mengetahui syaitan adalah musuhnya, tapi mengapa ia mentaatinya.”
Uthman bin Affan Radhiyallahu anhu
