Hari ini saya hendak berkongsi sebuah kisah benar. Chewah. Sebuah kisah yang berlaku semasa zaman muda-muda dahulu di SAMURA (Sekarang dah tua ke?? Sekarang pun muda lagi ^_~)
Alkisahnya, kedatangan mereka membawa macam-macam kontroversi.
Pertamanya, semasa tazkirah pertama diadakan di surau, kecohlah sekolah dengan isu yang mereka cuba bawakan. Ketika itu, ada kakak-kakak dan abang-abang yang membawa al-Quran.
Jadi perkara yang dijadikan isu adalah apabila mereka meletakkan al-Quran itu di atas lantai surau sahaja. Lalu terjadilah kekecohan sehingga ada yang mengadu kepada ustaz tentang abang-abang dan kakak-kakak yang pelik ini. Semuanya kerana mereka melakukan sesuatu yang bukan daripada kebiasaan…
Sebenarnya tindakan mereka itu untuk memberi provokasi kepada pelajar-pelajar, bahawa kemuliaan al-Quran itu bukan dengan menyimpannya di tempat-tempat yang tinggi sehingga berhabuk, disimpan di almari-almari kaca sehingga tidak ada yang berani membukanya.
Al-Quran itu sememangnya mulia, dan apa yang mulia di dalamnya adalah kalimah-kalimah yang berada di dalamnya, dan al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada kita. Jika kita tidak membacanya dan tidak menjadikan al-Quran itu sentiasa dekat dengan kita, bukannya kemuliaan al-Quran itu berkurang tetapi kitalah yang tidak mulia kerana tidak mengamalkan apa yang ada di dalamnya. Itu yang mereka cuba sampaikan.
Namun mungkin disebabkan cara penyampaian yang kurang berkesan (Mungkin nada intonasi ketua naqib U** yang terlalu keras dan tegas) dan juga kerana pelajar-pelajar sudah menjadikan itu suatu budaya sehingga sukar untuk menerima perubahan yang cuba disampaikan, menyebabkan pembaharuan yang cuba dibawa hanya dipandang enteng oleh pelajar-pelajar.
Apa yang kita boleh dapat daripada peristiwa ini?
Kadang-kadang kata-kata yang keras itu bagus dan sesuai, namun kebiasaannya kata-kata yang keras itu dapat mengeraskan hati yang sangat lembut, dan kata-kata yang lembut itu dapat mencairkan hati yang sekeras batu. Jadi plihlah dengan bijak dan berhikmah
Kedua: Terlalu ‘rigid’ dalam pendapat kita kadang-kadang menjadi batu penghalang kepada kita daripada menerima sesuatu ilmu yang baru. Jadi dalam menyertai majlis ilmu bukakanlah hati kita untuk ikhlas mencari kebenaran kerana kadang-kadang sikap kita sendiri yang menjadi musuh kepada diri kita sendiri.
Buanglah jauh-jauh sikap ‘aku sahaja yang betul’ (ego) kerana jika kita merasakan diri kita sahaja yang betul, lebih baik kita duduk di rumah sahaja(:p) kerana tidak mungkin dalam setiap perkara kita sahaja yang betul, sememangnya tiada manusia yang sempurna:)
Kadang-kadang, kebenaran itu samar-samar dan ada yang melindunginya (seperti contoh di atas, kata-kata yang tidak sesuai dengan tempat dan keadaan) jadi hanya orang yang mencari dan berfikir tentang apa yang disampaikan dengan rasional dan tanpa emosi sahaja dapat melihat kebenaran tersebut. Jadi, lihatlah apa isi yang cuba disampaikan, bukan siapa dan dengan cara apa ia disampaikan. Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Ceceh…^_~
Ketiga: (tiada kaitan dengan cerita di atas:p) Saya sangat kagum dengan cara abang-abang dan kakak-kakak ini menjaga diri dan pergaulan masing-masing. Walaupun mereka datang bersama-sama, menjalankan program yang sama, namun ada di antara mereka (lelaki sesama perempuan) yang tidak mengenali antara satu sama lain pun.
Contohnya, pihak lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai nombor hp pihak yang lain, namun mereka tidak mengenali pun pemilik nombor tersebut ^-^ Sangat kagum. Sebarang urusan dijalankan tanpa mengetahui dengan siapa mereka berhubung. Wah~~~~~
Keempat: (juga tiada kaitan) Masing-masing yang datang ke sekolah, merupakan pelajar yang cemerlang. Kakak yang menjadi naqibah kumpulan saya, ketika itu berada di tahun keempat, sudah berkahwin di tahun ketiga^_~ dan CGPA nya tidak lain tidak bukan 4.00!!! Sungguh hebat. Dan dalam masa yang sama, tetap berjaya menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari(huu~) Sungguh jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka~~~
Di samping itu juga mereka masih mempunyai masa untuk menyampaikan dakwah kepada pelajar-pelajar di sekolah walaupun ketika sedang bercuti. Kalau kita, dah bercuti tu mesti nak bercuti sahaja. Hendak menghabiskan masa bersama keluarga sahaja dan tak mahu dah melakukan kerja lain tanpa keperluan. Namun mereka sanggup, malah siap ‘volunteer’ lagi walaupun tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung, semata-mata demi ‘tugas’ yang satu.
Tugas yang sedar atau tidak, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam, namun sedikit sahaja yang melaksanakannya-_-" Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalimah-kalimah seperti “Aku sibuk, banyak assignment”, “Penatlah”, “Datang sini nak belajar, bukan nak buat benda-benda lain” atau “Sibuklah, nak jaga anak dan isteri(ni bagi yang dah berkahwinlah kan=p), semua itu hanyalah ALASAN semata-mata, dan alasan itu lahir dari sikap malas, dan malas ini sifat siapa kawan-kawan?
Soalan yang harus ditanyakan pada hati kita. *wink*






















sinis tetapi benar*_*